Cara Pos Barang guna POS LAJU

UPDATED ON 13 MAY 2017 .

BACA> CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA DENGAN MUDAH DAN PANTAS 2020


Assalamualaikum.

Tujuan post ini ditulis untuk berkongsi dengan anda semua mengenai cara pos barang melalui poslaju. 
    
Kenapa pos laju?

sebabb..  cawangan pos laju ni ada kat merata-rata. hampir semua kawasan ada. ada sesetengah courier pos ni. dorang tak cover semua kawasan,contohnya skynet, kalau kawasan yang dorang tak cover tu means korang kena bayar lebih. tak percaya? pergi tanya. aku dah pernah dah kena. so sebelum pos tu tanya dulu cover tak kawasan ni. eh yg ni utk selain poslaju. kalau poslaju  dorang cover semua deh.

lgi satu, poslaju ni 'mesra' pengguna gak ah. sebab bukan jer boleh pos barang tapi boleh bayar bil,renew roadtax,lesen dll. so 3-4-5 in 1 gituu. tak ke memudahkan?

TAPI... SEIRING 2020 DAN ERA DIGITAL, ADA BANYAK SYARIKAT COURIER YANG LEBIH MESRA BERTAPAK DI Malaysia seperti JnT dan Easy parcel. Lagi best, dorang boleh pickup kat rumah walaupun korang nak pos 1 je parcel! Jimat masa, jimat duit petrol, jimat tenaga!

APA YANG ANDA PERLUKAN SEBELUM POS PARCEL?

1. NAMA, ALAMAT DAN POSKOD, NOFON PEMBELI/PENERIMA

2. BERAT BARANG

BARANGAN YANG TIDAK BOLEH DI POS

1. BARANG MUDAH TERBAKAR/MELETOP

2. SENJATA API/DADAH

3. DADAH


BOLEH POS HANDPHONE, LAPTOP, TV KE?

Boleh. TAPI, mesti balut kemas-kemas dan double triple layer. Adik aku pernah beli henfon kat lazada yang berharga RM5,000. Ya, beli online dan dipos. Alhamdulillah selamat sampai. 

Tapi, kalau korang pos fon, jangan tulis kat item tu nama fon tu contoh ip12 pro 256gb.  nanti tak pasal-pasal sampai kotak je kat penerima. Tulislah krim ke ape. 


BOLEH POS BARANG KACA KE?

Boleh, pastikan balut sekemas-kemasnya. 

Ok, sebenarnya boleh je pos apa-apa selagi menda tu tak berisiko semasa di pos. 

ok kalau nak pos duit guna  wang  pos. macam mana plak? hah yang ni aku  jarang apply so memang korang kena tanya akak kat pejabat pos. tapi,buat apa nak susah2 pos duit. transfer je kan senang. hihi. last time aku guna wang pos ni utk bayar yuran sekolah/hostel,  masa 2012.. 

yeay,dah masuk ke main topic!


POS MALAYSIA.

Basically, pos malaysia sekarang ialah. pos malaysia ni tawarkan 5 jenis pos iaitu

1. Pos Biasa(surat,guna stem)
2. Pos Domestik- parcel berat, lagi murah dari poslaju
3. Pos Daftar- parcel berat, lagi murah dari pos domestik dan poslaju.
4. Pos Express- pos surat.
5. Pos Laju(flyer/prabayar)
6. Pos Flexi Pack International


1. Pos Biasa

Briefly,pos biasa ni means pos something RINGAN. dan kos pos= setem. contohnya surat.

hah tu pos biasa. utk uols yang nak pos biasa ni. senang kacang jer. bahan yang diperlukan cuma sampul surat, setem dan setitik air liur/gam.

Perlu utk uols tahu,warna sampul surat pon mainkan peranan utk menentukan harga setem. Ada dua warna sampul surat iaitu putih dan coklat.

HARGA TERKINI SETEM SEPTEMBER 2020 
SAMPUL SURAT COKLAT- RM2.00
SAMPUL SURAT PUTIH- RM1.50

apa2 pun, sila double comfirm kat kaunter yer. 


2. Pos Domestik( Parcel berat)- CDXXXXXXXXMY


atas tu borang utk pos domestik. yang bawah borang poslaju yang lama. 

kod depan utk pos domestik ni ialah CD. so kalau seller bagi no tracking CD1211212121my. means dia guna pos domestik.

macam tinggi je bahasa,domestik bagai. aku panggil Pos Tak Laju. hehe. 

Pos domestik ni orang guna bila nak pos barang2 yang berat giler. 5kg dan ke atas.

oh Mira ku sayang,kalau guna pos laju tak boleh ke?

ok macam ni,disebabkan pos domestik(pos tak laju) ni servisnya kurang laju berbanding pos laju. so kos posnya murah ler sikit. kalau korang mampu  utk bayar kos pos berpuluh2 ringgit utk pos barang yang berat 10kg. teruskan dengan pos laju.

tapi.kalau korang pos parcel 10kg guna pos domestik ni. jumlah kos pos yang uols kena bayar maybe dalam rm40+ jer(kot).  berbanding kalau guna pos laju,kosnya mungkin cecah rm80++. nampak tak perbezaan harga. 


Pos domestik ni memang ambil masa sikit utk sampai kat penerima. Tapi lambat tu pon bukannya sampai sebulan lebih. pos laju pos hari ni esok sampai. pos biasa mungkin sampai tulat or paling lambat pon minggu depan.

utk pos domestik ni,ada borang khas. so jangan salah isi borang plak.kalau tak sure borang yang mana,tanya akak kaunter tu taw. malu bertanya alamatnya silap isi borang.

last but not least,kalau guna pos domestik,jangan guna pembalut pos laju plak taw. balut guna kertas minyak or apa2 lah selain plastik pos laju. setel sudah pos domestik. alhamdulillah.

3. Pos Daftar

aku tahu pos daftar ni mesti ada yang first time dengar. aku pon baru tahu bila aku berjinak jinak dengan pos ni hihi. Pos daftar ni biasanya orang guna utk pos barang ringan ringan yang berat 0.5-1.5kg. contohnya korang nak pos sebuah buku. kalau guna pos laju prabayar/flyer=rm7 tapi kalau guna pos daftar. maybe rm4-rm5 jer. hihi. oh ye, pos daftar tak yah isi borang apa2, tulis details penerima kat parcel tu.

.kalau nak guna pos daftar. barang korang mesti lah balut guna kertas or kertas minyak.

kenapa?

sebabnya kos pos nt akan dibayar through setem. andai kata kos pos rm5. so nt akak pos tu bagi setem bernilai rm5 and korang kena lekatkan kat parcel tu. siap!

 kelebihan pos daftar ni ialah dpat jimat kos pos . itu jer senanyer. aku guna pos daftar ni bila cust request je.

p/s:aku tak tahu lah 2020 ni wujud lagi tak pos daftar ni. 

4. Pos Express

pos ni KHAS utk uols pos dokumen dan mahu ia cepat sampai. express lah katakan..hehe.

pergi kaunter n ckp nak beli sampul pos express. harga tak sure berapa sbb jarang beli. boleh tanya akak tu. dan utk pos express. tak yah amik nombor pon tak pe. boleh terus letak dlam box surat. setel. senang kan.

5. Pos Laju

pos ni lah paling femes sekali. pos laju ni ada dua tau. guna sampul prabayar atau flyer(plastik sendiri).

5.1 Plastik Prabayar

Maksud prabayar ni adalah anda beli plastik prabayar tersebut dan harganya sudah termasuk kos pos. 

Dulu RM6 je untuk 500g kebawah, tapi, sekarang RM7.90 untuk 500g kebawah. 




harga plastik prabayar ni ikut size. setiap size tu plak ada limit berat. contohnya size S rm7.90,utk letak barang  max 0.5kg jer. hah gituu. dan seterusnya

 kelebihan pos prabayar ni. Korang boleh beli in advance, so bila ada order, korang packing, masukkan dalam plastik ni, isi borang pos dan korang boleh drop parcel tersebut ke peti EziDrop atau hulur kat kaunter pos. Tak perlu ambil nombor 

EZIDROP
Alhamdulillah sekarang ni dah ada mesin EziDrop. 

Mesin ni ibarat peti utk parcel prabayar. Senang je cara dia, first scan dulu barkod, then masukkan poskod. actually arahan dah ada kat mesin tu. ikut je sejibik2.

utk pos guna plastik prabayar ni,,pastikan isi borang yang ada tulis ' utk sampul prabayar sahaja'

kadang pos malaysia ni dia suka buat borang baru. yang pnting is kau isi borang yang ada tulis ' utk sampul prabayar sahaja'

5.2 PLASTIK SENDIRI

Flyer ni kata mudahnya guna plastik sendiri atau plastik pos laju.

Korang boleh beli plastik flyer ni kat shopee, ada pelbagai corak dan size. Borang untuk parcel ni berbeza ye dengan borang parcel prabayar. 

6. FLEXI PACK INTERNATIONAL 

Kalau tak silap aku, flexi pack ni dah lama, aku notice kehadiran flexi pack ni since aku study kat CFS sekitar tahun 2014 or 2015.

Flexi pack ni sangat berguna bila korang nak pos barang ke luar negara, tapi, buat masa sekarang, pos Malaysia menangguhkan servis ni bermula 8 Ogos. 

Jangan risau, korang masih boleh pos barang ke luar negara. BACA sini>> Cara pos barang ke luar negara mudah dan pantas.


Image result for flexipack

Kalau korang nak pos selain poslaju pon ok je sekarang ni sebab mereka saling bersaing dan masing-masing nak berikan servis yang terbaik.

^^ itu jer. semoga post ni membantu anda! selamat pos barang!

ada apa2 info yang aku termissed ke? kalau ada, feel free to komen hokayy  ^_^

Post a Comment

268 Comments

  1. Nice sharing... keep writing! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Izerin. do keep in touch wif ma blog ^^

      Delete
  2. Nice sharing... keep writing! :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Nice sharing... tq for d info.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. my pleasure. share dengan kengkawan yg perlukan maklumat ni yer :)

      Delete
  5. Terima kasih berkongsi maklumat :)

    ReplyDelete
  6. Salam, sis, kalau flyer punya tu kena bayar kt kaunter ke? Atau sama mcm prabayar?

    ReplyDelete
  7. Salam, sis, kalau flyer punya tu kena bayar kt kaunter ke? Atau sama mcm prabayar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. aah bayar kat kaunter. tp biasanya kalau on the spot nak post,acik pos tu akn bgi plastik prabayar truih. yang flyer ni kalau nak packing dri rumah. hihi .

      Delete
    2. Makna nya semua pos laju trima flyer kn? Bayar kat kaunter bila da packing dari rumah , mcm tu?

      Delete
  8. Salam sis..kalau brg berat 5kg berupa beg pack ..mana lebih murah..prabayar ke poslaju biasa (timbang ler) TU SOALAN 1st..2nd komplen lak ni..kat pejabat pos spectrum bandar baru ampang kalo ader kekawan nak buat poslaju prabayar kena hati hati tau..macam ada yg tak kena budak laki situ..make sure mintak resit bila dah buat bayaran..and make sure evelop prabayar yg sama harga ngan resit yg depa bagi..akhir sekali tanya mana lebih murah kalo nak post brg kiriman ni..poslaju biasa atau prabayar..selalu depa buat kiter konpius..putus pius kiter nak faham..macam saya post brg..mintak prabayar depa p timbang..letak lam kotak terus seal..bagi slip poslaju biasa bukan prabayar..kan pelik tuu..kemudian bila tanya mana lebih murah prabayar atau poslaju biasa..dye kata prabayar..tak faham aku..malas nak gaduh aku bayar jer lah..kena berat 5kg campur lak harga kotak semua nya 70 hengget lebih..kat kl kalo nak hantar barang post..paling best kat brickfield..pejabat pos jln tun sambatan near kl sentral..aku bagi 4bintang la kat depa situ..spectrum ampang boleh bagi taik bintang lah..berlagak jer lebih budak laki tuu..mcm bapak dye punyer poslaju..auditor poslaju kena takenote budak tu..memang something happening kat situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya lah,barang 5kg. kan agak mahal kalau pos guna poslaju. so tanya siap2 kat cust. kalau nak saya pos guna pos laju,anggaran kos pos sekian sekian. kalau cust sanggup bayar kos pos tu. juz proceed with poslaju. if cust complain kos pos mahai, pos jer guna pos dometik. jimat berganda. haha . ok noted about that opis pos

      Delete
  9. Nk tny minyak enjin mmg x boleh pos ke..nk tau sangat2 jwpn plz

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa cam boleh jer hihi ^^ pandai2lah balut n cover

      Delete
  10. Pengalaman Aku la guna pos laju, prabayar dgn beli sampul pastu timbang, kos lbh kurg Sama je.....cuma Aku xpasti kaedah pos domestic kalo PKI kotak sendiri, pastu hrga Bayar ikot timbang adakah lbh murah atau tidak...rasanye timbang lg Mahal berbanding prabayar

    ReplyDelete
    Replies
    1. berat 99 soalan ni. rasanya depends on barang yang nak pos. sebab prabayar ni dia ada limit berat kan. tak sure cara kiraan kalau guna kotak. rasa cam kira volume. arghhh entahlah tak sure. better den senyap jo. tp pasal guna pos domestik guna kotak sendiri tu,dah pernah buat,dia cas kos berat jer.n kos pos domestik ni ternyata lebih murah dari pos laju.

      nak kata timbang lagi mahal dari prabayar. ok letsay nak post buku size a4 dan guna plastik prabayar size L,kna bayar rm9,yelah mana muat nak sumbat buku tu dlm plastik prabayar size M kann. while kalau timbang kena cas rm6 jer sebab berat buku tu tak exceed 0.5kg pn. hihi. dah jimat rm3 kalau pos timbang. konklusinya depends on barang yang kita nak pos. buat pilihan bijok ^^

      Delete
    2. salam cik mira, kalau guna kotak sendiri, memang untuk pos domestik sahaja ke? kalau nak guna pos laju tapi guna kotak sendiri boleh?

      Delete
    3. cik Mira tadi saya tanya agent, dia cakap kalo kita pakai flyer prepaid dan bila ditimbang lebih dr max, akan dikenakan charge.. ikut epxerience cik Mira, additional charges tu akan sama ke dengan poslaju tak prepaid (pos laju timbang bayar kaunter). thanks.

      Delete
    4. Nk tnye ,klau tk pos baju ,pkai plastik prabayar, kita bwk baju siap2 dan pack kt sne ke kita kene beli pstu bwk rumh pack dan pergi semula?

      Delete
  11. Bagus betul. Nasib baik tak pegi pos barang berat guna poslaju. Patut mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah kalau dah famous amous ni harga pon mau 'famous' jugak. tapi kualiti tu kalau tak jaga memang cust akn lari. haha. banyak je kann courier lain yg tawarkan dgn harga lagi murah n servis pon ok. cuma orang prefer poslju sebab senang ada banyak cawangan. ^^

      Delete
  12. salam sis. kalau nak pos surat/dokumen, better guna pos ekspress atau pos laju?

    ReplyDelete
  13. Saya newbie lgi dlm Hal ni..n baru2 nk kenal pos laju ni.hari ni baru beli flyer pack,utk 1kg+..kalau 1.3kg flyer lbih murah ke prabayar? pos ke sm to ss? 1 lgi kalau guna flyer, borang coklat boleh pos ke ss n sm x? Ke Ade kale lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau muat ltk dlm plastik prabayar. guna yg tu jer ^^ aah borang coklat tu boleh guna utk both sm n ss . :)

      Delete
  14. kalau nak pos pakai kotak sendiri boleh kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu sy, tak kisah .hihi

      Delete
    2. Salam cikmira23, kalau nak pos guna kotak sendiri, kotak sebesar kotak kasut dan berat tak sampai 1 kg kena guna pos mana satu eh?

      Delete
  15. Salam,kalau saya nak pos dokumen guna pos express ke?

    ReplyDelete
  16. Kak nak tanya, kalau nak pos surat, sampul surat tu kita sediakan or pas laju? Sory tanya soalan bodoh ni . tapi bebetul nak tahu . hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nk guna sampul sendiri,guna envelope coklat tu. ltk dokumen dalam tu n pos. nt kena lekat setem tak silap. kalo nk guna sampul surat poslaju,pos guna sampul surat pos ekspress. ^^ rsenya kalo guna yg poslaju pnya sampul lagi mahai.

      Delete
  17. Salam sis, boleh nak tanya sikit dak? If nak pos beg pack bebudak cemtu kan, better amek flyers pack saiz ap ek? Dalam dilema ni, sbb tak tau muat ke tak, beg tu blh je lipat dua cemtu, so boleh bantu sy tak sis?? Which one is better utk mengepos beg ni, sy tak pernah pos brg cemni tapi utk hdiahkan pd adik sy yg jauh di mata tu, tpaksa la pos, please help me sis, tenkiu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy rse klu nk selamat better size xl :) size L takot muat2 jer. :)

      Delete
  18. Assalamualaikum kak , akak tau x harga2 biasa untuk pos dosmestik tu? , dn boleh kan klo drpd sarawak nk hantar ke semennjung? Slelalunya brp ye ? Brg saya lebih kurg 10kg

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. maaf tak tahu la. kena tanya terus kat pejabat pos. tak pon cuba cek kat laman web pos laju ada link utk cek kos pos based on berat ^^

      Delete
  19. Sy pun n.b.. nk tny hal ehwal mngepos novelsss.. nk guna cara pos mana yg jimat?

    ReplyDelete
  20. Perrgghh...lengkap punya entri , dah macam tutorial pos..����

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. belum layak jadi tutorial lagi. ni baru intro. hihi

      Delete
  21. Kalau nak pos begpack selalunya pakai apa eh? Saya first timer nak pos utk customer ni

    ReplyDelete
  22. Tq admin pos pasal ni. Sgt membantu. Tq

    ReplyDelete
  23. salam admin.. kalo saya nak beli flyers tu mcm mne.. and bile dah pack barang dlm flyers semua.. hntr kt pjbt pos.. then nak buat ape..ade byrn lain ke selepas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. flyers(yg ada tulis urgent) boleh beli kat mana2 pejabat pos... soalan ke2, yapp ada bayaran lain. nt bila kat pejabat pos,org tu akan timbang isi flyers tu berapa and kena bayar kos pos accordingly.. hanya plastik prabayr jer yang bayar siap2 rm6 1 plastik size s. utk flyer 1 plastik size s mungkin 30sen,sebab tu tak termasuk kos pos lagi. eheh fham tak? haha

      Delete
  24. Akhirnya jumpa gak info lengkap pasal postage ni. Lg lengkap dr org kje kat pejabat pos tu. Thx ya sis. Semoga diRahmati Allah.

    ReplyDelete
  25. Salam sis. Kalau nak pos baju better guna pos apa ya? Maaf bertanya hehe terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. pos laju ^_^ guna plastik prabayar or flyer. dua2 ok

      Delete
  26. Salam sis. Kalau guna pos daftar tu kan, dia ada tracking number x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. lama x pos guna pos daftar. ada rasanya.

      Delete
  27. Assalamualaikum.. maaf tumpang tanya, kalau sampul prabayar mmg dh ada buble wrap kan? Satu lagi. Kalau nak sticker fragile tu berapa ya kos di pjbt pos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. feel free to ask ^_^ . ya awak sampul prabayar dah siap ada bubble wrap kat dalam dia. Maaf,harga sticker fragile tu saya tak tahu berapa. tak pernah beli. hihi. sorriii. murah je rasanya.

      Delete
  28. contoh sy nk pos pendrive/sim card.
    yg sy faham kan, mcm ni.
    flyers = plastik 0.23 sen + timbang RM6 (min berat 0.5kg) = RM6.20. Xdak bubble plstik.
    prabayar = RM6.40. ada bubble..

    so sy pilih prabayar la..
    ok x pilihan & kefahaman sy tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok. pilihan bijak. bagus2,utamakan prabayar . prbayar berbaloi sbb ada bubble wrap dlm tu wlpon brg kecik jer.

      Delete
  29. Kalau nak post offer letter yg kita terima boleh je kan guna pos ekspress tuu ?

