Suasana Pembelajaran di UIA PJ

السلام عليكم

Hari ni inshaallah aku nak kongikan dengan rakan-rakan mengenai suasana pembelajaran di UIA PJ khususnya. Mungkin ada yang nak tahu sama ada sesi PnP or style 'suap sampai ke mulut' macam zaman sekolah dulu ke or self reliant?

 soalan= adakah islamization diterapkan semasa proses PnP di UIA PJ ni?

Ok penulisan aku lepas ni adalah hasil pemerhatian aku sepanjang aku menjadi student di CFS IIUM PJ selama 2 tahun. So utk korang2 yang tak pernah jejak kaki kat CFS IIUM apatah lagi belajar kat CFS IIUM PJ ni. Aku harap sangat2 please lah yer. Tolong jangan lebih sudu dari kuah.

Sebelum aku start cerita unsur2 islamik yang diterapkan di UIA. Aku mohon jangan samakan UIA PJ dengan UIA Gombak,gambang dan Kuantan sebab suasananya berbeza yer.

Di UIA PJ,99% student adalah pelajar Melayu Islam. Sangat berbeza di Gombak nun,foreigner and local students sama ramainya.

First of all.
Aku rasa soalan ni subjektif. Lain orang lain pandangan dari perspektif masing-masing kann?. Dan aku sendiri merasakan semua university ada kelebihan dan kekurangan masing2. Lumrah lah kan. Yang baik kita jadikan contoh,yang tak baik kita jadikan iktibar dn pengajaran.

Menurut pendapat peribadi aku,UIA PJ sangat menerapkan UNSUR ISLAM dalam PnP. 

Kat cfs ni, semua junior yg baru mendaftar akan dibahagikan kepada group mengikut result EPT dan APT. So nanti kalau korang exit arab but Bi level 6. Korang akan dapati classmates korang pon dapat result yang sama.Next sem baru classmates akan dirombak sedikit sebab ada yang exit and ada yang repeat.

TAARUF 

Sesi ta'aruf ni boleh kata wajiblah bukan setakat proses PnP jer. apa jua sesi memang dimulaii dengan taaruf ni even waktu meeting and usrah.

TAZKIRAH SEBELUM/SELEPAS  SESI PnP
Basically,ada 3 method tazkirah yang digunakan.

1. Lecturer sendiri yang bagi tazkirah.

sebelum sesi pembelajaran bermula , Lecturer akan memberi sedikit tazkirah yang short and deep. Around 5 minute jer. Biasanya lecturer akan sentuh pasal tanggungjawab kita as student lah.

2. Lecturer still bagi tazkirah, and semua orang pon kena bagi tazkirah jugak.

some lecturer,dorang akan assign everyone utk bagi tazkirah in the end of the class. So semua orang akan merasa bagi tazkirah dan semua orang akan mendengar tazkirah daripada classmates sendiri. 

3. Appoint mana-mana student utk bagi tazkirah.

Yang ni akan membuatkan semua student prepare dengan isi tazkirah masing2. hehehehe


Konklusinya kat sini,tazkirah semasa PNP tu memang wajib sama ada sebelum atau selepas kelas. Ini tak termasuk lagi cerita2 selingan waktu break PnP.

Antara madam yang aku sangat2 suka dengar tazkirahnya ialah madam Faizah Jaafar(calculus) dan madam Najwa Idris(chemistry 2) dan yang motivasi paling best sekali of koz lah daripada Sir Mohd Nor(Fizik 1).

Tempat duduk

Sepertimana waktu sekolah,pelajar lelaki dan perempuan diasingkan sama ada lelaki depan or perempuan belakang,lelaki kiri,perempuan kanan dll. Kat sini pon macam tu. Aku tak pernah lagi dduk dlm kelas yang bercampur aduk lelaki perempuan. Macam aku sendiri ,aku selalu datang awal kelas utk duduk hujung hala ke tingkap. Sebab kalau aku mai lambat,aku kena duduk hujung hala ke budak lelaki. Seriously sangat2 tak selesa bagi aku. hahahahahaha

Presentation

Utk SEMUA subjek. Tak kisah lah apa topic presentation even pasal fizik or kimia. WAJIB relatekan dengan islam. Tak kisah lah nak buat analogi ke,petik mana2 hadis or ayat al-Quran ke. Yang penting kena relatekan dengan islamization. Kalau tak buat ni,kemungkinan besar markah presentation akan kurang. So moralnya disamping student siapkan assignment. Student jugak dapat berfikir relate presentation dia dgn islam. Presentation kat sini 100% in English ya. In malay dilarang sama sekali.

ISLAMIC CLASS

Aku tak tahu nak bagi tajuk apa. Islamic class ni maksud aku ialah kelas untuk menambahkan pengetahuan kita mengenai islam. Ada 3 kelas; Fardhu ain,study circle dan tilawah class.

Setiap student dapat kelas yang berbeza mengikut tahap dia membaca alquran sewaktu ujian tilawah waktu tawe

Personally,aku sangat suka dengan pendekatan ni. Yelah yang masuk UIA ni bukannya semuanya berlatarbelakangkan agama. Maybe ada yang takde basic alquran. maybe ada yang tak Kenal huruf hijaiyah.

Maka beruntunglah for those yang tak pandai lagi baca alquran dan anda masuk UIA. Ini adalah peluang yang Allah bagi utk korang belajar Bahasa ahli syurga ni.

 khususnya para wanita dan lelaki yang masih cetek ilmu fardhu ainnya contohnya mengenai darah2 wanita dll.

Dan sangat beruntung utk sesiapa yang dapat join study circle. Utk tahu kisah2 study circle bolehlah godek blog aku ni yer or tengok kat atas sekali. Klik kat uia pj.

rasanya ini jer point yang terlintas di fikiranku kala ini.


Aku harap perkongsian ni memberi inspirasi utk kalian membuat perubahan kat tempat belajar korang yang mungkin ada yang kurang islamik.

and kalau korang ada something special pasal U korang yang membuatkan korang jatuh cinta dengan U korang tu. bolehlah share yer. ^^  aku pon nak tahu jugak. hehehe sama2 ambil ibrahnya. Sila share suasana pembelajaran korang semasa form 6/matrik/ diploma. Jangan share suasana pembelajaran time degree sebab aku tahu ia sedikit berbeza. hihihihihhuhuhuhu

oh ya,aku nak jawab soalan terakhir

soalan= kat UIA PJ ni spood feeding or self reliant?


= Self realiant.

time degree meme ler dah takde spoon feeding ni. yet ia bermula di CFS lagi.

even kat cfs ni,dah tak de istilah suap menyuap ni. 80% usaha student tu sendiri dan 20% usaha lecturer utk memberi ilmu.


NO EXERCISES, NO NOTES yang akan diberi oleh lecturer. kalau ada pon cuma 5% jer.

Contoh subjek calculus. Madam akan ajar yang basic jer and the concept. Latihan dan selebihnya kena buat sendiri. Soalan pon kena cari sendiri.

Dah takde lecturer yang akan fotostatkan notes utk korang. takde weh. so pandai2lah belajar buat nota sendiri. utk subjek chemistry aku sarankan buat mindmap utk lebih jelas apa yang korang belajar.

Untuk subjek Programming which is too difficult for me at first. Tipsnya ialah korang kena godek2 semua cara utk tulis coding dan matchingkan ikut kesesuaian kemahuan soalan.

kalau kat sekolah,Library tu dipandang sebagai tempat lepak atau tempat baca novel je. bermula di CFS,library tu lah lubuk ilmu. Ilmu2 yang lecturer kau tak ajar dlm kelas. kau kena 'gali' kat library.

Oklah itu jer. aku harap post ni tak membuatkan korang rasa aku nak banggakan UIA. aku juz sharing jer the truth yang aku dah alami. ^^


Post a Comment

2 Comments

  1. Boleh akak cerita skit psl allied science dkt UIA ni mcm mne

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaflah awak, saya bukan pelajar Allied Health Science.

      Delete

Thank you for your comment ^_^

Ad Code

Responsive Advertisement