السلام عليكم
fuh minggu ni bagi aku agak bz lah. bukannya bz ngan study. aku rasa aku masuk u ni bukan utk study semata2 apatah lagi berchenta haha.
masa belajar aku cuma dihabiskan time pnp jer. habis jer waktu kelas aku pergi sana lah buat kerja tu kerja ni. adalah dalam sejam aku luang masa ulangkaji then buat nota sikit.
dari hari isnin sampai rabu aku kena jaga dak basket, then ada meeting penting plak. aku wajib hadir sebab mber biro aku yg lain x dpt dtg. then bila waktu free, duk meting plak ngan geng nak jual apa. haha.
siang tadi aku ada kelas 10-12. pastu rehat jap. 2-6pm tadi aku kena p beli barang utk esok n tolong afiq setup tapak bazocar esok.
yet malam ni ada meeting jap g pkul 9, tak tahulah habis pukul berapa. aku kena pergi jugak meting ni sebab 2 member aku x dpt nk mai so akulah yang kena pergi. serious wehh aku tak sanggup nak hadap dia. hahahaha. lolz betul.
esok ada bazocar petang sampai malam so time tu memang aku x dpt nk study.. malam tu mesti penat balik bilik tido. ahad aku ada workshop. tup2 isnin dah kelas cam biasa. n ada lab.
then selasa rehat jap. tapi malam rabu tu mesti sibuk duk study bio sebab ada quiz esoknya.
minggu lepas lagii super bz. 5 malam berturut2 aku ada meting pkul 9. dan2 bz tu sempat plak aku p hiking. pastu penat hiking tak hilang lagi duk kena mencongok kat meja urusetia tu. phewww.
se-bz mana pon aku. yet aku still enjoy. at least hidup aku tak kosong. at least aku memberi manfaat kat orang lain kan.. dan aku mintak maaf kalau aku terkurang ajar ngan sesiapa.
ni kalau mak aku tahu aku kat u ni bukan duk struggle study.. memang aku rasa mak aku suruh aku stop semua ni sebab ganggu masa aku study. kenyataannya memang agak mengganggu masa aku study. tapi aku suka buat menda ni. inshaallah dalam masa yang sama aku akan berusaha keras jugak utk score. siapa tak nak deans list oii. tapi aku tak nak lah aku dpt deans list tp tak bersociety langsung. tak best lah kann. tak balance. haha.
ok2 yang penting balance.
ok itu jer. tamat sudah aku bercerita. penat sebenarya ni. malam ni habis meeting jer memang aku nak tidor terus. haha esok nak lepak kat wackos sebab kalau lepak kat bilik memang aku buat kerja lain. haha. so sapa nak join aku kat wackos jommmmmm. haha
wackos tu apa yer? budak uia jer tahu hahahahahaha
0 Comments
Thank you for your comment ^_^