    ReplyDelete
  30. Mira.. takle bungkus pakai kertas surat khabar ke?? Tadi mak pergi dia kata kena pakai sampul coklat. Grhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bungkus apa ni? barang ke? boleh tp bungkus kat utk bhgian dlm. utk layer luar better guna plastik or kertas minyak yg coklet tu. kang kena air,naya jer. hihi

      Delete
  31. Assalam Sis..sya budak baru nk bertatih2 ni dgn pos laju ni. Kalu sya nk hantar kek berat dia 1.3kg+ cara ape yg paling terbaik nak guna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. kek tu kek yg atas dia ada topping macam kek bezday or kek kosong macam kek pisang camtu?? kalau kek yang ada topping,guna la apa jua servis pos pon,gerenti kek hancur nanti. so x digalakkan pos kek cam ni. kalau kek cam kek plain(xde topping), kalau boleh jangan letak dalam kotak kek,sebab boleh kemek dan kek hancur. so digalakkan letak dalam bekas yg keras. then lepas tu balut dengan bubble wrap. balut tu biar 2-3+ layer. then kat parcel tu lekat sticker fragile yer .

      Delete
  32. Hi Sis.. I nak tanya, kalo hantar barang device seperti contoh hp 2nd hand ke member.. Which service yang you sarankan? And kenapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo nk pos hp or brg berharga,sy sarankan guna Gdex sbb gdex ada servis khas utk pos brg berharga ni. cer tgk http://www.gdexpress.com/malaysia/services-product/enhanced-liability-coverage/.

      tak digalakkan guna pos laju,sebab banyak tangan yg pegang. klu nk guna pos laju,boleh,balut macam nak pos buku then kat luar tu tulis,buku,jgn tulis hp.

      p/s: thu psal ni sbb pernah beli fon on9,and seller tu guna servis gdex ni.

      Delete
  33. Kalau just nak pos cassing fon yg ringan tu nk pakai pos apa? Pos daftar? Mcmna cara pos daftar tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa orang pakai pos prabayar jer. sbb kos pos kan cust yg byr. so cas siap2 kos pos rm6. hihi. nk cas kos pos murah pn blh,n guna pos daftar. balut guna kertas minyak.

      Delete
  34. Hai, kalau nak kirim 3 buah buku novel, sis sarankan pakai apa ye? Thank you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. soalan ni general la. maksud pakai tu means pakai servis yang mana or pakai plastik yg mana? nak senang guna plastik prabayar. sebab buku kan tajam hujung dia,so kalau guna plastik prabayar tu. risiko utk plastik koyak tu nipis sbb ada bubble. kalau guna flyer je,nt plastik tu koyak(dsbbkan hujung buku). nk sng pos laju la hihi

      Delete
  35. salam..sy nk post sambal hitam ke sarawak dlm berat less 2kg & less 1kg ke k.l..kalau kotak sendiri kena balut dgn kertas minyak kn..which one more better, kotak sendiri or beli kotak kat pej pos?
    n then klau nk send sambal hitam ni less 500g ok ke kalau pakai sampul pra bayar pos laju?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. kalau guna kotak sendiri,tak yah balut ngan kertas minyak dah. seletip jer keliling kotak tu bagi kemas. hihi. kalau ada kotak sendiri,xyh guna kotak poslaju pon takpe dah.
      utk yg less than 500g,nk sng yapp gne poslaju sampul prabayar.

      Delete
  36. hmm.. susah jugaklah kan kalau nak pos barang2 berkaca ni. even kita dah bayar tapi belum tentu dorang akan jaga elok2 barang tu. memang nayalah kalau customer dapat dah pecah kan. huhu. btw nice info. Salam kenal & saye follow sini =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap. nak buat macammana bukan barang kita je yang dorang kena handle. hihi. salam ukhwah and i'll follow u back soon ^_^

      Delete
  37. Hai. Nk tanya macam mana nak post duit. Kalau guna wang pos berapa bayaran yg dikenakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf tak ingat dah segala info pasal wang pos. :( sorry

      Delete
  38. Assalamualaikum . Tadi saya pegi beli flyers and then saya mntak borang . Tapi dia bagi borang wrna oren boleh ke guna pos ke sm & ss ?? ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. boleh je. klu tak boleh,takkan dia bagi en... haha

      Delete
    2. Ok . Tapi awk ckap kena isi borang coklat . Boleh ke oren ? Apa beze wrna oren dgn coklat ?? Hehe ☺

      Delete
    3. sama je dua2. cuma yang coklat tu borang baru. oren borang lama.kalo kat shah alam ni,dorang x bgi dah borang oren. bgi borang coklat je. kat kuantan plak dorg still bgi borang lama(oren). so terima je memana. kalau tetiba time pos dia kata kena guna borang coklat, turutkan je la ea. haha

      Delete
    4. Ermm nak tnya . Sya beli flyer Size S 10 Helai . Sya Nak Pos Dkat Sm Dgn Ss . Jadi nnti saya tetap kena bayar Pos Ke ? Hrga Pos Kira Mcm Mne ? Hehe ~ Keliru Nie .

      Delete
    5. iyo. awk bli flyers yg de tulis 'urgent' tu ke? klu ya,awk cuma bayar harga flyers je. so time nak post nt still kena bayar kos pos rm5+.kalau awk bli flyers prabayar yg ada bubble kat dalam tu, ygrm6 sehelai tu. bila post dah tak yah bayar sbb rm6 tu dah pakej skli dgn kos pos. arghh faham tak? haha

      Delete
    6. Yaa . Sayaa . Owhh , hehe ~ Ok Got It Thnks Ye . Baru Paham . Kalau tak confius antara dua bnda tu lahh . Haha ~ sorry . Terima kasih yaa 😉☺😜😞

      Delete
  39. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  40. salam .. nak share masalah .. sy nk pos handphone konfius nak guna prabayar atau flyer? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. dua2 ok. prabayar ada bubble so klu fon tu jtuh xde la truk sgt damage dia. nk selamat pos guna gdex security. ^^. sbb skrg da bnyk kes brg poslju kena tukar lgi2 valuable items

      Delete
  41. Salam, saya nk pos novel yg beratnya dlm 1.2kg..saya nk guna smpul size apa ye..sbb setahu saya size m utk yg berat 1kg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. kalau prabayar, L atau XL, tp tgk jgkla muat ke x. kalau flyer XL la senang. hihi. buku tu kalau boleh...balut dgn something dulu.sbb kalau terus letak dlm sampul, dikhuatiri sampul koyak sbb hujung buku tu kan tajam, lagi2 kalau novel. :)

      Delete
  42. Asalammualaikum Kak, mcm mana nk hntr borang peraduan? Nk kena pos mcm mana eh? Nk kena tulis surat rasmi dulu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. guna pos biasa je. masuk borang dalam sampul coklat, tulis alamat penerima n lekat setem singgit kat atas kanan. then masuk dlm peti surat. all the best

      Delete
  43. Assalamualaikum sis, alhamdulillah dpt jgak singgah dekat blog sis miera, diap bookmark lagi.. Hehe.. Nak tny lah, sy ni beginner dalam jualan online.. Kalau nk mintak resut coklat tu mmg kne pegi pos office kt kaunter tu ke? Sbb kita bnyk kali mnytak mst kakak kt situ muka ketat.. Yealah kita pakai flyer sndri since brg kita jual kecik dan ringan.. Ada tak other option utk dptkan reait coklat tu bnyk2 selain kt kaunter poslaju.. Trrima kasih sis..

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum sis, alhamdulillah dpt jgak singgah dekat blog sis miera, diap bookmark lagi.. Hehe.. Nak tny lah, sy ni beginner dalam jualan online.. Kalau nk mintak resut coklat tu mmg kne pegi pos office kt kaunter tu ke? Sbb kita bnyk kali mnytak mst kakak kt situ muka ketat.. Yealah kita pakai flyer sndri since brg kita jual kecik dan ringan.. Ada tak other option utk dptkan reait coklat tu bnyk2 selain kt kaunter poslaju.. Trrima kasih sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. borang coklat tu ye mksud awak? aah borang tu cuma ada kat kaunter poslaju jer. Sy pn dulu akak tu kalau sy mintak borang coklat tu, dia bagi 3 keping jer. phew sedihh. mana la cukup. pastu bila saya cakap nak banyak sikit, dia up lgi 3. so jdilah 6. tp bila da lama2 akk tu tgk sy sllu pos brg, bila mintak borang tu, hahh amek nok kadang 30kping dia bagi. hihi. ok klu akk tu muka ketat n x nk lyn a.k.a x fhm 'bhse' yg kita nk borang banyak. awk cakap mention terus berapa keping nak. cth, ' sy nk 20 keping borang ni'. biasa akk pos ni dorg x kira. dorg amek n terus bgi. klu akk tu kedekut sgt borang, awk pergi pjbt pos laju yg lain la yer. hihi. x leh wat pe dah. x pn tegur superivsor kt situ surh dia nsihat sikit ank buah dia.

      Delete
  45. Salam sis mira. Sy buat choc chip cookies based in s. Alam. Lpastu rmai plak dr penang home town sy mntk pos. Persoalan sy, kotak dkt p. Pos ley bli siap2 ke tk? Atau sy kena cri kotak sndiri packing sndri? Sy nk packing balang dlm kotak elok2 balut bubble wrap Elok2 bru nk pos. Tp susah nk cri kotak. Tolong sangat jawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.rasanya boleh beli siap2 kotak kat pjbt pos tu. x pn awk pergi cari kotak kat kedai2 jual barang niaga cam kat GM ke? or kat klang ade rsenya.. klu xde, mmg kne beli kt pjbt pos. better beli kotak banyak2 kt pjbt pos tu, nt sng kerja awk. packing siap2 kat rumah, n p pjbt pos utk pos brg yg da siap packing.. kann

      Delete
  46. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  47. assalamualaikum sy nk tanya la mana lg murah flyer atau prabayar ye untuk peniaga shawl kecil2lan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. nk sng prabayar. cas terus kat customer rm6 wlpon cust bli 1 helai. ckp la awk x amek untung pn ats rm6 tu malah awk sponsor kos gst. hihi. lgipon total kos flyer n prabayar beza dlm beberapa sen jer. hihi.

      Delete
    2. Hai mira. .sy nk pos barang guna kotak prabayar saiz 's' & borang warna purple...nk tnya, boleh x sy soletep kan kotak tu guna tape transparent ?? Sbb takut bocor lak,berat brg dlm 1kg++

      Delete
    3. wslm. boleh jer. recommended. hihi

      Delete
  48. thank you for the info! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. xleh nk like cm kt fb. . hihi.juz can comment thank you ^^

      Delete
  49. Salam sis.. nak tanya, borang yg kita kena isi ada 4 keping kan... kita kena smpan x satu borang tuh utk kegunaan kita nanti ke? Atau just letak 4 keping semasa nk post?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. boleh tgk kat hujung borang tu ada tulis. salinan penerima,salinan pengirim,salinan pejabat pos transit dan selinan pejabat pos asal. so sila simpan salinan penerima yer. salinan tu kt belakang sekali. detachkan sebelum post :)

      Delete
    2. Salam sis.kt blkg skali bkn salinan pengirim ke?

      Delete
    3. wslm, btolla awak tegur tu.. typo, nk tulis pengirim, tertulis penerima. sbb tu sy sruh simpan yg blkg skli sbb yg blkg sekali salinan pengirim. buat pe nak simpan salinan penerima plak kan. hihihi. lgipon salinan penerima yg depan sekali. hahaha

      Delete
  50. Salam sis, nk tanya kalau pos kuih raya satu bekas anggaran berat dlm 500g ++ sesuai guna pos yg mna ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. utk makanan(fragile), sy suggest guna sampul prabayar yang ada bubble tu yer. size M or L

      Delete
  51. Salam kak saya nk tnya... Plastik pos prabayar dyn flyers tu sama ke hrga... Ke mana lg murah?? Sbb sy slalu bli on9 tp seller2 caj rm10 je ke ss utk mane2 saiz plastik tp sy pos guna plastik prabayar saiz L rm15.. Mahal tuu... Ke yg flyers tu kira mcm mne? Sory it look like basic but xtau...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. bila sis beli flyer yg tulis word 'urgent' kt pjbt pos, sis cuma bayar harga flyer tu jer sbb tu nampak murah, tp bila sis letak barang dalam flyer tu and nk pos. sis kena bayar plak duit kos pos. kalau beli flyer(plastik) prabayar plak, sis bayar tu dah termasuk harga flyer dan kos pos.. alaaa macam topupp.. kan kena bayar dulu duit rm10 baru dapat resit topup rm10.

      Delete
    2. wslm. flyer(yg de tulis urgent) dan prabayar ni lebih kurang jer harga. yang membezakan dia ialah plastik prabayar, kita bayar siap2 kos pos time beli plastik tu. so nt time pos dah tak yah bayar apa2. tp kalo flyer, time beli tu, bayar hrge flyer jer, tp time pos kena bayar. murah ke mahal. ikut barang yang kita nak pos. kalau nak pos barang berat 400g tp barang tu muat dalam sampul size L. tok sah ler guna sampul prabayar. guna flyer. hihi. kalau tak faham, maybe kena praktikkan lama2 nanti faham la. hihi

      Delete
    3. Laaa selama ni guna prabayar je untuk barang ringan. Rugi iols 😑 So untuk kes barang ringan, mintak kat akak/abang kaunter tu "Flyer" la eh?

      Delete
    4. tp kalo brg 0.5kg kbwh, guna prabayar je sng sbb beza harga dgn flyer dlm +-5sen. Kalau 0.5kg keatas, guna flyer utk jimat. N if barang tu exact 1kg, bru guna prabayar size L.

      Delete
  52. Salam sis Nak tnya kalau nk pos 6 buah novel yg berat dlm 1.5kg prefer guna pos laju atau pos daftar? Kalau guna pos laju nak amek saiz plastik yg mne eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. kalau saya laa kannn. guna pos daftar jer. lambat sikit sampai tapi murah.. yang penting sampaiiii. tak gituuu hihi .pos laju amek size xl lah nak sedap balut

      Delete
  53. Salam bos ada whatsapp x?nk tnya kalau saya nk pos produk mkn mcm muruku tu agak2 hancur x muruku nya kalau pakai pos domestik?? sbb kalau pos laju mcm x berbaloi ja nk pos.. 😅
    harap balas ye.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.tak pernah pula pos makanan guna pos domestik. ni cadangan dari saya..bro guna jer pos laju tapi jangan guna plastik prabayar. guna flyer yg de tulis urgent tu. sebab kalau flyer, bayar ikut berat, maruku tu ringan je kann? so inshaAllah tak mahal sangat pon sebenarnya kos pos. btw bekas maruku tu nt balut siap2 dgn bubble kan? so risiko hancur tu ADA tapi kurang. faham2lah yer. and lagi 1, pos domestik ni sebenarny utk pos barang berat jer sebenarnya. kalau nak pos 1 tan maruku, hah baru sesuai guna pos domestik :)

      Delete
  54. Salm sis..maap says nk tnya.. SBB newbie xthu sngt untk pos , klau nk post bju kurung kanak DLM 5 helai, MNA post yg lebih jimat guna yer sis.. Timbang atau PRA bayar.. Klau PRA bayar, size APA yg sesuai yer sis.. Boleh bagii info detail x sis Amira. Tw

    ReplyDelete
    Replies
    1. prabayar ada 2 jenis jer. size S dan L. size s mmg tak muat 5 helai tu. so klu muat dalam parcel prabayar size L. guna yg tu jer. kalau tak muat, guna flyer(timbang). nak senang, letak dulu baju2 tu dlm 1 plastik biasa sebelum ltk dlm flyer or plstik prabayar.

      Delete
  55. Hi salam Mira. Harap jawab la ye soalan ni. Sangat sangat memerlukan bantuan 😁
    Saya nak pos beg saiz lebih kurang 32cmx 20 cm. so pos domestik (balut sendiri) ke poslaju saiz L yang ok? Atau yang flyer? (Flyer ni saya tak pernah guna plak sebab tak tahu)

    Rasanya bungkus sendiri pastu baru pergi timbang paling ok kot eh?

    Thanks!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. Kalau beg tu awak dah balut siap cantik, tak perlu pakai flyer dah. boleh terus guna pos laju. Kalau balut sendiri still dikira poslaju sbb guna borang poslaju kan? pos domestik ni utk pos brg berat2 tp nk kos pos yg murah. hehe . ok abaikan hahaha . so betullah ayat second last awak tu. paling terbaik is bungkus sendiri then timbang n bayar. ^_^ flyer kalo malas nk balut baru guna, tp flyer lgi senang la. xyh balut dah, terus masuk je barang yg nk dipos and timbang. hihi. Sekali guna rasa nak guna lagi. cubalahh. >_<

      Delete
    2. setuju kalau dh guna nk guna lagi heheh..

      Delete
  56. Salam sis. Kalau pakai flyer tu dia boleh pos sm-ss sekali tak ?
    And nak dapatkan borang kiriman tu just minta dekat kaunter or ada kena charge apa apa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. kalo flyer boleh pos kat both ss-sm. :) kalo prabayar jer tak, hihi. Kalau borang, FREE. boleh mintak kat kaunter kalau nak banyak. Jgn salah borang yer :)

      Delete
  57. salam nk tnya klu pki flyers tu klu timbang harga lain beli flyers tu harga lain?
    saya biasa pki prabayar..mcm prabayar tu bila kita beli siap dgn harga pos sekali..cth saya beli prabayar sampul L berat barang saya lebih 1 kg so xperlu bayar utk timbang..
    macam flyer saya beli lps tu timbang dia charge timbang lain? klu charge timbang tu harga cmne? lg mahal ke dari prabayar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, ye btul, flyer hrge lain, timbang harga lain. cth flyer size. cth flyer size s 20sen sehelai, kos pos(timbang) rm5.90. so total rm6.10. prabayar plak rm6 tu dah include kos pos n kos flyer. so beza 10sen jer? nmpk x?
      pasal mahal ke murah tu. ni cadangan saya lah. kalau barang tu tepat2 500g or 1kg, better guna prabayar jer. tp kalau berat brg tu in between 500-1kg, sy suggest guna flyer.

      TAPI... ada sesetengah tempat pos, kalau guna prabayar size L yg limit smpai 1kg tu. kalau lebih 1kg, kena bayar harga tambahan. tapi tgk akak kt pjbt pos tu jgkla, kalau dpt yg x kisah. alhamdulilllah dia x cas lebih ^_^

      Delete
  58. Salam, sy selalu beli brg online n mereka selalu hantar pakai poslaju... sy nk tanya boleh x pakai balik beg plastik pos laju dari barang yg sy dpt tu utk hantar barang lain kpd org lain (tape bgi elok la)? kan katanya plastik apa pn boleh pakai utk poslaju?

    Anyway, adakah kalau customer biasa call poslaju zaman sekarang masih lagi RM5 ? Sbb caj teksi dari tempat sy ke tempat poslaju ni dekat RM20 sehala, bas x ada (di kawasan hujung utara ni, bukan KL) jadi rasa baik call ja kalau masih RM5...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. maaf psal charge tu x thu sbb x pernah guna servis tu sbb pjbt pos depan rumah jer. hihi sorii sangattt. psal plastik tu, kalau flyer, boleh pakai semula rasanya sbb time pos tu, still kena timbang balik. tapi kalau plastik prabayar, tak boleh pakai dah sbb hmm susah nak cakap sebabnya.tapi for sure prabayar komfirm tak boleh guna balik walaupon plastik tu elok lagi. tp sy x galakkan reused plastik poslaju... btw, sehelai tu 20sen jer pon utk size s. huhuhuh

      Delete
  59. Salam. Nak tye kalau nak pos surat ke luar negara camne eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. mf x pernah pos. sesiapa yg pernah pos boleh komen sini yer ^^

      Delete
  60. Salam. Nak pos surat ke luar negara camne eh.

    ReplyDelete
  61. Salam.. tumpang tanye..sy nk pos biskut raya.. nk gune pos jnis ape ye n mcm mane nk pos brg tu? Hope dpt mnjawab soalan sy..😊

    ReplyDelete
  62. wslm. nk sng pos prabaayar, kalau muat la. klu x, guna flyer and timbang. jgn lupa balut tebal2 guna bubble

    ReplyDelete
  63. Nak tanya kak, dekat pos office tu mereka ada jual bubble wrapper dan plastic transparent atau kotak biasa tak? Atau kita perlu beli sendiri kat kedai lain? Saya plan nak kirim guna flyers, tapi sblm letak barang dalam flyers kena balut siap2 dan cantik2 kan. Terima Kasih kak!

    ReplyDelete
  64. Salam sis,saya firstime nak pos barang ni...popia dlm balang berat dlm 500++ gram..agak2 kene beli y prabayar atau y flyer? Kalau beli y prabayar tu boleh bawa balik uma then terus pos ke atau kene beratur lgi? N kalau flyer tu mcm mne pulak..hmmm

    ReplyDelete
  65. Assalamualaikum...nak tanya boleh ke beli satu je flyers saiz xl? Lagi satu biase kos pos utk barang lebih 1kg nie brapa klau nk guna sampul flyers saiz xl tu?

    ReplyDelete
  66. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  67. Salam sis..nak tanye..klu number tracking starting dgn kod CD....itu pos domestik ke poslaju?

    ReplyDelete
  68. Assalam sis, kalau nak post baju dalam 17 helai nak kena guna apa eh? Berat tak sampai 2kg. Nak post ke sabah. Kalau guna kotak size s muat tak?

    ReplyDelete
  69. Salam, nak tanya, kalau nak beli flyers tu, pergi kat pejabat pos nak ckp cemana eh yg kita nak beli flyers?

    ReplyDelete
  70. Salam akak. nak tanya. kalau dari sabah, nak pos ke semenanjung dalam anggaran berat 2kg. ptt guna pos domestik ka?

    ReplyDelete
  71. Assalam akak. Klo pos lukisan camne plak? Kne guna pos laju ke pos biasa? Sy takut gak klo org yg hntr tu terlipat ect. Bleh ke klo sy masukkan kadbod skali dgn lukisan tu supaya tk terlipat? N patut gne pos laju ke pos biasa je sbb lukisan ni sy nk hntr kpd kwn sy yg dok oversea. Mcm mne harap bantu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. sangat digalakkan. kalau boleh balut 20lapis, balutt...

      Delete
  72. Salam..nak tanya kalau kita nak pos barang macam beg sling yg kecik tu pkai prabayar rm6 nak send dekat pos malaysia bole ke?atau kene send dekat pos laju jgk?lps tu courier tu selalu beli dkt pos laju kn klau kt pos mlysia ada jual x?

    ReplyDelete
  73. Salam,pg tadi sy ad beli sampul prabayar n first time beli. Then balik rumah bru perasn kt situ ad tmpal pengeposan sblm oct16. After tarikh tu mmg dh tk boleh pkai lg ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. sy pn notice. sy pn tak tahu kenapa poslaju nak wat expired utk sampul prabayar. tapi after i asked akak kat pjbat pos kat rumah saya tu. dia cakap boleh jer pos lepas expired date tu n plastik prabayar yang lama pun still boleh guna. ~ akak tu cakap. sy sampaikan je

      Delete
  74. Salam akak. Nak tanya bila kita beli sampul prabayar tu kan, dia akan kasi terus borang yg kaler purple tu. Then if borang tu hilang or tersilap tulis ke, memang tak boleh nak claim yg lain ke dekat pos laju? Sbb haritu borang tersilap tulis, plastik elok lagi tak pakai lagi, then bila pegi mintak dekat kaunter, dia cakap dia takleh bagi borang lain. Borang tu limited, kalau nak borang tu kena beli skali ngan plastik prabayar tulah. Then rugi lah kami kan��. Pastu tanya dia, boleh ke guna borang yang color coklat tu(yg diorang letak kat atas rak boleh ambik je), dia cakap tak boleh. Then terpaksa lah beli plastik prabayar yg lain utk dapatkan borang tu hmm. Memang macamtu ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. bukan macam tu. mybe akak tu baru lagi kot,still noob. haha. tu poslaju kt mne tu? xprnh dgr plak nak amek borang kena beli plastik dulu. biasa yg akk prgi, even kita beli flyer or prabayar, akak tu mmg bagi banyak borang malah lebih. beli plastik 10 je tp borang 20. borang yang kat atas rak tu,feel free utk amek. masalah betul poslaju kt tmpat awak tu ye. kalo akk, da stress dah haha

      Delete
  75. Miraa,,mksudnya lah kan klau kita nak pos satu barang je pegi trus la kat kaunter pjbt pos tu?and tak yah amik giliran?kalau nak pos baju,xyah balut dengan krts minyak pun ok kan sbb dh dh letak dlm plastik.?ke still kna balut.?

    ReplyDelete
  76. Assalam sis..harap sangat sis balas mesej ni..nak tanya, saya nak pos barang dlm kuantiti yg banyak. Sy nk pakai plastik 'thank you' sebab barang tu ringan sangat. Yg saya faham, kita kena isi borang coklat tu kan? So soalan saya, sy boleh attach terus borang tu dalm address pocket kat rumah, then bawak kat pejabat pos untuk timbang n bayar? Then, ad ape2 lagi kena buat?

    ReplyDelete
  77. Hi Mira. I masih baru dalam bidang pos2 barang. Baru bukak bisnes tapi kat sarawak. Hari tu saya pos guna pos laju, barang berat dalam 4kg jugak lah. I kene charge sampai RM48. Awak rasa berbaloi ke? Atau ada idea lain. Yang pos domestik tu tak pernah dengar. If saya guna yang tu boleh jugak kan? Sebab nak antar ke sarawak. Too expensive. :( please help me

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, sorry late. terasa kaann kemahalan guna poslaju bila pos parcel berat2. sebab tu wujudnya pos domestik. utk kurangkan kos pos.

      Delete
  78. Salam Kak. Nak Tanya if kita nak pos Gambar yg dh frame size A3 agak2 nk pakai kaedah yg mana? Tq.

    ReplyDelete
  79. Assalamua'laikum..Mira..kalau saya nak pos dua kotak kasut dari sarawak ke selangor,ok tak guna prabayar je? Prabayar yg warna biru tu ke?

    ReplyDelete
  80. Saya lupa nak tanya..kalau nak pos kasut dua kotak,pakai size prabayar apa?

    ReplyDelete
  81. Salam sis. Saya baru nak mula online business. Tapi saya masih keliru dengan 1 menda nihh.
    .
    Poslaju prabayar tu boley beli di mana2 kaunter pos malaysia tapi hanya boley submit utk penghantaran di branches poslaju sahaja.
    .
    Betul x pemahaman saya sis ? Saya masih keliru.
    .
    Ataupon semua urusan berkaitan poslaju hanya boley dibuat di branches poslaju termasuk beli prabayar poslaju ? 😔

    ReplyDelete
  82. salam, kalau nak post barang yang bentuk dia silinder ala2 bekas bulu tangkis tu camne pulak ye?

    ReplyDelete
  83. kalau kod dia eh×××××××my tu pos ape ya

    ReplyDelete
  84. Salam.boleh saya tanya.saya nak pos kasut yg agak besar jugak la.tactical shoes gitu yg polis /askar selalu pakai tu.berat kurang 1kg. Jadi kalau guna flyers saiz XL tu okay x?

    ReplyDelete
  85. salam, kalau nak beli plastik prabayar, borang purple tue nak ambil kat mana? and kalau dah siap pack dari rumah pakai plastik prabayar tue, drop kat mana erk, kat kaunter ker apa? and nak drop tue perlu beratur lagi ker? contoh barang dvd or bluray disc

    ReplyDelete
  86. salam mira.. sy nk tanya. boleh ke kalau saya post percel di pejabat post klang,selangor dan tulis alamat pengirim dari kuantan, pahang.. sekian ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. boleh je, sistem dropship biasa wat camni. ^_^

      Delete
  87. as salam sis
    saya nb lagi . nak tanya la kalau saya nak pos seluar or baju dalam 2 3 helai sesuai guna prabayar kan ? tapi macam mana saya nak tentukan saiz and berat barang saya ?

    ReplyDelete
  88. Nak tanya jika org dr luar negara pos brg and duit perlukah kita bayar???

    ReplyDelete
  89. Akak boleh tolong tak bagi terperinci tentang pos laju macam mana nak dapatkan plastik tu dan nak kene isi borang ape dan nak tulis alamat orang yang kita nak pos kan barang ? Tq

    ReplyDelete
  90. Hi sis, nak tanya kalau nak pos bag better guna plastik sendiri or plastik yg disediakan? Berat 0.45-1.00 kg

    ReplyDelete
  91. Hi..nak tnya kalau kita guna flyers nk pos ke sabah srwk consignment note dia guna yg biasa tu jgk ke

    ReplyDelete
  92. Aslm. Kak mira, saya nak pos poster untuk kawan saya tapi saya taktahu prosedur untuk beli setem dekat mana and cara untuk pos tu dekat kaunter ya kak?

    ReplyDelete
  93. Salam cik mira. tq very much for the info. sangat2 membantu. following teruihhh...

    Maaf, sy nak tanya, baru2 ni sy ada dengar ura2 ada pertambahan charge pada servis poslaju? betul ke? Sy ada pm poslaju minggu lepas di facebook tapi still belum reply.

    berapa ye pertambahan charge yg terbaru ni? dgr mcm RM7.00++ untuk bawah 0.5kg (saiz s). betul ke? ke sy yg silap? hihi

    sy ni newbie jaa.

    ReplyDelete
  94. Borang purple untuk poslaju kan? Yang saya tak faham borang coklat untuk apa? Sbb saya cakap nak post satu buku. Lepastu dia kasi borang coklat. Harga RM7.15

    ReplyDelete
    Replies
    1. Borang coklat utk brg yg guna flyers ada tulis "urgent" atau guna sampul/plastik sendiri. Harga pos kena timbang ikut berat.

      Borang purple utk sampul prabayar yg warna merah/biru tu. Merah utk sm, biru utk ss. Beli siap2 kat kaunter n byr kos pos rm7++ utk saiz s sampul merah. Sampul biru rm11++

      Awk ckp nak pos buku tu yg dia bg borg coklat. Sbb igt awk dah sampul sendiri. Kalo nak guna sampul prabayar tu kena ckp lah nak beli sampul prabayar n saiz ape. Dah beli sampul, isi borang n terus pass kat kaunter. Tak pyh amek no lg. Sbb dah byr siap2 kos pos masa beli sampul td

      Delete
  95. Hai. Akak, sy newbie lagi dlm bisness. Sy nak tanye kalau plastik flyers yg M berape eh? And kalau size M maximum berat dia berape? Sy ada jual chocojar. Kalau jar paham2 la kan mesti kaca. Sy nk guna prabayar tp xsampai hati nk kenakan cas yg mahal kat cust. Tp nk pakai flyers yg timbang takut pecah����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better wrap sendiri dr rumah guna bubble wrap. No choice dr caj pos mahal kat cust

      Delete
  96. Salam sis mira. Nk tnya. Sy buat cheese tart tp ramai pulak y mintak sruh pos. Mcm mana sy nk buat ye. Sy newbe lg dlm bab2 pos nie. Trima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna bekas yg keras sis. Mcm tuppaware plastik. Then wrap dgn bubble wrap tebal2 kalo guna flyers or smpul/kotak sendiri. Kalo guna prabayar soletip bekas ketat2. Tp kalo cheese tart ni takut sampai tak rupa cheese dah 😅

      Delete
  97. Salam Sis,kalo saya nak pos Dvd game camne pulak

    ReplyDelete
  98. tq 👍🏻👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
  99. Salam sis, saya nak tanya bagaimana nak dapat sticker fragile? Sbb saya nak pos fridge magnet.

    ReplyDelete
  100. Salam kak. Haritu sy prgi poslaju. And beli 5 plastik. Selesai semua, org tu kata, awak niaga ke? Beli la banyak2 terus. Bayar sekali je. Then dia bg borang coklat. So, if dia kata bayar sekali, maksudnya after this, kalau sy p sana lagi, takyah bayar la kan. Tapi ni sy cari beza 3 warna borang, yg borang coklat tu, still kena bayar lagi nanti so i think tak jimat jugak mcm tu. Ke saya yg salah faham?

    ReplyDelete
  101. Salam . Sis nak tnya klau nak track & trace no track pos domestik bleh guna trck & trce pos laju jgk ke ? Sya try bnyk kali dha hmpr smggu tak updte jgk mklmt tntg brg sya . Asyk2 kat kodiang je . Tak gerak mane2 . Risau ~

    ReplyDelete
  102. Salam. Ada jual flyer untuk sabah tak? Borang boleh guna warna coklat tu ke?

    ReplyDelete
  103. Salam sis nK tnya saya ada hntr surat guna pos biasa tpi dah lebih seminggu surat x sampai lg,cmna ya?

    ReplyDelete
  104. Asalamualaikum sis..sorry ye nak tanya kalau kite nak isi dari rmh prefer guna prabayar ke flyer ye��

    ReplyDelete
  105. Assalamualaikum...nk tanya mcm mane nk beli sampul tu byk2...,kne register ke?bape bayaran nye? Tq dear

    ReplyDelete
  106. Selamat petang...nak tanya tracking poslaju...kalu barang yg dihantar pada pukul 11 pada hari sabtu..adakah kita dapat tracking pada hari yg sama...sebab saya track not found...

    ReplyDelete
  107. Borang nk kna isi tu ad byk helai..kna isi semua kan then letak kt parcel semua tu

    ReplyDelete
  108. cikmira , klau nak pos cookies kne gune kotak ke ? harge kotak berapa yer ? berat dy kire mcm mne pulak? pos kne byar jgak ke ?

    ReplyDelete
  109. kalau nk post barang dari sarawak ke semenanjung untuk barang berat 5kg, pos apa yang sesuai

    ReplyDelete
  110. salam.. bole bantu sye mcmana sye nk pos TAB samsung dan power bank kat kawan sye di SABAH sbb tertinggal semasa dtg bercuti di Kuala Lumpur. sye dgn jujur g pos laju .. xbole... ada cara lain ke nak pos... help me plss

    ReplyDelete
  111. Lets say saya nak pos baju, mana lg murah guna flyers ke pra bayar?

    ReplyDelete
  112. admin nak beli sampul s tu camne,nak ckp ape kat kaunter n note tu nak kena beli gak ke n bape harga die?

    ReplyDelete
  113. Kalau tulis alamat dengan nama tanpa print boleh

    ReplyDelete

Thank you for your comment ^_^

Ad Code

Responsive Advertisement