Hampir tamat mid examku sem2 15/16

السلام عليكم

Disebabkan keexcitedan nak update. Hari ni jugak aku nak publish post ni. haha

alkisah minggu lepas kiteorang dak uia ni cuti seminggu sempena cuti mid sem. tapi hmm,cuti tak macam cuti. minggu ni(seminggu selepas cuti). 4 paper weh kena hadap.

Selasa- Biochem
Khamis- BM & organic chem
Jumaat- Cell biology.

Kejam ah,serious sangat dah duduk u pon dibrainwashkan utk exam oriented. Ye memanglah tak elok study last minit. masalahnya bukan study last minute. Kau bagi cuti tapi bukak cuti kau dera kiteorang. dah lah kiteorang ni dah bukan jenis belajar. kiteorang bukan budak medik weh,duk belajar,cium buku jer sokmo. Ada yang aktif sana sini. Memanglah kena pandai bahagi masa. Tapi keadaan ni sangat menekan weh.

haha over tak?

aku rasa cam sengal giler ngan member aku yang dah lah tak balik,pastu sanggup ponteng kelas pagi sebab petang tu exam, tapi still komplen ' takot nak jawab exam',' aku tak study pon' and macam2 lah. Lol giler,aku tengok kau hadap buku jer sokmo then kau cakap camtu. haha termengumpat plak. dikira mengumpat ke eh kalau korang tak tahu pon aku cakap pasal sapa and dia pon tak tahu aku tengah cakap pasal dia. Bukan apa,aku ada terbaca kat majalah solusi tak silap. tak dikira mengumpat kalau orang yang dengar kita mengumpat tu tak tahu orang yang diumpat.

contohnya,aku cerita pasal A dekat B. B tak kenal A. aku sorang jer yang kenal A. adakah aku dikira mengumpat? Ok letsay, A kenal B. Letsay aku mengumpat benda tak elok,mesti A pandang serong kat B. hanya disebabkan kata2 aku. faham tak ni? haha

dah ah aku pon pening apa yang aku tulis.

sebenarnya nak cakap pasal soalan exam hari tu.

yang biochem tu kan,ade ke patot dia tanya kesan negatif sedangkan kat slide cakap pasal kesan positif. aduhaiii. memang tak ah aku nak tahu kesan negatif dia.

utk organic chem plak, ok dr wat suprise kali ni. semua soalan objektif tapi nak nangis rasa jawab. sebabnya banyak tanya pasal menda yang kat atas anak panah dalam reaction tu. dah lah contoh kat slide banyak giler. pastu nak ingat semua memang tak lah. nasib jer kalau yang hafal tu keluar.

utk cell bio plak,lega sikit. bukan sebab aku study. haha yelah memang ler aku study,lol,genius giler kalau tak study. point aku is soalan dr H agak direct dan tak killer sangat. Serious masa dr I dulu,soalan dia killer giler.

ok la itu jer. nanti aku update lagi. ada 2 paper lagi iaitu calculus and unggas. doakan yer. ^^

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement