1st time emcee bidan terjun

Assalamualaikum.

suka utk share pengalaman berharga ni.

uols pernah jadi emcee utk sesuatu majlis besar tak?

hah ape? selalu.. wahhh daebakkk ah uols..

aku ni hah,tak pernah langsung. bukan setakat tak pernah malah tak diberi peluang.

yelah,ada yang lagi mahir dan berkebolehan dari aku.

alkisahnya hari ni. ada kem ibadah. kem ni wajib utk semua student asasi uia.

sepannjang hari sabtu dan pagi ahad.

aku plak offer diri utk jadi komittee. minggu ni dah minggu ke tiga aku jadi comittee.

sepatutnya minggu ni aku off. tak jadi comittee.

tapi disebabkan ramai plak comittee tarik diri saat akhir. tak sihat lah itu lah ini lah.

aku rasa risau plak kalau2 ada masalah time registration nanti.

sebab time registeration lah paling haru. masing2 cari nama,kalau jumpa tu tak pelah,kalau yang takde nama aku pastu plak jenis gabra tak ingat tempat.

"akak,nama saya tak de? ,macam mana ni?"

rileklah wahai adik2ku. kalo nama hang tak de,tulis je nama hang kat mana2 grup.

1 sesi kem ada dalam 400 student gak ah utk minggu ni. dan luckly semuanya sisters..


registration start pukul 8.30 sebenarnya. tapi bebudak ni ingat pukul 8. pukul 8 je dah tercegat kat depan AMF.

aku ni,lepas subuh capai buku math buat latihan kat study room.kalo aku tak buat macam tu alamatnya  zzzz ler hihi. sambil tu rest main fon.. aishh nampak tak seriusnya aku.~kadang2 je lah..

dah nak dekat pukul 8,masa tu pkul 7.50am. sorang2 mai habaq tak dpt jadi comittee sebab ada hal.

dengan rasa keprihatinan,aku pon ape lagi terus balik bilik,sambar abaya segera aku dan tudung instant. dengan muka kesan wudhu tadi. ecewahh.. dengan tak siap apa2. gosok gigi pon tak sempat woo,kumur2 jer.1 calit bedak pon takde apetah lagi minyak wangi..
sebab rushing sangat2..macam nak sambut kucing beranak pon ada.

pakai kasut terus berlari ke AMF,dengan stokin pon tak terpakai. mujurlah pakai kasut sarung.cover lah tang kaki tu.. acewah mcm aku ni program manager yang terlewat je.

sampai2 je memang dah penuh kat meja register tu. aku tolong bagi file.dalam pada bagi file kat student tu,jannah habaq mai suruh aku jadi MC.

aku dah.. what!!!!!!!!


oh  my mira! aku mana pernah jadi mc. MC kat dalam kelas pon tak pernah inikan plak kat dewan paling besar kat cfs iium ni.

tapi,aku kan... faham2 je lah... peluang yang datang tu aku akan grab je.sebagai pengalaman dan pengajaran utk aku.


cuak? aku ni,yang terpk masa tu is. apa nak cakap. apa nak cakap ni.. alamak!

bab apa nak cakap tulah paling aku lemah. unless ada skrip.

ko bayangkan mira yusof jadi mc ! spontan bahh kala kauuu...

dengan suara aku yangg... erm... sapa kenal aku tu tahu lah suara aku macam mana! haha

alhamdulillah lah yang aku perasan. perasaan gugup dan gabra aku tu dah hilang.

aku dah boleh cakap kat depan beratus2 orang dengan tenang tanpa suara yang pecah dan terketar2.

seriously kalau dulu2 masa sekolah,memang terketar lutut nak cakap kat depan even depan kelas. semenjak masuk u ni. semua tu dapat diatasi. antara dengan latihan sebagai fasi study circle yang memerlukan kemahiran bercakap dan mendengar. ingt senang ke!

alhamdulillah. cuma 1 je lah masalah aku. nak cakap apa !


idea pon macam tersekat2 keluar.

itu je lah sharing kali ni. seriously ni pengalaman paling haru aku pernah buat.

pon bagaimana walau,aku enjoy ! rasa best sangat. rasa dipercayai utk jadi mc.

thankz mber yang percayakan aku. aku akan sentiasa buat yang terbaik utk kemaslahatan semua orang.

lain kali kalau perlukan bidan terjun boleh roger aku ya...

sebab aku lagi suka buat sesuatu utk selamatkan keadaan... contoh macam tadi.hihu..












Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement