SELAMAT HARI RAYA 2016

السلام عليكم

SELAMAT HARI RAYA 2016





*post ini ditulis pada hari ahad 10/7.16
Alhamdulillah baru je balik shah alam ni setelah seminggu di kampong. Macam tak percaya je tahun ni tak yah hadap jem. Ceh macam aku je yg drive haha. Memang tak ah,apa guna ada abang kann. Time balik kg tu, masa tu sabtu, 3 hri sblum raya.  gerak lepas zohor dlm kul 2, sampai Kuantan kul 4 lebih. Time balik plak hari ahad gerak kul 8.50 camtu, kul 11 lebih dah sampai. Ehh kejap plak.. tahun lepas gerak kul 7am , kul 4pm baru sampai. Gilerr lama rasa cam g kedah. Hahaha.


Dikesempatan ini, aku(mira yusof) dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut hari lebaran kepada pembaca blog ni sama ada yang kenal mahupun tidak.  Terutama buat sahabat yang aku kenal, separa kenal, kenal tapi dah TERlupa, dan juga belum kenal yang pernah bersekolah di SRAI 19, SMAAM, SAMTiSH, members di UIA Gombak dan Kuantan.  Semoga aidilfitri korang bermakna bersama keluarga terchenta. Tang terkurang terlebih sederhana terlajak harap dimaafkan. Kalau nak claim, mohon claim sekarang a.k.a waktu didunia. Jangan nak claim time kat akhirat nanti, merana aku cari ko kat padang mahsyar.


Nampaknya raya tahun ni lagi menyebar luas berita yang aku study kat Kuantan. Yelah dulukan aku sorang je cucu tokwan yg duk luar Pahang tapi skola kat Pahang. Hihi. Laa ni rezki blaja kat Pahang lagi.  Semua pakat ‘comfirm’ ngan aku. ‘ mira belajar kat uia Kuantan eh?’ kat uia kat im tu ke? Berapa tahun kat Kuantan? Amek kos apa? Kenal tak dia ni, tahun ke dua, sama kos ngan mira’ n macam2 lah soalan regarding study yg dituju. Mujur lah xde soalan sensitive like ‘ bila nak kawin, dah ada calon ke n sebagainya’. Hahaha kezen aku yg menghampiri 30 pn x kaweng lagi. ~ ok itu soal jodoh ajal maut. Hanya Allah yang tahu. Maybe 2-3 tahun lagi akan keluar soalan ni utk aku.hahaha

Ok gais, kalau ada apa2 soalan regarding uia Kuantan, boleh tanya je kat aku. inshaAllah aku jawab yang mana aku tahu especially kalau pasal kuliah aku.  Kalau nk tnye pasal servis kat uia Kuantan such as check mata, nak buat lasik, check gigi semua. Jgn tnye aku. Aku x tahu sangat, tahu gitu2 jer. So boleh call uia terus.

Alhamdulillah raya tahun ni still bermakna a.k.a gembira sebab masih lengkap ahli keluarga(x termasuk abah). Belah mak, tok wan n tokki masih ada. Mak sedara, sepupu semua tak de yang menghadap ilahi lagi. Masih boleh berjumpa, bermaafan dan beraya bersama.


 Blah ayah plak, tok pe’ah pon still ada wlpon mata x berapa nmpak dah. Cuma ada sedara mara which is adik beradik tokki meninggal, tapi tak terasa sangat pemergian sbb x rapat. Syukur sangat sebab Allah panjangkan umur tokki n tokwan. Harap2 dorang sempat tengok aku kawin n dpt cicit dorang. Ehhhh. Hahahaha.~ gurau

Entah ah, aku rasa kalau tokki n tokwan takde, memang jadi tak best raya walaupun tak berapa berkenan dgn tokwan yg asyik nk mengungkit kisah macam2 tu. Tapi kalau dia takde,  kteorg rindu plak. Tokwan  yang terlajak prihatin. Yg kenal rapat ngan tokwan tu tahulah perangai dia camne.biasalah warga emas ni, makin meningkat usia, dorang akan kembali ke zaman muda(baby). Pakai pampers, minum susu, nk main. Tp alhamdulillah my toks x mcm tu.paling untungnya tokwan sebab even usia dah nk menjangkau 80 thun. Masih ada peneman(suami) yg masih hidup iaitu Tokki yang setia bersama tokwan bersama susah senang. Contoh suami mithali ni bohhh . Dah tua2 pun masih buat kerja rumah. Tokwan rilek jer. Mana nak cari laki camni weh kat dunia ni. Ada tu ada tapi once in a blue moon. Maka beruntunglah wanita yang mendapat lelaki yang berakhlakkan akhlak rasulullah S.A.W.

