ini novel ke 3 kak Maya yang aku dah baca.. ^^ x smpai 2 hari pon bce..huhu
dan ini sebenarnya buku kedua kak Maya,buku pertama beliau CURAHAN CINTA NIAGARA dan buku terbaru beliau setakat ini ialah MAHAR CINTA CINDERELLA.
watak utama: Mira dan Farhan
watak utama: Rayyan,Zaim,Hanisa dan Mark
watak utama: Nur Sayang dan Dr. Andrew..
Harga runcit : RM24.50
bg aku mana2 bku yang page less than 500 n harga above rm20 dah dikira mahal..hehe..
..............................................................................................................................................................
Sinopsis :
Rayyan,gadis yang sanggup berkorban apa sahaja demi teguhnya cinta pada Kekasihnya. Dia sanggup memutuskan tali pertunangan dengan Zaim supaya mendapat keredhaan Kekasihnya yang satu.
Hanisa,gadis keliru yang terpaksa meninggalkan dunia yang dikasihinya kerana kebahagiaan yang dikecapi berakhir dengan kesengsaraan. Dunia yang pada mulanya indah hanya palsu belaka.
Zaim,lelaki yang tudak pernah terfikir jatuh cinta dengan gadis bertudung yang mengamalkan cara hidup Islam dengan sepenuhnya. Namun,dia sanggup melakukan apa sahaja demi membahagiakan hati seorang kekasih.
Mark,lelaki yang sedang tercari-cari kekasih sejati. Kekasih yang dapat memberikannya kebahagiaan yang hakiki.
Sebuah kisah empat watak yang berbeza latar belakang yang masih tercari-cari cinta sejati di sebalik bayangan semalam. Dalam pencarian mereka,seruan kekasih manakah bakal menggegarkan jiwa? Seruan kekasih yang manakah yang menjadi janji yang akhirnya tertunai?
1 menda yang aku kagum pasal buku ni,kat setiap bab,akan ada 1 hadis riwayat Muslim,Bukhari,Tirmizi,Abu Daud,Ahmad dan juga beberapa potong ayat al-Quran yang ingin dicontohkan/diiuraikan dlm bab itu. Kiranya kalau ada 100 bab,maksudnya ada 100 hadis/ayat al-Quran. Nampak tak kat situ,dalam membaca kita jugak boleh pelajari ilmu2 hadis2...
Masa baca tu memang akan ada rasa nak cakap ' kesiannnya','sampai hati dia', 'lah,macam tu ke?','perghh,x sangka betol', dan banyak lagi... biasanyakan kalau kita nk baca someting tu,mesti akan agak dlu apa ending dia.. huhu mcm aku lah... pada pandangan kasar aku,akhirnya Rayyan akan kawin ngan Zaim tp disebabkan sinopsis dah cakap yang Rayyan akan break dengan Zaim so aku jangka of koz la Rayyan akan kawin dengan Mark plak.sebab??? sebabnya watak utama dalam novel ni cuma 4 orang je iaitu Zaim,Mark,Rayyan dan Hanisa.. huhu..tp kadang pk balik,kalau Mark kawin dengan Rayyan,,siapa yang nak kawin dengan Hanisa?? Zaim dengan Hanisa??? ohhh pleaseeeelahhh dorang ni x ngam langsungg....
ok2 itu pandangan aku sebelum baca buku ni,tapi lepas aku baca tu baru aku tahu kisah sebenarnya..hoho..
dan 1 lagi yang sentiasa menarik hati aku untuk baca karya kak Maya ni... bila beliau ada menyelitkan unsur perbandingan agama,dan juga beberapa hujah untuk menolak para kristianist yang berusaha cucuk jarum nk lemahkan semangat orang islam.. seriously,drpd buku CCN,KSNK dan MKC,semuanya ada diselitkan... bagus2... setuju sangat2!!!
Karya Kak Maya langsung tidak menghampakan aku malah aku tertunggu-tunggu karya terbaru beliau dengan isi yang lebih bermanfaat sesuai dengan marcapada ini.. ^^
sekiann....
1 Comments
salam, sy mira. awak taknak jual buku kuseru namamu kekasih ni? kalau awak nak jual sy nak beli. sy ada tgk senarai buku awak yg nak dijual tp novel ni takde dalam senarai. sy cari kat online n kedai buku semua dah tak jual. ni emel n no fon sy
ReplyDeletemyrafarhana93@gmail.com
0174730372
tq:)
Thank you for your comment ^_^