السلام عليكم
Phew dah lama tak post kat blog. Maafkan aku, tak tahu nak
pos apa. Kalau ikutkan banyak jer menda nak post tapi memikirkan semuanya
berkisar luahan perasaannn so aku save as draft jer. Post ni annual post so
kena post lah jugak hihihihi
Kini, sedar tak sedar dah minggu ke tiga aku bercuti. Aku
harap masih belum terlewat untuk aku mengucapkan selamat bercuti kepada para
pelajar UA(university awam) sekalian walaupun aku tahu tak semua u yang dah
start cuti. Mber aku di USIM, katanya minggu depan baru tamat. Mber di uitm
plak, bulan 7 baru cuti. Mber di UPM plak, hmm tak ingat dah aku. Haha banyak
sangat. Aku faham korang tengah struggle untuk final dan aku sedang rilek yilek
kat sini. Ketahuilah sewaktu korang tengah rilek, aku tgh struggle masa tu. Tapi
kudiamkan sahaja. Muahahaha. All the best yer utk member yang nak final tu.
Taram jer soalan yang tak dapat jawab tu.
Ok kembali ke topik asal kita. So apa je yang aku dah buat
sepanjang sem ni. Meh aku nak kongsi sikit apa yang aku ingat.
Alhamdulillah sem ni aku berjaya daki 2 bukit iaitu bukit
panorama di sungai lembing dan juga bukit pelindung. Oh ye, aku dah pernah pos
pasal ni, kalau rajin carilah kat blog ni. Kedua-dua bukit ni sangat berbeza.
Bukit panorama perlu menaiki tangga bertingkek tingkek manakala bukit pelindung
perlu melawan arus gravity. But both bukit mencabar bagi aku yang lembik ni.
Hahahaha siyes weh rasa cam lemah giler time daki tu. Tak sampai 10 langkah aku
dah mengah tak cukup nafas. Tapi Alhamdulillah aku manage utk sampai ke puncak.
Izinkan aku memberi analogi. Umpama kita inginkan syurga. Jalan ke syurga bukannya mudah. Untuk
menggapai syurga, kita perlu menempuh pelbagai ujian. “ jangan mengaku kamu beriman
sedangkan kamu belum diuji”
Kalau tak kerana kita nakkan syurga Allah instead of neraka.
Kita kekalkan niat, mujahadah melawan semua ujian. So same goes bila kau daki
bukit/gunung, bila kau fikirkan nikmatnya berada di puncak bukit. Walaupun kau
rasa cam nak patah balik, tapi itu semua ujian. Kau perlu teruskan jika kau nak
rasa ‘nikmat’ tu.
Sebenarnya kedua-dua bukit ni takdelah susah sangat pun nak
daki taw. Aku jer yang rasa susah sebab stamina aku tak kuat. hihihi. Lemah
longlai kaki ni bila balik hostel hihi. Tapi minggu depan kalau member ajak
hiking, aku on jer walaupun thu stamina so-so. Hahahahaha. Itu namanya mengasah
diri. Hihi. I do really wish dpt hiking ngan my hubby plak hihi. ~berangat sat.
Next, sem ni seperti biasa aku aktif dengan aktiviti dan
program antaranya aku join jadi komiti untuk HOPE, CAMPRO, ENTREP, BAZOCAR SOUQ
dll. Penat? Emm ntahlah. Aku dah pernah merasa lagi penat dari ni time kat cfs.
So aku rasa yg ni xdelah penat sangat walaupun kena bagi komitment. Ingat lagi
aku pic untuk pertandingan nasyid. Dan of kozlah peserta semua lelaki. Adoii
stress aku memikirkan camne aku nak komunikasi ngan dorang. Time dorang
rehearsal mestilah aku kena turun padangkan utk tahu keadaan camne. lepas ni x
nak dah jadi pic yang perlukan aku berkomunikasi dan berjumpa dgn ramai lelaki
. mujur lah ada N yang sudi bantu aku. Tenkiu weh! Btw aku n N ni, walaupun
kami jarang jumpa, tidak sekelas tapi kalau ada event, kami selalu bersama.
Aicewahhh… eh2 jangan salah faham. Aku x de menaruh hati kat dia eh. Not my
taste ahahhaahhaahah
Sem ni jugak aku kehilangan seorang rumet terchenta. Bukan
pergi menghadap ilahi tapi pergi ke uia Gombak. Dia tukar kos. Hmm sunyi weh
bilik bila dia takde. Kalau dia ada, mesti duk sembang sama2, makan sama2,
study sama. Semualah nak sama2. Aku ada tulis pasal dia kat blog ni. Boleh
search surat buat roommate.
Sem ni aku mencipta sejarah aku hanya balik rumah(shah alam)
sekali jer, itupun sbb nk p pesta buku. Kalau tak, memang aku tak balik sampai
habis sem. Bukan tak nak balik sebab taknak jumpa mak. Tapi mak aku dah selalu
balik kampong . so buat apa aku nak balik rumah lagi kann. Hihi
Oh ye, sem ni jugak
aku terpaksa berhadapan dengan member bermasalah. Masalah dia bukan masalah
bunting ke, ambil barang orang ke, kurang ajar kea pa. no no. ni masalah berat
99 iaitu MENIPU. Aku faham semua orang pernah menipu tapi biarlah terbukti
sikit kalau nak menipu. Contohnya sabtu ni cakap bz ada hal, so pandai2lah
keluar bilik lepak mana2 utk tunjuk yg ko ada hal. Ini tak, kau cakap kau bz
sabtu ni tapi bila sampai hari sabtu, kau tidur-tgk movie-makan-tgkmovie-tidur.
Bz apa kebendanya. Hah itu dipanggil menipu cerdik. Yeahhh inilah member aku,
nak menipu tapi cerdik sangat.
Dan paling sakitnya tu disini bila dia tipu aku banyak kali.
Orang lain tak tahulah camne. Masalahnya skrg ni aku sedar bahawa aku ditipu dan
dia terus menipu. Aku tak tahulah dia tahu ke tak yang aku tahu dia tipu. Wahai
sahabatku, ape masalah dengan jiwa kau eh? Aku pun kau nak tipu. Aku ni member
kau weh. member yang hari hari kau kena hadap. patotlah bff kau pun lari dari kau. baru aku tahu sebabnya.
Oh memberku terchenta, even kau nak jaga hati seseorang
pun(kononnnya), perlu ke sampai menipu? Dan kau buatkan seseorang tu lena dalam
tipu daya kau. Weh sangat kejam bagi seorang sahabat. Layak ke dipanggil member
kalau camtu? Dah lah tipu then tak mintak maaf walaupun kantoi.
Untuk memberku, aku nak kau tahu yang aku BENCI GILER dengan
perangai kau tu. Aku tak benci diri kau tapi aku benci perangai kau yang suka
menipu orang tu konon utk jaga hati dan perasaan. Weh aku nak tanya kau, kalau
aku buat camtu kat kau apa kau rasa? Maafkan aku wahai sahabatku, penipu ni takde
ubatnya kat pasaran. Hanya kau jer yang boleh ubat diri kau. N aku harap kau
cepat2lah kawin ngan boyfie kau tu. Kalau rasa lambat lagi nak kawin, xyahlah
nk berkepit sgt weh. Hilang kemanisan tu bila kau kawin nanti. Bukankah
bercinta lepas nikah lebih indah?
Aku prefer orang yg jujur walaupun itu sakitkan hati drpd
menipu untuk menyenangkan kita. Pleaselah weh. Kau nak orang jujur ngan kau,
nak orang respect kau tapi kau tak respect orang, duk menipu orang utk
kepentingan kau.
Alhamdulillah sem ni ada lah jugak gathering walaupun
dispoilkan oleh seorang hamba Allah tu. Huhu. Next sem kita bukak buku baru
jer.
Azam aku next sem is aku nak terlibat dengan 1 event jer. Walaupun
ditawarkan posisi central. Aku tak nak walaupun aku boleh bagi komitment. Im soo
sorry.. hmm, feeling bad sebenarnya sbb tolak tawaran tapi,, entahlah..
Last but not least, buat semua sahabatku. Aku nak minta maaf
dari hujung rambut sehingga hujung dunia. Mungkin ada silap aku yang aku tak
sedar. And kalau aku buat silap ke apa, feel free untuk tegur aku. Aku ok jer
beb selagi kau tak malukan aku. Sorrylah
kalau pinjam barang ko n lambat pulangkan lagi2 mira n timah. Hihi.
Oh ye, nak ucap tenkiu kat my business partners kat hostel
sebab sudi bersusah senang bersama sama weh. Korang memang the best! Sangat berkomitment.
Suka sangatttt.
Tak lupa jugak utk groupmate iaitu grup bm, cellbio,
oc, biochem dan ungs! Korang memang
ohsem. Ini sem ke dua kita sama2 1 group. Aku suka 1 grup ngan korang sebab
korang tinggi common sense, memahami, penyabar, saling menolong dan tak
berkira. Mana nak cari groupmate camni wehhhhhh.. susah weh nak dapat. Nak mention
lah nama korang hahahahah MIRA- TIMAH AND ZUE!!
Btw,mira ni ‘kembar’ aku. Kembar nama. Hihi. Dalam banyak2
mira. Kami bersama jua. Muahahahaha.
Akhir kata, semoga cuti ni dimanfaatkan sebaiknya. Kalau korang
suka involve dengan volunteering bersama aku. Aicewahh. Aku nak ajak korang
join misi ngan aku. Minggu lepas aku baru jer blik dari sabah utk misi dakwah
di pulau banggi. Nanti aku update pasal misi ni. Aku masih mencari partner utk
bersama- sama aku terlibat dengan misi ni walaupun hakikatnya aku ok je join
sorang- sorang. Jika kau cukup syarat seorang volunteer(rajin, extrovert,
fleksible). Boleh roger aku naaa.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^