السلام عليكم
Alhamdulillah selesai sudah MUET ku. Keputusan utk amik MUET ni bukan macam nak pergi kursus. Minggu depan nak pergi,minggu ni baru regist. utk amik MUET julai ni,march dah kena regist.
Kalau tak de kesedaran aku rasa memang tak amik2 lah MUET ni. Oh ya,salah satu function MUET ni ialah dapat bantu kita utk mohon biasiswa. utk student UIA,aku tahu ada yang pandang sebelah mata je MUET ni. Yelah korangkan dah lepas IELTS. band 6 lagi tu. walawehh terer laah uols.. hehe. tapi perlu diingatkan better more than less. hihihihi.
Bila aku tanya member2 yang dah pernah amik MUET.
Antara soalan terfemes ialah " MUET bulan berapa yang soalan dia senang eh?"
boleh plak lagu tu. ni ramalan2 dorang lah. ada yang cakap amik bulan julai sebab budak stam amik muet jugak. amik bulan november soalan susah sebab ramai yang ambil. Macam2 lagilah mitos.
Apa kata aku?
Pada pendapat peribadi aku, MUET bulan 7 susahh wooii.. hahahahahhahaa gurau2 jer. Hakikatnya bergantung kat individu tersebut. cer ko tanya budak yang BI dia dapat A+ masa SPM,mesti dia akan cakap soalan senang jer. n cer ko tanya plak budak dapat E masa SPM,mesti dia akan cakap susah. Pon bagaimana walau,tak hendak seribu dalih,hendak seribu usaha.
Apa soalan Writing MUET JULAI 2015?
soalan 1- diberi graph pasal tiger population kat Myammar,Indonesia dan India. Selain itu ada jugak table action taken to protect the tigers.
soalan 2- The Media is an educational tools. Do you agree with this statement?
Mira,ko boleh buat tak?
Alhamdulillah,berbekalkan pengalaman aku repeat BI 3x ni. Dah melekat kat otak aku ni bila buat soalan 2,mesti ada thesis statement. Contohnya " I strongly agree with this statement because the media is a global medium to educate people and it is the most atteactive tools to attract students attention."
hah itulah contoh thesis statement. So utk next para,ko cuma perlu hurai isi media is a global medium to educate people and pasal interactive tools tu. Konklusinya kat sini,ayat thesis stateent tu korang kena bagi point penting utk isi kau.
Kalau kau tulis thesis statement ni,karangan kau akan nampak lagi jelas apa yang kau nak sampaikan.
faham idok ni?
alahai sorry ler aku ni tak master BI pon,speaking pon kaku. Iyoler,itu bukan mother tounge aku. Aku hidup bukan dalam suasana orang sekeliling cakap BI. so memang lack of practise lah ceghitanya. hahahahha. Aku plak tak berapa minat BI.
Agak-agak dapat band berapa?
No komen. So far aku memang dapat agak yang aku TAKKAN DAPAT band 6. pergh terer sgt tu walhal aku tak terer pon. kuang3. so maybe dpt band 3-5 pon da ok. Tapi aku rasa kalo dapat band 3. Serious aku rasa cam nak repeat. hahahahahahhaha. rm100 je pongg. lulz.
Apa persediaan sebelum exam Writing,Listening and Reading?
Listening= aku rasa tak yah la susah2 nak practise,ianya bergantung kpada tahap pendengaran kau jer sebenarnya. da n jugak kemahiran kau tangkap point yang dia nak kau focus. Tapi aku sarankan kau tak yah lah nak berlagak sangat,try je dgr 1 latihan pon da cukup.
Reading= aku rasalah,buatlah banyak mana pon latihan, hmm,bukan soalan sama pon. ini bukan soalan ABCD kimia fizik n addmath. hehe. So saranan aku,ambil tips2 jer. lagi2 tang soalan kacang yang ada 3 je jawapan TRUE,FALSE,NOT STATED. ada strateginya taw utk jawab yang ni.antara klu yang lain is,baca soalan dulu baru baca karangan. itupon jgn baca sebijik2 ayat karangan tu. muntah ijo karang.
Writing= Part ni kalau kau rasa ko lemah writing. Amatlah perlu utk kau study sikit. eh2 nak study apa? sebenarnya MUET ni kan dia akan bagi soalan ikut topik2 antaranya pasal health,sports,entertaiment dll. So aku sarankan kau hafalkan 1 or dua general point. tak salah pon. n then part grammar tu tersangatlah penting! sebabnya biar ayat kau skema contohnya They were many road accidents. Simple je kan ayat ni? Biar ayat simple yg pnting grammar betul. jgn ayat bombastik kemain tapi grammar haprakk . dah guane ceritanya ayat simple pon grammar salah. aishh tak leh nak buat paa naa.. konklusinya kat sini JAGA GRAMMAR. refresh balik buku grammar darjah 6 tu. heheheh
Mira kau amik MUET kat mana?
of koz ler kat my beloved ex school. SAMT SULTAN HISAMUDDIN! terimbau2 kenangan time amik SPM hari tu bila aku masuk dewan utk MUET. waa rinduunyaaa..
ok lah rasanya itu jer takat ni.
terima kasih daun kunyit,do the best ekk
0 Comments
Thank you for your comment ^_^