Aish rindu plak kat depa ni padahal x smpai 24 jam terpisah.

Cam biasa lah raya aku. Wajib g ziarah rumah sedara mara. Sepupu mak, sepupu tok, adik beradik tok. Nasib ler sedara ramai kat Kuantan, tempat wajib pergi setiap tahun ialah sungai lembing(kg kolek), bukit sekilau, sg isap, inderasempurna, pekan, semambu. Ni semua sedara yg rapat jugaklah. Belum kira yg x rapat lagi. Yg dah nak bau- bau bacang, yang tu tokwan je lah yg kenal, kitoerang  x kenal. X tahulah bila mak or tok xde nanti. Kteorg still g ziarah camni ke x.
Mekaseh jugak kat member yang tak jemu ajak aku g beraya saban tahun iaitu XXXXX. X leh mention nama takot jadi gossip plak. Uisshhh x sanggup den. hahahaha Tahun ni x leh dah nk p beraya ngan cikyam sbb cikyam dah jadi bini orang uiiii. Yeayy tak sbar nak jadi mak sedara. Hihiihihi. Berapa bulan je lag kann. inshaAllah cikyam  boleh!!!

Oh ye, sempena raya ni, aku perasan lah. Kat iium confession bnyk confession pasal kebanyakan perempuan yang ‘merungut’ jadi kuli time raya sbb hok laki bersenang lenang, perempuanlah kena layan tetamu, hidang air, basuh pinggan, kemas rumah, sapu sampah, masak rendang, lomak ketupat bagai. Kat rumah tok korang camtu ke?

Bagi aku plak,Perempuan sebenarnya tak kisah pun kalau kena buat semua kerja tu  sbb dah sebati dengan diri perempuan lagi2 wanita melayu.. Cuma 1 jer yang perempuan nak drpd lelaki iaitu DIHARGAI. Cer tanya mak2 akak2 yg da kawen, rasa terbeban ke buat kerja rumah? For sure 99.99999% takkan ada mak yang cakap terbeban kalau anak2 n suami dia menghargai apa yang dia buat.

Yelah, kau bayangkan kita(perempuan) dah penat bengun awal masak rendang ketupat, bancuh air utk tetamu, basuh pinggan. Tapi yg lelaki bila nak makan, duk mintak lagi kita bagi pinggan kat dia padahal selangkah je utk capai pinggan kat rak, nak minum air pun suruh kita bancuh. Hah tu tanda-tanda kita tak dihargai.

So cadangan aku,  kalo raya, lagi elok tugas tu dibahagikan. Bukankah lelaki dan perempuan itu diciptakan untuk saling melengkapi. Aicehwaahh dah bertazkirah plak aku .

Last but not least, utk korang yang masih ada atok tu. Bermesralah ngan dorang selagi dorang masih hidup sebab RAMAI yang dah takde atok dan tak dapat merasa indahnya ada atok.

Itu jer. Ingat nak tulis 2 perenggan je ni dah jadi berapa perenggan dah cer kira.

Nak tengok pic raya family aku ke? Kalau ikut glamer meme nak post je kat fb n blog tapi memikirkan 1 dunia tengok nanti. Kantoilah wajah terbaru aku.. hahaha so terpaksa dalam rela ku save di drive je lah. Hahaha kalau ko member aku n aku kenal. Boleh whatsapp nt aku share haha xpon kat ig aku ada tapi ig tu utk pompuan je. Aku approve orang yang aku kenal jer walaupun yang request tu sistorr.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
YANG BENAR
NOR AMIRA YUSOF


Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement