berikut merupakan soalan yang lazim ditanya. Jika soalan dan jawapan ini tidak menjawab soalan anda. Sila komen dan akan dijawab dalam post ini.
Kemasukan Baru
1. Pelajar yang tak ambil Bahasa Arab semasa sekolah
menengah boleh mohon masuk UIAM tak?
Boleh. Pelajar yang tiada asas bahasa Arab akan ambil
Intermediate Qur’anic Language Part 1 & 2.
2. Semasa Ta’aruf Week(Minggu Orientasi) ada English
& Arabic Placement Tests kan? Juga Fundamental Knowledge Test dan Tilawah
Entrance Test.. Kalau result tak ok, apa kesannya? Kena buang Universiti?
Tak kena buang. Result yang paling teruk pun ‘English level
4’, ‘Arab part 1’ dan ‘Tilawah Class’.
3. What is bi’ah solehah?
Its literal meaning is good environment. Some
aspects regarding this:
- Practicing
the true Islamic lessons
- Always
give salam, smile and husnus zon
- Solat
is the pole of Islam religion
- Be
aware and preservation of Aurat and Ikhtilah between male and females
- Practicing
“Acquiring Knowledge” culture
4. Saya dapat program sains fizikal. Saya risau dengan
prospek kerjaya nanti. Luas ke peluang pekerjaan nanti?
Rezeki semuanya di tangan Allah. Semua luas. Cuma sama
ada kita nampak atau tak je.
5. Saya dapat program kejuruteraan dan sains komputer.
Memang akan ambil dua2 ke? Kalau kena pilih, mana lagi bagus?
Pertama, anda akan ambil bidang kejuruteraan atau sains
komputer. bukan dua2. Ijazah Kejuruteraan yang ada seperti mekatronik,
mekanikal, aerospace dan lain2 lagi manakala sains komputer pula ada dua iaitu
IT dan computer science, akan jadi jurutera atau pakar komputer la. insyaAllah
kalau graduate dengan keputusan yang baik maka senang dapat kerja. Soal mana
lagi bagus sangat la subjektif.
6. Saya dapat program sains hayat. Bolehkah saya nak
tukar ke perubatan?
Boleh. Semasa Ta’aruf week, semua pelajar boleh mohon
tukar program. Ia bergantung kepada kekosongan, kuota, penuhi syarat am dan
khusus program, merit dan sebab nak tukar. Kalau gagal tukar, boleh tukar pada
hujung semester 1, sebab setiap semester boleh mohon tukar program. Kecuali
Farmasi, Perubatan dan Pergigian, hanya atas jemputan selepas 3 semester biasa
di peringkat asasi dengan keputusan cemerlang.
7. Saya dapat program ekonomi. bolehkah saya nak tukar ke
kejuruteraan?
Boleh saja nak mohon tukar ke program mana pun, dengan
syarat penuhi syarat minimum program berkenaan.
Akademik
1. Berapa lama kena belajar di peringkat asasi?
Bergantung pada result English & Arabic placement
test. Juga keputusan SPM(untuk 1 year programme). Untuk pelajar yang akan ke
kampus Kuantan(Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Hayat, Sains Fizikal,
Kejururawatan dan Sains Kesihatan Bersekutu), hanya ada 1 year programme atau 2
year programme. Tak ada sprogram setahun setengah. Bagi yang akan ke kampus
Gombak, sebahagiannya ada program setahun setengah. Majoriti pelajar dapat
program setahun setengah.
2. Macam mana nak dapat 1 year programme?
For sciences programme who will pursue their studies in
Kuantan Campus(Medicine, Dentistry, Pharmacy, Allied Health Science, Nursing,
Biological Science and Physical Science), there are only 1 and 2 years
programme. no 1 and half programme. To be in 1 year programme, students should
obtain either one of these in their APT & EPT results:
(a) APT and EPT exempted
(b) APT level 2 and EPT exempted
(c) APT exempted and EPT level 6
besides obtain minimum A- for biology and A for chemistry(biological module) or A- for Add maths and A for Physics(physical module).
(a) APT and EPT exempted
(b) APT level 2 and EPT exempted
(c) APT exempted and EPT level 6
besides obtain minimum A- for biology and A for chemistry(biological module) or A- for Add maths and A for Physics(physical module).
3. Apakah subjek yang akan dipelajari di peringkat Asasi?
Sila rujuk dalam post ini
4. Kalau saya ambil program sains hayat, bolehkah saya
teruskan pengajian dalam peringkat ijazah dalam program perubatan sebab subjek
dipelajari dalam peringkat asasi kan sama?
Tidak boleh. Jikalau anda ingin ambil program perubatan,
anda mesti jadi pelajar perubatan di peringkat asasi boleh membolehkan teruskan
pengajian dalam peringkat ijazah dalam program perubatan. Itu pun belum pasti
lagi, sebab ada temu duga sebelum kemasukan ke peringkat ijazah.
5. Fizik, Kimia dan Matematik yang dipelajari antara satu
program contohnya perubatan dengan sains fizikal, sama ke?
Senang nak tahu, tengok kod subject. Maths
1(SHE1114) bagi sciences students(termasuk perubatan dan sains fizikal)
adalah sama, tapi tak sama Maths 1 bagi economy students. Bagi yang ambil Fizik
dan kimia memang sama, sebab kod subjek sama.
6. Apakah program yang akan diambil di peringkat
ijazah(contohnya sains hayat)?
Sila rujuk sini
7. Subjek English dan Arabic kira dalam pointer(GPA/CGPA)
tak?
Tidak. Credit hour bagi kedua-duanya adalah O. Kecuali
Human Science & English programme yang belajar Elementary Quranic Language
berbeza dengan sciences students(intermediate Quranic Language), credit hour
0.5.
8. Apa itu Credit hour, contact hour, GPA dan CGA?
Credit hour: Weightage bagi sesuatu subjek. Lagi tinggi
credit hour, lagi penting subjek tu. Credit hour digunakan untuk kira pointer.
Contact hour: Jumlah jam seminggu bagi sesuatu subjek
Contohnya computer 1 contact hour is 2, so 2 jam kelas seminggu.
GPA: Singkatan bagi Grade Pointer Average. Iaitu pointer
yang diperoleh bagi satu-satu semester.
CGPA: Singkatan bagi Cumulative Grade Pointer Average.
Pointer terkumpul yang dikira daripada semester pertama hingga semester
terkini.
9. Macam mana nak kira pointer?
10. Kalau ada fail subjects, kena repeat kan? Adakah
nanti ia kira gred baru lepas repeat tu atau dia kira dua2, yang fail dulu dan
lulus? Kena repeat pada semester lepas tu?
Kedua-duanya dikira. Bila nak repeat tu, kena consult
dengan academic advisor(AA) sebab diorang tahu pasal study plan dan tentukan
kita nak ambil subjek apa pada sesuatu semester. Apa-apa masalah berbangkit
pasal akademik, tolong consult AA ya!
11. Apa itu core course?
Subjek teras bagi sesuatu program. Computer 1, FIM
courses(Understanding Islam, Religions in Malaysia & Basic themes of Al
Quran) dan subjek bahasa bukan core courses.
12. Berapa jam kelas seminggu?
Maksimum 40 jam(jarang sangat ada ni) termasuk
subjek bahasa, biasanya 20++.
13. Kalau lepas tamat program asasi, memang akan terus
sambung program ijazah di UIAM juga ke atau macam mana? Boleh mohon ambil
program ijazah di IPT lain tak?
Akan sambung di UIAM juga. Tapi boleh nak mohon ambil di
IPT lain dengan syarat tamat asasi UIAM dengan dapat trasnkrip.
14. Apa yang dipelajari dalam Maths 1, 2 dan 3 bagi
pelajar sains fizikal/kejuruteraan/ICT?
Maths 1 – Algebra expressions, equations &
inequalities, complex number, function & their graph, polynomial &
rational function, exponential & logarithms functions and system of equations.
Maths 2 – Trigonometric functions & equations, polar coordinate & vector, analytic geometry, sequences, permutation & combination & probability and statistics.
Maths 3 – Calculus: Limits and continuity, differentiation and integration (basic and more advance including trigonometric function)
Maths 2 – Trigonometric functions & equations, polar coordinate & vector, analytic geometry, sequences, permutation & combination & probability and statistics.
Maths 3 – Calculus: Limits and continuity, differentiation and integration (basic and more advance including trigonometric function)
15. Kalau tak lepasi minimum CGPA, apa jadi?
Untuk yang ada alternative program, akan turun ke program
berkenaan. Contoh: Engineering 2.50, dapat 2.40, maka akan turun ke ICT. Untuk
yang tak lepasai minimum CGPA tapi tak ada alternative program, maka kena
repeat ambil subjek core yang dah lulus. untuk naikkan CGPA melepasi minimum
requirement. Ada kes sebelum ni macam tu.
16. Saya ada mohon tukar program pada hujung semester 1,
bila akan tahu keputusan?
Pada minggu awal semester 2.
17. Apa itu pre-registration courses? Kalau ada problem
nak register, apa kena buat?
Untuk daftarkan subjek yang akan diambil pada semester
akan datang secara online dan dimasukkan ke dalam sistem. Kalau ada problem,
boleh inform kepada Department of Sciences/Arts programmes. Kalau tetap
bermasalah, boleh tunggu Add/drop session pada awal semester akan datang.
18. Apa itu Add/drop session?
Ia sesi pada minggu pertama pada setiap semester. Ia
membolehkan students yang perlu add subject sebab fail dan kena repeat, atau
sebab tak dapat register, juga yang nak drop sebab dah exempted English sebagai
contoh.
19. Boleh buat re-checking exams papers? Tinggi tak
chance untuk upgrade?
Boleh, tapi kena consult dengan lecturer subjek yang
mengajar kita dulu. RM30/subjek. Ambil borang di Admission and Records
department. Isi dan bayar di Finance department, kemudian bagi copy kepada
A&R department.
Biasanya chances adalah rendah untuk upgrade. Kemungkinan
untuk downgrade pun ada. Tapi majoriti akan maintain.
20. Macam mana kalau kena dismissed? Apa yang menyebabkan
kena dismissed?
GPA less than 1.67.
Students yang dibuang universtiti yakni ‘dismissed
status’ kemudian membuat rayuan dan ia diterima, maka dia akan re-admitted to
the university with clear status. maksudnya dia macam new students dalam CFS.
Maka, dia akan belajar macam subjects semester 1 dia
dulu, walaupun kalau ada subjek yang lulus. contoh ambil 3 core courses, 2 fail
1 pass, yang pass tu pun kena ambil semula, sebab rekod dia sebelum readmission
dah dihapuskan.
Berbeza dengan language courses, English & Arabic,
kalau dia asalnya level 6 English dan Arabic part 2 dan dia exit English dan
pass Arabic, dia dikira pass n exit juga walaupun kena dismissed sebab language
courses di bawah Centre for Languages and Pre-University Academic Development
(CELPAD), bukan bawah Centre for Foundation Studies.
21. Apa itu ‘readmission student’?
Students yang dibuang universtiti yakni ‘dismissed
status’ kemudian membuat rayuan dan ia diterima, maka dia akan re-admitted to
the university with clear status. maksudnya dia macam new students dalam CFS.
Maka, dia akan belajar macam subjects semester 1 dia
dulu, walaupun kalau ada subjek yang lulus. contoh ambil 3 core courses, 2 fail
1 pass, yang pass tu pun kena ambil semula, sebab rekod dia sebelum readmission
dah dihapuskan.
Berbeza dengan language courses, English & Arabic,
kalau dia asalnya level 6 English dan Arabic part 2 dan dia exit English dan
pass Arabic, dia dikira pass n exit juga walaupun kena dismissed sebab language
courses di bawah Centre for Languages and Pre-University Academic Development
(CELPAD), bukan bawah Centre for Foundation Studies.
22. Kenapa ada students kena barred from taking final
exams? Apa kesannya?
Attendance to classes less than 80%, without valid
reasons. They will get ‘Y’ grade for the subject which equals to ‘F’.
23. Group untuk diambil tu kita tentukan atau dah
ditentukan kena ikut je?
Kebiasannya, academic advisor dah assign groups untuk
kita. So kena ikut je. Cuma sessetengah subjek macam language, boleh pilih
menerusi pilihan yang diberikan. Kalau ada clash ke apa, kena consult dengan
academic advisor la ye!
24. Wajib ke Teaching Feedback Survey?
Wajib. Diorang boleh suspend results kita kalau tak buat.
Kalau tak suspend. Alhamdulillah
25. Apa itu Re-sit, Re-do dan special exams?
Re-sit exams: Offered to graduating students who fail
subjects, if pass, they can graduate. Otherwise they have to repeat.
Re-do exams: Implemented if any rule/laws breach, such as
ACADEMIC PERFORMANCE EVALUATION RULES (SAPER) ARTICLE 36, students’ results for
that particular subject is null and void. thus, they need to re-do the exams.
Special exams: Allowed for those who absent exams with VALID
reasons such as sick.
26. Apa itu Dean’s list?
A recognition of academic excellence of students who
managed to get GPA 3.50 or above and credit hours are 11 or above for that
particular semester.
27. Saya pelajar asasi kejuruteraan. Selepas dua
semester, saya tukar ke sains kemanusiaan.
Adakah current CGPA dikira kosong
atau tetap kira dengan sebelum ni?
Generally, kira kosong balik. Tapi kalau dah ambil subjek
macam Computer 1/Basic Themes of AlQuran/Religions in Malaysia/Understanding
Islam yang memang kena ambil tak kira programme apa pun, yang tu masih kira.
Kalau core course memang tak kira dah la.
Lain-lain
1. Boleh outing tak? Balik rumah weekend?
Boleh. Outing Jumaat-ahad, 9.00 pagi – 10.00 malam. Nak
overnight outing kena minta signature fellows/principal dalam overnight outing
card.
2. Ada wifi tak di kampus?
Ada. Tapi kena register dulu. Sebab ia ada security.
3. Perlu ke bawa laptop?
Perlu kalau nak buat assignments/projects/presentation.
Tak bawa pun tak mengapa, ada cybercafe.
4. Wajib ke aktif kokurikulum?
Harus! hehe.. Terpulang. Markah untuk kokurikulum ni akan
dibawa sehingga ke peringkat ijazah nanti.
5. Boleh bawa kereta/motosikal tak ke kampus?
Pada peringkat asasi tak boleh. Kecuali bagi orang kurang
upaya.
6. Etika pemakaian macam mana ea?
Untuk ke kelas mesti pakai kasut, baju
kemeja/raihan(kecuali rabu). Baju kemeja sepatutnya yang plain but in any
colours. Juga kena pakai matric card bergantung. Kadang-kadang ada spotcheck,
kalau tak ikut etika ni, boleh kena saman. Untuk outing mesti pakai T-shirt
berkolar. tak boleh pakai selipar tandas. hehe..
7. Boleh bawa kereta/motosikal?
Tak boleh. Kampus kecil je. Namun, special case bagi OKU
dan orang yang berkeperluan.
8.. Kena bawa seterika? Papan dia?
Dua2 kena bawa. Guna katil je sebagai papan dia. hehe.
9. Boleh tak nak tukar course? Kalau boleh, macam mana?
Boleh, masa Ta’aruf Programme nanti. Tak kisah dari
program apa ke program apa, semua boleh. Nanti ambil borang di Admission &
Records Department, tentatively 5 Jun dan hantar bersama salinan slip keputusan
SPM pada 6 Jun. Results released by 7 June.
10. Apa kriteria yang diambil kira dalam soal tukar
course ni?
Penuhi syarat khas program yang kita nak, kuota, merit,
sebab nak tukar.
11. Kalau tak dapat tukar masa ta’aruf programme, tak dapat
tukar dah la ea?
Boleh tukar pada penhujung setiap semester. Kecuali
Perubatan, Pergigian dan Farmasi. Tak boleh dah. hanya atas jemputan daripada
Department of Science Programme kalau ada kuota dan current CGPA tinggi.
12. Boleh pilih roommate tak?
Basically tak boleh. Tapi kalau nak duk dengan kawan,
kena datang daftar sekali dan ambil kunci sekali. Tu pun kalau officer
Residential Management & Discipline Department bagi
13. WIFI ada tak?
Ada dan laju dah sekarang(2016)
14, Kalau nak minta daftar lewat boleh tak?
Boleh, kalau ada sebab munasabah, seperti kecederaan.kena contact
Admission & Records Department: 03-79462400. akan masuk bersama 2nd intake
students. lambat lagi? 3rd intake pula. hehe.
15. Mahallah/asrama untuk pelajar lelaki macam mana ek?
Mahalllah ‘Umar al-khattab [UKC]: 1 bilik 4 compartment.
1 compartment ada 1 meja, kerusi, katil n locker. tandas kat luar. ada
cafe dan kiosk.
Mahallah Abu Bakar [ABC]: 1 bilik 4 orang, locker dan, meja study cukup 1 sorang, katil double decker. tandas kat luar. ada cafe dan kiosk. pelajar aed memang duk mahallah ni sebab ada bilik khusus untuk diorang, besarlah untuk lukis-lukis. ada gym. ada tempat sidai baju. ada study room. ada coin laundry. 9 tingkat, ada lif.
16. Mahallah/asrama untuk pelajar perempuan macam mana?
nak tahu jugak
Mahallah Khadijah [KC]: 10-12 orang. ada ruang study dan katil. ada single and double decker. tandas kat luar. ada cafe dan kiosk.
Mahallah Zainab Jahsy[ZC]: 1 bilik 4 orang, locker [siap
diberi kunci locker], katil double decker. tandas kat luar. ada cafe dan kiosk
serta tempat untuk print dan fotostat. ada bilik kat ground floor. ada iron +
iron board kat musolla. ada tempat sidai baju. ada coin laundry. ada court
untuk netball. 4 tingkat, tiada lif.
Mahallah Aisyah [AC]: 1 bilik 6 orang. ada dua
compartment. setiap compartment ada dua katil double decker. ada meja belajar
dan locker 8 dalam satu bilik sebab katil ada lapan semuanya. ada jugak bilik
yang untuk 2 orang je tapi sikit je. ada bilik kat ground floor. ada bilik dry
area untuk sidai baju boleh jugak guna ampaian kat bawah kalau rajin. tandas
kat luar. ada study room. ada cafe dan kiosk. ada court untuk basketball.4
tingkat, takde lif.
Mahallah Fatimah Az-Zahra [FZC]. 1 apartment ada 3 or 4 bilik, 2 bilik air, balkoni, tempat sidai baju dan ruang study. tak ada cafe, tak ada kiosk.
17. Pelajar course ekonomi akan ke mahallah maryam, mana
info pasal mahallah maryam?
kepada student econss…jgn lupa bawak langsir..sebab,blok
kat mahallah maryam saling menghadap..sister yang dapat blok D memang dekat
sngt ngn brother blok e..harap semua dapat ready langsir..serius amat amat
diperlukan kat mahallah maryam
mahallah maryam ada 6 blok..dua blok untuk lelaki..4 blok
untuk sister..semua katil kat atas, meja study kat bawah kecuali first
level..first level katil double decker…satu bilik 8 org..satu compartment 2
org…kalau level 2,3 4 satu bilik 4 org..satu compartment sorg.setiap
compartment ada dua lampu..lmpu meja and lampu compartment..x perlu bawak lampu
sendiri…
ni kekurangan kat mahallah maryam,tempat
kurang..lelaki perempuan tempat sama je..even tempat basuh baju pon share(yg
pakai mesin la)
18. Kalau ada problem isi online biodata form tu macam
mana? Salah isi ke? Nak edit?
Boleh pergi ke Admission & Records Department
kemudian.
done paste!! haha. ni nak habaq mai semua kat atas ni bukan aku yang tulis yer. no nooo. aku cuma tukang sebarkan jer. semua FAQ ni diambil dari my seniorita iaitu hmm tak kenal hihi. SINI SOURCE ASAL DIA. tq ye bro yang rajin majin. See? bro uia rajin2 semuanya. haha.
maafkan aku bro, ada info yang aku edit sikit contoh cam kelajuan wifi, sekarang memang dah laju giler. then mahallah pon dah tukar en. hihi.
nak baca lebih lanjut pasal cfs uia ni boleh TERBANG SINI ok.
Okla nanti kalau korang degree kat kuantan then ada soalan ke ape boleh tanya aku taw sebab aku duk uia kuantan. tak mampu lah uia gombak dengan foreigner semua. muahahah lol. gurau jer. ok utk adik2 yang akan ke uia kuantan nanti jangan lupa stalk blog ni lagi sekali yer. hihi
0 Comments
Thank you for your comment ^_^