betol ke ada asasi 2 tahun?? reason?

Assalamualaikum.. hi..

soalan ni jarang orang tanya. tapi biasanya maksudnya mcm soalan kat atas ni..
soalan ni biasanya diajukan kepada someone yang amik asasi lepas result spm kuar..

contohnya macam ni..
A- ko degree bila?
B-tahun depan
A- eh bukan kita sama2 masuk asasi ke?
B- meme ah,kau asasi uitm,aku uiam. mana sama..

Sebelum tu,uols tahu kan peringkat2 lepas abes spm?? iaitu

1.  sijil/diploma/stpm/stam/asasi/matrikulasi
2. Degree
3. Master
4. PhD


so utk lepasan spm.. uols akan tempuh sama ada nak amik sijil/diploma/stpm/stam/matrikulasi or asasi..

now on aku nak story pasal asasi jeer..


Generally,asasi ni laluan pantas utk degree as well as matrikulasi.. tapi semua sedia maklum,asasi ni kelebihan dia bestt sikit drpd dak matrik. aku tak nak wat perbandingan kat sini.. haha tengok tu sikit2 dah melalut..

yang bestnya asasi ni.
1. SETAHUN. umur 19 dah degree.. matrikulasi pon sama yer,jgn nak pndg rendah plak dak2 lulusan matrik. aku sepuk kang.

most universiti yang tawarkan asasi setahun.

persoalannya .. ade ke asasi yang lebih dari setahun??

jawapanyya OF koz lah ada yunk oii... hihi.. as well as matrikulasi too..

takat yang aku tahu. UNIVERSITI yang tawarkan asasi 2 tahun

1. UIA
2. UM

dua U ni jer yang aku tahu ada asasi dua tahun. utk UM,ada beberapa kos jer yang memang dah ditetapkan dua tahun and the rest is setahun.


yang kedua is UIAM..

jom2 kita travel sikit pasal UIAM.. Fyi,asasi uia ada di 4 tempat iaitu Gombak,Nilai,Pj dan Gambang.
utk masa sekarang,kat Nilai dah takde sbb smua dah dikumpulkan kat pj. kat Gombak utk dak econs(economic/account) jer. manakala di Gambang utk dak2 critical kos iaitu medic,dentistry n pharmacy n the latest one bebudak fizik batch 14/15 plak akan ke gambang. aku?? aku kat pj ler..


Macam mana seseorang tu leh dapat asasi dua tahun kat UIA??
p/s : tulisan yang dibesarkan dan warna merah is jawapan kepada soaan di atas..

ok basically rizen dia disebabkan RESULT EXAM APT dan EPT...

utk yang tak amik port langsung pasal uia ni memang tertanya2 lah APT dan EPT tu ape.. tak pelah aku sharekan sekali lagi utk yang baru nak ambil tahu. APT tu ARABIC PLACEMENT TEST. EPT plak  ENGLISH PLACEMENT TEST..

result dia based on band. dan duration study ko ikut kos dan band yang ko dpt.. ok contohnya aku kan kos ENGINEERING for now,dan masa exam ritu aku dapat band 5 utk EPT dan band 2 untuk APT.  utk kos aku,EPT WAJIB dapat band 7 utk EXIT. dan for APT WAJIB dapat band 3. kiranya,aku tak EXIT utk dua2 test..uhuk2 sedihnya..

ok,dengan band yang aku dapat tu maka duration study aku setahun setengah. eh2 ade ek asasi setahun setengah jer?? yupp ada sayangg.. uia ni spesel banyak. 1 sem panjang cuma 4 bulan jer. sem pendek 2 bulan. so utk bebudak asasi uia yang setahun,means dia akan hadapi 2 sem panjang iaitu pada bulan 6 sampai 10,then short sem pada bulan 11 dan 12 n last pada bulan satu sampai 5.

ok berbalik kepada aku. aku kan setahun setengah,subjek yang aku kena amik takde lah banyak mana.. cuma

1. BI
2.BA
3.BTQ
4.RIM
5.MATH 1
6.MATTH 2
7. MATH 3
8. COMP 1
9. COMP 2
10.FIZIK 1
11. FIZIK 2
12. KIMIA 1
13. KIMIA 2
14.lab fizik
15. lab kimia
16. study circle

16  subjek jer.. banyak ke?? ntah ah. sikit je sebenarnya tapi kalalu uols tak exit2 lagi arabic n english memang terasa lah banyaknya.. sebabnya contact hour utk bi 9 jam seminggu wehh..

ok faktor kedua someone tu asasi 2 tahun is REPEAT SUBJEK 

utk asasi kat u lain aku tak tahu lah leh repeat subjek ke tak. tapi utk uia,boleh repeat paper if tak lepas.. jujur je lah senang,mostly bebudak yang repeat ni bebudak engineering jer.. hihi ntah ah.. tapi alhamdulillah lah setakat ni tak de lagi aku repeat paper tapi tak tahu lah result exam next week ni macam mana.. hope smua ok..


next one is EXTEND DURATION STUDY

ok kenapa aku masukkan dlm faktor someone tu asasi dua tahun? sebab aku lah salah seorang yang wat cam ni.. nak tahu ke kisahnya?? ok la aku story ciput ja.. alkisahnya aku kan hmm tak exit2 lagi. then aku maybe salah aku sebab aktif ngan society n x bahagi masa ngan betol. so i fell so stress memandangkan aku need more time to study tapi aku tak spend masa ngan betol. plus result mid exam aku tak memberangsangkan. so aku rasa drpd aku teruskan,akan rosakkan result final aku so lps tu aku cepat withdraw subjek tu dan amk sem ni.. so aku dah la setahun setengah je asasi dan utk last sem aku ada lagi 5 subjek. dan 3 daripadanya taff gak ah,math 3 pasal calculus n comp plak pasal programming. n disebakan aku dah withdraw so aku kne amik dua subjek math iaitu math 2 dan math 3.. ko giler? dah lah math 2 pon aku sempot,ni plak nak tambah math 3 dlam mse yang sama. tapi hakikatnya aku boleh je bawak math 3 tu ke short sem... haha saja bikin gempak. dah kalau tak paham sudah .. punyalah panjang aku menaip uols tak pehe plak.. sedih oii.. uhuk

ok lah tak pe meh aku simpulkan ayat kat atas ni.. rizen extend duration study selain kne repeat is
WITHDRAW SUBJEK dan UTK MANTAPKAN RESULT .

ok cerita pasal mantapkan result ni. based on story from my senior. lelaki taw uolss.. amik kos MEDIC lagi.. amboi awat duk highlight ngan LELAKI-MEDIK. hmm,kat pikiran aku 1 je,SKEMA..haha but for me,aku ske je skema  tapi2 nak skema berpada lah. tak nak lah macam Gang Shae mcm citer what happen to my family tu.. ok sori tadi tu selingan, aku jumpa mak dia.. awwww.. haha.. ok focus mira... focus.. ok mcm ni,senior aku ni,dia ni perghh meme bijak lestari .dapat 1st intake kos medik plak n da exit utk dua2  kos.. so absolutely dia dapat asasi setahun. tapi ye lah aku pon pelik gak dah lah pandai giler tapi dia tak nak amik asasi setahun. dia mintak utk extend kononnya utk mantapkan result. yelah medik kan kne result 4flat. tu pon kadang ada yang dah dpt 4 flat still tak dapat. ok tu dah citer pasal rezeki. or dia saja nak extend utk jumpa aku?? ehem2,batuk2 sikit.. uhuk uhuk.. dah2 jgn nak bikin gosip. tak ske lah gosip liar uols ni.. aku tak nak lah korang bagi pahala free2 kat aku sedangkan pahalah korang pon kejap naik kejap turun.. so sekarang dia dah degree kat kuantan.. im coming dearr.. haha... kidding ok,please dont take it serious aku pelangkung karang.

ok sebenarnya aku nak sentuh satu perkara.. mende ni aku pon terbabit jugak.. clishenya dunia sekarang. kita dimomokkan kalau tak belajar nanti bodoh(bahasa kasar), dan lagi dua, tak masuk u,tak de harapan dah hidup kau,p mampus lah(maaf kasar,ni ayt org). dan lagi satu, pointer kau 2.0 jer? memang tak dpat kerja lah p jadi tukang sapu sampah..

so.. disebabkan mende tu dah menghantui hidup anak2 mudah zaman sekarang ni.. disebabkan utk HARAPAN DAN KERJA. so bebudak laa ni target 2 perkara MASUK U DAN BERJAYA(4FLAT).  so tengok lah matlamat berjaya  tu hakikatnya utk dpaat kerja dan hidup senang.. the truth is meme betol pon,memang takkan rugi seseorang tu kalau dia berusaha utk memajukan diri dia.. tapi tulah matlamat pertama tu dah jadi matlamat yang keberapa entah ... matlamatnya iaitu MENDAPAT REDHA ALLAH. aku pon kadang matlamat utama tu tersasar. so itu lah pentingnya TAJDID NIAT..

Tajdid niat is perbaharui niat.. mungkin hari ni kita niat,aku nak belajar kerana Allah. tetiba member ajak p lepak plak aii jumpa plak balak hensem muka mcm SRK terpikat plak. pagi2 nak p kelas tu tetiba niat nak jumpa SRK,kan dah terpesong tu.. so masa tu lah kepentingan tajdid niat.. supaya kita tak tersasar..

ok lah rasanya tu jer.. panjang tak aku tulis??
aku rasa panjang gak..hihi.. best tak baca tulisan aku?? rasa mcm aku syok sendiri ke?? jika ya,tak pelah jangan sampai aku tahu sebab kalau aku tahu ada kemungkinan aku dah tak nak tulis panjang2 dah pasni..

aku tulis apa yang terbuku dalam hati... ececeh..hihi just sharing what i feel and think about..

akhir kata,aku mintak maaf jika penulisan aku ini telah menyinggun mana2 pihak. alah aku manusia biasa jer,selalu sangat dah buat silap.. macam uols jugakk

pesanan utk uols


oh ye, kalau ada soalan boleh pm kat YM(yahoo messenger) aku taw. tak yah emel2 ni. . add ym aku taw. masukkan contact ni cikmira23@ymail.com. please pm aku thru YM. aku rindu beb zaman bebudak dulu. inshaAllah kalau aku online, aku sentiasa on9 YM aku. ku tunggu PM mu di YMku.  jgn lupa perkenal diri n serba sedikit pasal ko. hihi. no mengorat2. okay haha




Post a Comment

1 Comments

Thank you for your comment ^_^

Ad Code

Responsive Advertisement