Hantar adik ke SAMTTAJ

السلام عليكم


Assalamualaikum. Supposely cuti2 camni aku lebih gian utk post tp makin tua ni makin malas plak nak hapdet blog. Ku gagahkan juga memikirkan blog kesayangan ni.
Alkisahnyaaa.. Waris terakhir a.k.a adik bongsu aku telah pon selamat masuk ke alam sekolah menengah. Aduhai besaq dah adik aku sorang tu. Risau plak aku as kakak dia. Yelah,nanti adik aku tu mesti hensem Opss. Haha. Yelah,dia jer muka yang ikut arab sikit. Sikit jer lah. Abang aku hensem gak,hidung da giler mancung tak macam hidung ongmelayu. Aku ? adelah haha. Muka aku alhamdulilah lah cukup pancaindera walaupon tak secantik Mira Filzah. Yet,apelah sangat yang ada pada rupa kann? Bukankah agama yang perlu didahulukan? Muka cun tapi pemalas/pengotor pon takde guna weh. Apehal aku melalut plak ni.

Ok sambung. Ditakdirkan Haziq dapat result UPSR sama ngan aku. 3a jer. haha. Aku ok jer dia dpt 3a sbb yelah. Laki kan. Kalau time dia main tu,memang main jer lah. Aku faham dik. Kakakmu pon camtu gak dulu. Seminggu nak upsr baru nak buat latih tubi bertubi2.
Alhamdulillah,walaupon result cukup2 makan. Adik aku ditawarkan ke SAMTTAJ. Sekolah harapan semua student SRAI . pelik tak budak 1a pon boleh masuk samttaj tahun ni? Jangan pelik yer sebab kuota berubah2 setiap tahun. Macam tahun lepas,adik aku yang athirah tu,result dia kebaboom meletop straight A. tapi tawaran samttaj pon tak dapat,inikan plak sambest haha. Serious weh,memang takde rezeki utk athirah tu masuk sekolah agama even maa’rif pon dia x dpt,yelah sebab tak mintak haha.  Tahun Haziq plak,mak dah stanby siap2 borang permohonan form 1 maarif. Sayang sejuta kali rindu cinta,tak lepas syarat plak. Min nak 4a. so kalau syarat pon tak lepas memang tak lah nak dpt iv kan. Mujurlah sepupu aku yang sebaya haziq tu dpt maarif. Yet baru 3 drpd 7 generasi keluarga aku sekolah situ. Dah tertulis 3a bukan penyebab tk dapat apa yang kita nak sebab Allah nak bagi apa yang kita perlu.
Samttaj terima 140 student hanya dari srai ! dan budak yang dapat 5a sikit jer tahun haziq ni so rezeki Haziq dapat jugak masuk sekolah agama. Yang Athirah tu stuck kat SMK 18. Utk yang tak tahu,SMK 18  is the only one SMK yang ala2 SAM. Skolah ni ada asrama taw even ia SMK. Cool ke cool?
Ok so utk anak bongsu,yang 12 tahun berkepit ngan mak/bapak. Takkan tak homesick kottt bila masuk asrama kann?  Hihi. Lagi2 si Haziq tu. Memang Zero from getting kasih sayang from abah. Aku tak jeles pon dia kamceng ngan mak sebab aku faham dia lagi perlukan kasih sayang berbanding aku. At least aku sempat rasa kasih sayang abah selama 8 tahun. Korang plak macammana? Hargai tak kasih sayang mak abah korang? Kalau tak,takpe masih belum terlewat utk hargai selagi mak/bapak masih hidup. ^^ phew jiwang plak aku malam2 ni.
Masa hari 1st mak aku anta haziq ni. Aku still kat UIA. Asyik terfikir jer adik aku ni nangis tak eh kat asrama. Camne kawan2 dia,dia kena buli tak eh ,alahai risaunya kakak dia. Lebih sudu dari kuah betul. Yelah,adik kesayangan weh. Lelaki plak tu. Sapa tak sayang adik wehh. Tempat gaduh tempat bermanja tempat cerita teman utk berteman.

Sebenarnya kan,aku memang preferlah bebudak laa ni masuk sekolah agama. Serious weh,tarbiah  kat sekolah agama ni lain taw dri SMK. Aku bukan nak kata SMK tu tak bagus. Tapi…. Hmm, Serious talk,aku rasa kalau aku tak sekolah agama,takdenye aku nak hapal almathurat,surah alkahfi,waqqi’ah,assajadah dll tu.

Tapiiii. Kalau korang dari SMK,means sekolah biasa tapi ilmu agama korang mantap ,korang memang hebat ah! Serious beb! Aku lagi salute kat korang(dak SMK).
So kelmarin p hantar adik aku kat asrama. Sayang seribu kali sayang,aku tak boleh masuk asrama dorang.. yelah asrama laki kot. Haha. Tak dapatlah aku nak explore asrama samttaj tu. Hihi.

So dapat hantar sampai kat depan hostel jer. itupon aku segan nak keluar sebab rmai sgt lelaki. Eleh padahal semua lelaki tu semua lagi muda dari aku. Tahap adik lah kiranya.

Oh ye,sempat jugaklah aku berangan jumpa member sekolah rendah aku yang hantar adik2 dorang kat samttaj ni. Hihi. Tapi takde rezeki lagi.  Adik aku si Haziq ni beriya betul cerita pasal cerita2 seram/hantu kat sekolah dia. Hantu karipap penggali kuboq lah macam2lah.


Takpe dik,kakakmu sedia mendengar dan jangan risau kakakmu akan korek semua cerita kat samttaj tu. Hahaha. And paling penting,akakmu nk jd ke dua yg ko luah masalah selepas Allah. Serious beb! Please make me your true sister! Love u Haziq! Sebab Akak akn selalu bersamamu saat susah senang duka suka.

Mak aku adelah tegur ‘ orang tu 2x reject skolah ni’. Hihi aku ler tu. 1st masa nak masuk form 1,aku dapat  2 offer. SMAAM n SAMTTAJ. Tapi nak buat macam mana,walaupon aku dah plan ngan geng2 aku utk masuk samttaj sama2,aku berkorban utk pilih smaam. Memang rezeki aku tertulis kat smaam.

Then masa nak masuk form 4. Cuma ada 2 sekolah jer boleh tulis. Mula2 aku nak tulis samttaj pilihan pertama. Tapi aku rasa cam rugi plak kalau masuk samttaj sekarang. Sebab nanti mesti ramai giler muka yang aku kenal. So aku pilih samtish. Hanya 2 orang jer yang aku kenal kat sekolah tu. Hasilnya,aku dapat ramai kawan baru. Dengar cerita hampir 30 orang dak samtish batch aku dah flly ke luar negara. Ada yang ke mesir,Jordan,uk,us,indon ,Canada,korea dll. Tahniah korang.

Ok itu jer. aku sajikan pic ni utk tatapan korang yer. Kalau ada cerita best pasal sekolah adik aku ni.aku share kat sini.







Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement