SPONSORSHIP WORKSHOP 2016

السلام عليكم






Assalamualaikum. Kabare waras?
*post ini ditulis pada selepas hari kejadian.
Di masa yang menjengkau 12am ni,aku nak mengambil kesempatan untuk update pasal workshop sponsorship yang aku join hari ni. Macam biasa,aku paksa juga diri aku untuk update sejurus aku melangkah masuk bilik,sebab kalau aku tangguh memang jawabnya tak terupdate dan ayat mesti hambar je lepas tu.


Waktu workshop ni tak lama pon dari 8.30am sehingga 11pm jer. Ada la dalam 12 jam. Ada 2 kali break.

Workshop ni anjuran sciencess. Thank you sciencess!


Pada mulanya aku memang dah berminat dengan workshop ni walaupon takde kepentingan untuk aku(buat masa sekarang). Serious weh aku memang tak de komitment apa2 pon pasal sponsorship ni.


Tapi yelah,ilmu ni. Bukannya time kau perlukan baru kau nak cari kan. So selagi ia melintas depan kau,kena lah grab weh. Kalau tak dia pergi camtu jer. Sama la kau tengok orang buat jualan lelong kasut Adi*** ori rm70 sbb defect seciput. NP rm300. Memang rugi lah kalau ko tak grab. Haha eh masuk ke dengan apa yang aku tulis tadi?



Aku berminat nak join tapi aku tak berminat nak bayar. Haha sakai tol, bapak kedekut nak melabur. Haha bukan kedekut lah. Duit aku kena catu sampai minggu depan.  Ada rm100 jer dlm purse aku untuk aku  survive untuk 2 minggu lagi sebelum  aku balik rumah. So purata sehari aku kena belanja rm7 jer. Itupon kalau aku boleh tahan nafsu makan aku ni. Pastu drpd rm100 tu,rm35 dah cut utk bayar. So tinggal rm65 jer utk 2 minggu. Waaa. So sehari purata rm4 jer kena belanja. Nak makan apa weh. Ok itu sebenarnya ayat nak ‘kaki’. Duk bagi alasan je. Tak gituu?? Ok maaf kalau terannoying..~ saja nak bagi post ni Nampak panjang hihi.


Berbalik kepada workshop ni. Aku super duper triple suka giler. Bukan suka dengan speaker. Tapi suka dengan whole isi program ni. Cara program ni diconduct, cara speaker berucap walaupon muka cam tak berkaliber. Weh rupa tak penting weh yang penting skill kau! Muka hensome tapi takde skill,hampeh weh cam hampas kelapa. .  generally Semua lah aku sukaa.
Aku rasa yang bermasalah kat sini ialah aku. Yer aku yang bermasalah. Disebabkan Aku tak pernah handle cari sponsor so aku cam agak blur2 bila speaker terangkan sebab aku Cuma dapat teori. Teori dengan praktikal ni lain beb. Contoh la kau nak belajar berenang, ape kau ingat dengan tengok kat you tube jer,then lepas tu kau boleh berenang? Hah memang tak lah kann.



Sama lah dengan nak mintak sponsor ni,kau nak mintak kat 1 syarikat tu. Preparation mesti kena ada. Preparation teori je tak berapa membantu. Mesti kena ada praktikal. So yang bagusnya workshop ni, instead dorang bagi teori, dorang jugak provide praktikal iaitu presentation,cara buat paperboat. Semua lah. Perfecto weh serious sangat gais.


Tambah plak bila kau buat sharing moment dengan ex workshop ni yang handle sponsor event besar2. Serious sangat memberi inspirasi kat kami.walaupon aku pon tak tahu aku sebenarnya berkaliber atau tidak utk handle menda alah ni. Tapi aku nak try jugak sekali. Manalah tahu aku sesuai,walaupon aku tahu aku tak berapa reti nak deal taw. Tapi inshaallah I’ll do my best kalau aku diberi amanah ni.


Last but not least, kalau program ni ada dianjurkan kat u korang. Jangan ragu- ragu untuk join sebab program ni super duper bermanfaat utk korang lagi2 kalau korang diamanahkan untuk cari sponsor. So Rajin2kanlah join. Serious tak rugi malah rugi besaq kalau ko tak join. Ilmu weh ilmu, boleh pakai sampai ko kerja.

Sekian terima kasheh dan aku hadiahkan pic dibawah

Pic diambil dari fb kak hajar, tapi aku letak watermark blog sbb nt pic ni akn kuar kat gugel pic.  




peserta yang terlibat 

bro hujung depan tu pandang depan ke pandang kamera huhu

yeahh ini dia speaker kita. abe azim lenin.terbaik der!


tanda penghargaan. 


wuuu fokusnyaaa

takde sorang punyang lentok, semua fokus. bagus bagusss 




ni group aku. kteorang menang utk paperboat terbaikk. haha tak sangkaaa padahal buat gitu2 jer. alhamdulillah 

another pic with my group. 


Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement