Tamat sudah sem 1 15/16

السلام عليكم

First of all nak gitaw korang.. bahawasanya aku gigih tulis post ni. Seriously kalau ikut hati meme malas sangat. tapi memikirkan,aku mesti left something(kenangan) utk korang semua kalau aku pergi dulu. so itu yang aku kentalkan nafsu sruh tulis jugak. Panjang taw post ni so baca slow2 yer.

So amacam? suka eh baca kisah aku? kuang3. yer aku tahu mesti some of you wil be like " perlu ke cerita kisah hidup kau kat blog?"

ok uols yang suka komen -ve tu,ni jawapan aku.

1- ni blog peribadi(personal) yet i made it public. So dah nama pon personal blog so of koz ler aku tulis menda pasal aku jer. ini bukan blog kesihatan,sukan dll. dan aku tak mengharap pon blog ni dapat berjuta viewers n comment. aku cuma harap korang baca apa yang aku tulis. tu jer.

2- share- semua yang aku tulis ni utk share jer apa yang aku lalui. hanya untuk korang tahu dan maybe kita lalui menda sama? or ada yang nak ambil tahu pasal aku. So aku coret kat sini.

3- 30%- menda2 yang aku tulis dalam blog ni cuma rough moment jer. bukannya aku ceritaa in details pon. chill lah beb! lagipon menda yang aku tulis ni menda cliche as student haha.

Macam biasalah post ni akan muncul only bila habis exam final.. tapi kali ni special sikit. sebab dah masuk alam degree.waa tua dah aku. dah degree. rasa cam baru jer balik dari sekolah. sedar tak sedar dah hampir 4 tahun aku tinggalkan alam persekolahan. tapi kenapa muka aku still cam budak sekolah? haha..  laki pon takde nak kat aku. eh yeke? lol haha. ok lupakan..

So.. aku nak memperkenalkan UIA kuantan kat korang! mungkin ada yang first time dengar,ada yang pernah dengar tapi tak tahu kat mana and ada yang wonder.... eh Uia bukan kat gombak je ke?

Uia Kuantan ni adalah satu-satunya branch main campus utk degree-phd. Uia jer yang asingkan student asasi dengan selainnya.

Terkezut tak aku belajar kat kuantan sekarang? alaa please terkezut aigooo.. ok jom sambung.

So kos yang ada kat uia kuantan ni semuanya gempak kebabooom! iaitu kos medik,dentistry,pharmacy,kos yang specialist pasal mata,telinga,psiology and kos paling cikai kat sini ialah kulliyah of science iaitu kos math,fizik,chem,biotech and plant science.


Awal bulan 9 masuk. tawe 3 hari jer. Alhamdulillah inilah kali pertama merangkap kali terakhir(kot) utk aku dapat jadual kelas yang tak pack. 5 subjek jer iaitu.

- Islamic Wordview 1- kitoerang panggil UNGGAS.
- Science Computer(macam major engineering computer science plak hihi)-
- Introductory of Microbiology-
-Organic Chemistry 1
- Management-we called it MGT.


Semua kelas total 3 jam kecuali MGT.utk core subject. pagi belajar teori,petang lab(praktical). mujurlah aku stanby siap2 lab coat. so tak yah beli hihi.

kelas MGT special sikit. Import lecturer from gombak. So kelas sebulan sekali jer tapi 2 hari. jumaat(3-5pm) and sabtu(9am-2pm). kalau week yang ada kelas ni,memang terbantut terkentut lah semua aktiviti minggu tu.

Assignment? So far sem ni paling rileks. sebab assignment cuma ada utk subjek MGT,comp science and unggas jer. itu pon 1 jer. sikit jer kannn? aku plak jenis memang tak suka buat assignment ni. Serious tak suka buat..


tapi.. Alhamdulillah, group work aku semuanya sempoi iaitu Zu,Mira and timah. Semua buat kerja,semua commit,semua ok lah . boleh ngam. siap lepak sesama lagi.Syukur sangat dapat 1 group ngan korang. aku rasa aku jer yang paling malas dalam group tu. Sorii hahah.

oh ye,nak sentuh pasal final exam hari tu. Seriously cam culture shock jap. Soalan dia pheww giler senang! Serious senang sangat sangat sangat sampai tak boleh jawab. ini bukan  perli yer. Soalan dia betul2 senang dan bukannya 'senang'.

Bukan apa,time aku asasi kat CFS dulu, memang dah terbiasa soalan susah tahap boleh fail! Serious weh time asasi duu,dah lah lecturer tak bagi clue langsung apa yang masuk exam,then soalan exam plak susah tahap cili api ahh.

then time degree ni,terbalik plak. patotlah ramai yang boleh scor walaupon level degree agak susah berbanding asasi.huhu. Yet for sure exam ritu even soalan senang kacang,tapi aku tak boleh jawab. entahlah,kurang persediaan kot. miraaa miraaa apa nak jadi ngan kau nakkk oii. dah ah aku malas nak fikir pasal exam. dah lah exam chem ritu takde soalan objektif langsung.semuanya essay essay essay rasa cam budak sastera plak. .

oh ye,pasal roomate aku. Alhamdulillah dapat rumet yang sporting habis especially ecah. rumet aku 2 orang jer. so ada 1 compartment kosong. comprtment tu kiteorng jadikan dia Room Activity centre(RAC). itulah tempat lepak,tempat tengok movie,tempat makan,tempat gather,tempat semebang,tempah baring,tempat student dan segala jenis aktiviti.

ok aktiviti lapang aku. macam biasalah. jadi volunteer. aku dah jarang berjimba taw hihi. aicewah sebelum ni pon aku jarang lah keluar jalan2 even kat CFS.


Alhamdulillah sem ni aku diberi peluang join jadi tutor kat kampung pak mahat. tahu tak kat mana? alah depan jambatan nak ke tanjung lumpur tu.

then aku jadi volunteer ke kg orang asli kat paloh inai. area pekan tak silap.

 and volunteer utk program ngan adik2 kat kg tiram.

so far yang paling mencabar time ngan adik2 kat kg tiram tu. Adik2 tu kuss semangat aku rasa kalau aku sebaya dorang and duduk 1 kampung ngan dorang. aku rasa akulah yang paling teruk kena buli. haha. Aku harap adik tu dilindungi Allah sentiasa.


ok then sesi JJCM berlangsung dengan jayanya. takdelah selalu tapi adelah beberapa kali.

antara lokasi baru yang aku pergi makan are

- Sofea Kitchen
- Mustafa Cendol
-Kotak kalam


ini jer yang aku ingat haha.

oh ye,yang specialnya kat uia kuantn ni. batch aku,particularly budak KOS batch 15. kiteorang ada group usrah taw a.k.a NAKAMA. 1 group 4-5 orang. and member yang 1 group ngan aku iaitu Tikah,ezzah,timah and syera.

yelah korang mesti kata ' standardlah uia ada usrah, UIA kannnn'.

eh aku rasa semua U patut taw ada group  usrah ni. apehal doe kau nak relate ngan nama u tu. its just a name!

Seriously aku lagi bangga dan gembira kalau U lain pon ada usrah/NAKAMA cam kiteorang.

akak nakama aku namanya kak tirah. sama nama ngan adik aku daaaa. haha akak ni come sangat perangai dia. aktif plak tu. bagus2. contoh terbaik.

geng jalan2 pon ada iaitu timah,tikah,mira,zue,haha inilah yang selalu on jer kalau ajak especially timah. hari tu boleh plak pergi mandi kat sg lembing. haha not exactly means mandi=berenang. just main air jer. alah pompuan weh. apa kau expect . dah lah ada orang beromen plak dlm kereta time kiteorang sampai tu. kurang ajar betul. nasib baik tak nampak. kuang3 haha ok lupakan.

hmm,ape lagi yer. oh ya. Sukan!

Suprise! aku join sukan sem ni! cool tak? please cakap aku cool sebab aku anti sukan.

haha . lol betul. dah lah aku buta sukan. then gatai nak lawan plak. nak thu ke sukan apa? haha tak sanggup aku nak gitaw. clue dia sukan tu kena guna raket,then bola dia keras baling kat kambing pecoh pala kambing tu. hahahahah.


nak tanya lah,korang ada tak buat program ngan senior? hihi kiteorang ada. budak 1st yer biotech dan budak 2nd year biotech. kiteorang main explorace. dapatlah kenal2 ngan senior yang cool. nak tahu cerita lanjut pasal explorace tu aku dah update taw. korang scroll je lah post sebelum2 ni. Oklah boleh eratkan ukhwah. ngan 3rd year pn ada jugak,yang nakama tu lah.


oklah itu jer. nak cerita lelebih pon tak tahu nak cerita apadah.


Oh ya,kan hari tu kecoh pasal mahasiswaa ikat perut,hari ni makan maggi kosong. esok makan perencah maggi tu . perghh kesian betul aku dengar.


yer aku tahu tak semua orang bernasib baik. ada yang diuji sedemiian rupa. tapi aku rasaa. zaman sekarang ni.zaman cyber. tak de alasan utk kau takde duit. program talk bersepah. makanan free bersepah,suspended meal bersepah apehal tak grab kalau dah tahu takde duit? malu? malu alamatnya makan batu ler..

duit kan boleh dicari. yang lalok ngat masuk U utk belajar semata tu apehal. n lagi 1,nampak sangat kemalasan dan tiada usaha utk cari makannan. setahu aku. kat semua U ada masjid. dan semua masjid akan ada buat majlis buka puasa ramai2 setiap khamis. tak pon seminggu paling kurang sekali akan ada talk. dan kat talk tu kadang ada sediakan makanan kottt utk hadirin.

hah lagi 1,apa guna ada kawan tapi kau tak manfaatkan. kalau takde duit,cakap jer lah kat kawan kau . takkan bff kau berkira ngan kau kot. and takkan kau malu nak mintak duit ngan bff kau. dia bff kau kott. teman susah senang. kalau kau tak sampai hati nak susahkan dia means dia bukan real bff kau.


ok aku tak nak emo2,aku nak share 1 peristiwa ni. alkisah entah kenapa aku suka sangat menjual makanan kat U. makanan yang aku jual ni bukan aku yang masak/buat tapi aku tempah kat orang luar.

nak dijadikan cerita,ada 1 hari tu aku jumpa orang jual chicken chop murah.


so  nak dijadikan cerita. aku pon try lah order sikit dulu utk rasa sedap ke idok. pheww sedap bohh . pasu kali kedua aku order. aku pon promote kat group wasap. aku cuma promote kat 2 group jer. Suprisingly, aku dapat tempahan hampir 50 bungkus dalam masa 2 jam. pergh seronok aku malam tu. dapatlah untung rm30++. aku ambil untung sikit jer min 50 sen -90sen jer sebungkus . itupon dah syukur sangat dah.

then aku jugak jadi agen lunch box. 1 set cuma rm5.50 sekali dengan air.

and ada sekali tu aku amek order air pirate coffee. haha xde kejer betul tapi best. dalam masa yang sama,orang kenal muka aku ni muka jual makanan

tapi itu semua part time aku jelah. aku buat time aku ada masa free jer. kalau aku bz aku tak buat.

ok rasanya sampai sini jer. aku pon dah mengantuk. ^__^ thankz taw sudi baca and sorry kalau teremo dan terbanyak typo yang aku malas nak betulkan.


Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement