Bukan tak kenal !

السلام عليكم

alkisah tadi aku kuor makan2 jap ngan mber kat bando disamping teman member aku ni nak beli beg plus barang2. aku pon nak beli barang2 jugak even dah nak cuti haha. barang2 nak masak kat bilik. duit dah short so kena jimat sikit. ini je cara paling jimat iaitu masak sendiri muahaha.




ceihh dalam pada short tu sempat lagi g makan. tapi makan kat warung je lah. takdenya nak makan kat restoran hipster teh oh ais sampai 5 hinggit 1 cawan.  bajet mkn tdi pon max rm10. apa kau expect makan kat bandar bajet rm5?? kalau kat cafe hostel boleh lahh. haha. nasi + tomyam je pon paling murah rm6.50.

ok then, time sampai tu. macam biasa la. duduk and order. aku notice lah ada 2 orang bro ni kat kiosk nsi lemak ke ape ntah. then aku wat donno. kang aku pandang banyak kali, dia ingat aku flirt plak.

So aku memang pandang dorang sekali tu je lepas tu tak pandang dahh. haha takde guna pon aku pandang. Bukan kenal pon. eh?

ok then dah setel makan semuaa. nak pergi bayar. bayar asing2 lagi taw. haha. memula aku n timah pergi. time nak g kat kaunter tu, kena lalu kiosk bro tdi tu. tapi aku wat donno je lah cam biasa kann. then time nak patah balik tu, de bro ni tegur timah, then aku pon still buat donno and pergi kat meja tadi n duduk sambil habiskan wedges yang berbaki lagi 1. then timah tegur aku. dia cakap kawan dia(kan ada 2 bro ) kenal aku. Aku masa tu memang tak percayalah yang bro tu kenal aku. bila masa plak aku berkawan dengan lelaki selain lelaki kat uia ni. haha. then aku pon cakap lah yang aku memang tak kenal langsung siapa bro tu. Seriouss wehh tak kenal!! masa tu laa. then timah cakap, budak tu cakap " tu amira yusof kan? " timah- " mana kenal?" - bro-" satu sekolah dulu kat maarif". masa tu aku terusss playback muka budak lelaki sorang2 yang aku kenal. Memang takde satu pon yang match dengan dia. haha. adakah bro tu menipu atauuuuu???

disebabkan dia 'menipu' dengan penuh tauliah siap tahu nama penuh aku and sekolah mana. so aku pon tanya la dia " nama apa?" . the moment dia cakap nama dia tu. terus muka dia time sekolah keluar kat dalam skrin otak aku. laaaa, kau keee!! apehal hendsome doe! sampai aku tak cam langsung muka kau. muahahaha.

weh sori giler beb ! aku ingat nama kau. Muka kau pon sebenarnya aku ingat jer. cumaaa. masa tu kan kau pakai topi and aku cuma nampak mata kau. memang tak ahh aku nak cam kau thru mata jer. bila kau cakap nama kau tu and aku terbayang muka kau time sekolah. pheww jauh beza weh. yelah masa kita 'berpisah' dulu, kau tak matanglagikan. tak mimpi lagi ehh?? haha ok gurau jer k.

so bila kau memperkenalkan nama kau semula and bukak topi kau tu. baru aku .. ohh kenal2. Sori again  beb!!  dengan cerdiknya aku boleh tanya ' krja kat sini ke?' miraaaaa, dah sah2 dia duduk situ mestilah dia kerja kat situ . takkan dia pelanggan cam ko kot!! ape jenis soalan laa aku tanya . maybe sebab cam cuak kott. and rasa bersalah sebab tak cam dia.

rasanya itu jer. akhir kata, aku nak tegaskan. aku bukan tak kenal kau taw. aku bukan tak ingat nama kau. cuma aku tak cam itu adalah kau! weh, budak maarif daripada seniorita lagi2 yang sebaya ngan aku. mustahil lah aku tak ingat nama korang. 3 tahun kotttt kita bersama suka duka kat maarif tu. mestilah aku ingat lagi2 yang suka cari pasal ngan aku lagilah aku ingatt. tapi kauuu, kita pernah cakap ke eh kat sekolah dulu/???  aku rasa cam tak pernah cakap. berbual apatah lagi. So aku agak terharu kau ingat nama aku ; amira yusof. yeahh nama aku memang famos kannn kat sekolah. hahahaha masuk bakul angkat sendiri nampakkk. tapi tak sure lah famos sebab menda baik or buruk. entah2 aku famos sebab aku sombong bongkak takabbur riak kedekut dan hmm ape lagi eh sifat mazmumah??  isk.. over nauu. takdelah sampai bongkak riak takabbur tu. muahahahaha. gurau jer ok. thats not me.


itu jer. ceh nak cerita pasal ni tapi berjelaaa macam apa jer.

itu jer, duit dalam purse aku dah tinggal rm5 . daripada rm50. yelah beli air 1 kotak rm12. then susu rm18, then barang2 masak semua. so aku harap rm5 tu aku boleh guna sampai sabtu ni. muahaha. inshaallah kalau ada rezeki takkan kemana. aku pelik gak ngan diri aku ni kadang, dah tahu takde duit sangat tapi dah malas nak puasa sunat. miraaaaaaa... mana mira yng dulu.. hmmm. doakan aku jadi cam zaman sekolah dulu yang rajin puasa sunat. hmmm. biasalah iman manusia turun naik. same goes to me. all the best mira.


sekian tq baca muahaha

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement