CARA KE JALAN TAR MENAIKI PUBLIC TRANSPORT

السلام عليكم



Untuk yang tak pernah ke jalan tar, nasihat aku tak yah lah rajin sangat nak naik kereta. Kalau kau seorang yang sihat(xde sakit kaki, boleh naik tangga). Better ko pergi dengan public transport jer.
First untuk yang memulakan perjalanan mereka dengan KTM.



Tak kisah dari mana anda naik, sama ada  tren dari tanjung malim or pelabuhan klang. Sila beli tiket ke KL SENTRAL.

Sampai je kat KL sentral. Cari kaunter tiket LRT dan beli token ke MASJID JAMEK.
Pastikan kau naik tren ke GOMBAK(hentian terakhir).

Ini contoh flow jika kau dari shah alam.
Ktm shah alam -> kl sentral -> masjid jamek - > sampai!!!

Setibanya kau kat masjid jamek tu, memang kau tak Nampak lagi ‘jalan tar” tu. So turun je LRT tu, kau kena jalan kaki sampai lah kau buang token
.
Kau kekanan then ada tangga kau turun tangga. Yezza, kau akan Nampak orang jual beg. Hah itulah permulaan jalan tar. Aku dah lama tak pergi so aku tak tahulah still org jual beg or menda lain. Last aku g jalan tar masa kat cfs. Masa tu thun 2015 bulan 4 x silap. Haha lama dah kan?? dulu thun 2014 memang selalu g jalan tar cuci mata.

Oh ye, waktu terbaik untuk shopping ialah hari sabtu dan ahad. Sebab time ni peniaga makin ramai dan kau pun lagi syiokk nak shopping.

Tips shopping kat jalan tar?
Lain orang lain style shoppingnya. Tapi ni aku dapat tips daripada member aku yg ‘mahir’. Haha. One of the tips is kau kena masuk dalam2 untuk dpat ‘ harta karun;.
Hmm,camne nak explain yer. Time hari sabtu tu kan ada ramai peniaga yang jual2 ni. 

So kau jangan fokus kat peniaga yg jual kat luar jer tapi kau kena jugak stalk kedai2 yang ada kat situ. Dapat x?

Kat jalan tar jugak, kau jangan dikaburi dengan harga yang super duper murah kalau peniaga kat luar. Sebab ko bayangkan la ea, utk jual dgn harga super duper murah, si penjual perlulah borong dengan kuantiti yang sangat banyak. Tapi kalau dia penjual kat luar, so mustahillah dia akan borong sebanyak peniaga yang ada kedai. 

Maksud aku is, peniaga yang ada kedai, dorg mungkin borong kain 1k sekali order. Tapi peniaga kat luar order 100 je skali order. So modal lain2 lah kan. So better beli kat kedai kalau ko nak beli kain. ~ tips ni untuk yang buta kualiti kain a.k.a tak reti nak beza kain ni jenis macam mana.

Kat jalan tar jugak, untuk yang first time. Kau akan mengalami kejutan harga sebab ada sesetengah barang, kau akan dapati harganya lebih murah dari yg kau jumpa kat kedai. Contohnya telekung travel yang licin ringan tu. Kat jalan tar, kau boleh beli serendah rm15! Tapi kau kena pandai2 lah cari kedai yang murah. Hahaha.

Boleh tawar menawar ke? Bagi aku, boleh tapi jangan melampau sangatlah. Kau dah tahu harga tu dah murah, janganlah mintak murah lagi. Contohnya telekung travel tu kau jumpa rm15, kau janganlah mintak kurang utk dpt rm10. Logic ke?kau nak beli 1 je pun. Ok lah letsay kau nak borong, kau nak borong 10 ke 100?  Yelah harga pasaran utk telekung tu standard rm35- rm49.

 So kalau ko blh dpt dgn harga rm15-20. Tu dah dikira mudah. Dan kalau ko jumpa kt jalan tar yg rm20 n kau jual rm35. Pun dah ok, kau untung rm15 sehelai. Jgn jual murah plak mentang2lh kau dpt beli dgn harga murah. Rugi kat diri kau sebab standard harga dah bagi margin cantik. Kau p cemari plak. Ikut je lah harga pasaran. Jgn main harga. Ok?

Rasanya itu jer. Selamat ke jalan tar ^_^



Last but not least,kalau jalan tar tu pack cam sardine. Its normal. hahahah

kalau ko nak aku bagi direction ke mana2 mall kat kl , boleh komen kat sini. contohnya cara ke midvalley, cara ke time square. ada masa aku tulis lagi. 

Post a Comment

2 Comments

Thank you for your comment ^_^

Ad Code

Responsive Advertisement