السلام عليكم
Bismillahirrahmanirrahim.
InshaAllah pos ni akan ku ceritakan daripada A sehingga Z mengenai program ni. FYI,report ni mira version ok,bahasa mudahnya informal report. so nak mintak maaf awal2 kalau ayat tu mcm rock sikit..
Details program.
Date : 2/7/2015 - 6/7/2015
Place- Kg Mesilou,Kg Kinandusan, Kg Waang
Time- 10am- After taraweh
aktiviti
- Smart solat(fokus anak2 penduduk kg)
-mobile clinic
-kursus penyembelihan
-rewang
-beramah mesre
-solat berjemaah(trmsuk teraweh)
- kursus pengurusan jenazah
-tazkirah
Program ni merupakan program tahunan Persatuan Mahasiswa Islam UTM. tapi kali ini dijayakan dengan kerjasama Muslim Care Malaysia.
FYI,ni first time taw aku join misi dakwah ni. sebelum ni join misi bencana jer mcm misi banjir. alang2 dihamparkan peluang ni ape lagi grabb ler cecepat sebelum peluang tu pergi kan..hehe
alhamdulillah,Allah pilih aku utk menjadi sebahagian daripada team Muslim Care. Jumlah student yang terlibat sekitar 20 orang daripada kalangan pelajar UTM dan juga UM. Sisters cuma 7 orang. ditambah pula jumlah team Muslim Care yang sangatlah sedikit iaitu 4 orang jer. Aku,Kak Min,Hji Razak dan juga Dr. Baha.
team Sayang yang terdiri daripada student UTM dan UM. aku sorang jer 'sesat' from UIAM.
ini kali kedua aku ke Sabah. Kali pertama dulu masa aku darjah 5. lama sangat2 dah. hehe. Seriously tersangat2 excited! walaupon aku keseorangan pada mulanya. ade aku kisah? hahahahha
pukul 11 aku dah gerak dari rumah. Iyelah sorang2 je kan. kena lah gerak awal. biar kita tunggu orang,jangan orang tunggu kita. padahal flight pkul 4 lebih. pkul 1 dah terpacak kat KLIA. nak buat macam mana dah dari kecik mak aku didik jgn lambat2kan masa. biar kita tunggu masa sebab masa takkan tunggu kita.. tak pelah,kita lepak2 dulu kat situ. nak makan takleh,puasa kannnn..hihihihi
pukul 4.30pm mula berlepas. warghh seronoknya tak terkata. rasa macam sekejap sangat kat dalam flight tu. Dalam pukul 7 lebih kami selamat tiba di Kota Kinabalu(KK). Pergh dlm flight tadi berbuka dgn roti gardenia and mineral water jer bohhh. lapaqq baqq hangg. Aku tahu mesti semua rasa mcm tu except team UTM sbb depa dah sampai dulu and dah pekena KFC (kott)hahahaha kidding jer hokayy.
Hj bawak kiteorang makan kat sebelah pasar fillipin. kat situ banyak betu peniaga yang jual makanan seafood. alaa macam kat kedai parameswara kat melaka tuuu.
sebelum tu kami ke rumah akak Kak Min di Menggatal utk ambil barang.
gurpppp. alhamdulillah kenyang sudah. siap2 utk check in homestay. yeayyy.
Kami menginap di Rosewood Homestay di Kundasang. betul2 sebelum Klinik kesihatan Kundasang.
suhu perghh sejukk macam kat cameron. pkul 11 lbih baru sampai.
cuak gak ah kne bangun sahur awal pkul 4.yela kat sinikan jamnya awal sejam dari semenanjung.
solat subuh pkul 5. biasa kat sini pkul 5 baru nak sahur. kuikui
oklah utk menguraangkan rasa boring korang baca post ni so aku selitkan bersama gambar. semoga terhibur.
yelah kalau takde pic tak meriah post ni. hihi so aku sajikan pic yang aku cilok daripada page persatuan mahasiswa islamm UTM. boleh lah liker yer.
ambo mohon izin yer admin page. hihuu
3/7/2015- JUMAAT
Hari ni squad Sayang akan ke kampung Mesilou. salah satu kampung yang terkesan akibat gempa bumi awal bulan jun haritu. Sejuknya terasa ditambah plak dengan angin kencangg. dengar cerita pkul 10 tu ada small gempa. maybe tak kuat so aku pon tak terasa sangat.tak sedar pon sebenarnya. lulz
Disebabkan hari ni hari Jumaat, budak2 sekolah. Ada sebahagian tu pergi kelas agama. Then,pagi2 yang dewasanya pergi berkebun. dan tengah hari plak ada solat jumaat. so pukul 2 lebih baru start program. itu pon tak ramai penduduk kampung yang join.
Btw,kami diinform 100% penduduk kat sini beragama Islam. Alhamdulillah.
Disebabkan sikit jer villagers yang mai utk Mobile Clinic ni. so kami decide utk pergi setiap rumah ke rumah untuk jemput penduduk kampung. Cabarannya satu jer iaitu ANJING.
Normal yaa utk warga Sabah bela anjing. Ia bertujuan utk menjaga rumah,ladang ternakan dll. so jgn pelik plak kalau yang beragama islam pn bela anjing. sebab ianya NORMAL di sini.
tapi utk warga semenanjung macam aku n team sayang ni. agak kecutt gakk ahh bila terserempak ngan makhluk Allah ni. tapi nak buat guana lagi,kena cool n relax je lah even dalam hati dah makk aii takut baqq hangg. hahaha
kesan daripada jemput penduduk tu. ramai lah kanak2 yang mai. parents lepas asar baru dorang mai. maybe ada yang baru balik dari kerja.
Serious talk,this is my first time handle these things. Very awkward!
sejujurnya aku ni ngan budak tak mudah mesra. Mudah cerita,it takes time lah. Mse program smart solat tu,aku hanya mampu melihat. tak mampu nak jadi fasi. entahlah. maybe first time kot. karang aku buat ikut sedap aku jer naya bebudak tu.. so better aku perhatikan dulu guane member lain buat.
Pada masa yang sama,mobile clinic terus beroperasi. Lepas asar,hok brothers smua join utk kursus penyembelihan. Aku tak tengok pon sbb biasalah hari pertama kann. So aku just tolong sikit2 jer mcm potong2 buah gituu. still kekok lagi nak ushar2 hahaha sakai giler enn.
Kiteorang ifthar dengan kurma dan jugak maggi goreng. sebabnya ayam x sempat nak goreng. nak dijadikan cerita.lepas teraweh baru makan berat. perghhh time teraweh tu fikiran aku dah melayang2 nak makan nasi. inilah akibatnya dah
kat sini meme sejukk plus angin kuat giler mcm nak ribut jer. fuhhh sejuk sejukkkkk.
pengarah program pegang ayam je ke? hehehehe
ni waktu ngah panggil orang kampung mai utk mobile clinic
sesi pendaftaran utk mobile clinic
adik2 tekun mendengar kak Min bercakap
malu2 plak adik ni
sesi taaruf
mobile clinic berlangsung. seriousnya muka abam tu tengok dr tulis
peace yoo
sesi berjimbaa hahahaha
sesi penyerahan buku cara solat,iqra dan jugak poster solat kepada adik2.
bila rewang dah buka tirai
kesan gempa bumi
cantik en bunga ni
muka budak ni ala2 mcm orang jepun la plak aku tgk
4/7/2015
yeayy hari ni team Sayang akan ke kampung Kinandusan. Ni first time aku dengar nama kampung ni. Jalan nak ke kampung ni agak mencabar. dan untuk ke surau dia makk aii bukan senangg
.kena daki bukit. agak curam lah.aku nak naik pon cuakk takot tergelincir. nasib baik sgt2 aku tak pkai kasut purple BUM tu . kalo idok meme dah lama tergolek2 mcm kambing golek kat situ. hahahahaha
oh ya,kampung ni atas bukit. macam kat puncak plak sebabnya boleh tgk permandangan sekeliling. wa cakap sama lu itu heaven giler kat atas sana lorr. tenang sangat2 bila tengok gunung ganang tu. rasa macam terbang semua masalah hidup ni. rasa damai jer hati subhanallah!
sejukk dia baqq hang sampai ketaqq lutut ni. dahlah seluar nipis jer. lagilah bertambah2 sejuknya. sweater pon tak bawak. terpaksa pakai baju nipis 3 helai.
kami sampai je,budak2 smua dah tunggu kat dlm surau. tinggal nak buat program je. aku macam biasa still kekok.so jadi pemerhati jer. pandang dari belakang. mujurlah ada kerja nak kena buat. xded lah aku duduk saja jer.
tapi. hujan plak petang tu dlm pkul 2 lebih. risau jugak kot2 penduduk kampung tak nak mai sebab hujan. Alhamdulillah,reda je hujan. makin ramai yang mai utk buat check up. Aku plak tolong potong2 sayur jer. itu je kerja yang ada. selebihnya aku merayau2 tak tentu hala hahahaha itulah takkan aku nak sembelih ayam plak. boleh jer tapi kalo urat merih tu tak putus betol2 nanti sapa susah. semua susah. dah rugi 1 ayam.
kali ni ifthar terus makan berat iaitu nasi ayam. Alhamdulilah penuh surau wehhh. sejuk mata ni memandangnya. anak2 kecil pon join teraweh jugak.
Oh ya,1 part yang aku tabik dengan kampung2 yang aku pergi ni. lepas habis solat. tak kisahlah solat teraweh or solat isyak. TAK DE SORANG PON BANGUN dari tempat dia. semuanya duduk kat tempat solat dorang. dan even dah habis solat pon,dorang bukan jenis yang cepat2 bangun n blah. serious setakat yang aku nampak kat semenanjung ni,lepas solat jer kebanyakannya terus bangun n nak blah. x menyempat nak baca doa,kejar ape pon tak tahu l. tapi kat sini lain sangatt. Biasa lepas teraweh jer,hok muslimah mulalah sibuk nak lipat telekung lah,borak lah itula inilah. tapi kat sini. dorang tak macam tu. MasyaAllah semoga aku boleh contohi dorang ni. aminnn
aktiviti pertama.. main tepuk2 yang dipanggil break. first time aku main ni time darjah 6
olololo omeinyaa
kalau uols perasan,sister ni pegang pisau guna tgn kiri. huhuhuhu
abam sado angkat kotakk. kipidapp
praktikal wudhu
time for rewang!
time for iftar!
moreh time !
5/6/15
hari terakhir misi di kampung Waang. Khabarnya kampung ni minoriti muslim. suraunya kecil ja cukup utk menampung 50orang jemaah je kot.
kehadiran kami disambut meriah oleh kanak2 kat sini. macam biasa aktiviti pertama ialah kem solat. sebelum tu ada game sikit. hah masa ni aku dah ada kekuatan utk handle budak2 ni mula2 tu rasa tak yakin. tapi aku start kumpul keyakinan tu bila aku handle dua orang adik comel ni.
alhamdulillah everything goes well. thankz to adik comel especially Syakirah and Zaliah sbb layan akak yang kerek ni. akak mintak maaf kalau akak tak faham apa yang korang cakap taw. seriously akk blurr giler kengkadang itu yang tak leh nk respon sgt tu. sorry to Sera jugak di kg mesilou. im trying to understand what are you trying to say but some of your words i cant understand. im soo sorry!
anak2 kat kampung ni teramat2lah aktif. aku pon jadi mangsa dorang. dipeluknya,dipaksa utk gendong dorang. sorry lah adik2ku akak ni bukannya kuat sangat pon. biasalah perempuankan kaum yang lemah(fizikal),tak sekuat lelaki.huhu tapi bestt sangat layan adik2 ni. diorang ni kan,even ada yang tak pernah solat or baru sekali dua solat. time solat maghrib,isyak n teraweh. dorang akan solat mcm biasa ikut imam. bukan yang besar jer,yang kecil 3-4 tahun pon mcm tu .boleh plak ikut solat teraweh sekali dengan witir. thorbaikklah dorang ni. may Allah bless all of you. Ada jodoh kita jumpa lagi.
amboii sukanya adik tu didukong bro ni. ceria je smua
smua orang minat kat adik ni. aku plak so-so je. tetiba dia mai kat aku. tarik2 tgn aku smbil cakap jom jom. aku tanya jom nak p mana. pastu dia teruih peluk aku and cakap jom jom. kekok giler kot da lama tak layan bebudakk. hahahah
bersama adik2 smart solat
terpancar wajah gembira . yg depan sekali tu zaliah
seronok betul bergambo depa ni.. hehehhehehhehe
suasana yang kampungggggg sgt
mcm bapak ngan anak sudaa
aku tak berapa faham dgn pic ni
mini kursus pengurusan jenazah
adik2 basuh apa tuu
sesi iftar beramai2
crowded sikit. yang penting happening yeayy.
gembiranya bila dah dapat duit raya. kalau aku dpt duit raya pon aku seronok even da besaq panjang
kesan gempa
main apa tuuuu sayangggggg
praktikal wudhu.
p/s : semua pic ni 100% aku cilok dari PAGE NI . aku belum letak lagi pic dari hp aku and fon member len. so tunggulah kalo aku rajin sikit. banyak lagi pic nak share. jgn risau aku letak pic ramai2 jer. kalau ada pic tak tutup aurat mohon tegur aku cecepat kay. takot aku tak perasan .
boleh keep update this post utk tgk pic terbaru hokayyy. thankz sudi bacaa.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^