Check up Mata di IIUM Kuantan

السلام عليكم

Setelah sekian lama berfikir utk check kesihatan mata(perlu ke fikir mira uii? Haha).. 

akhirnya aku memutuskan utk g check mata..

Btw, last aku check mata, time aku kat cfs,, masa tu aku baru 18 thun,2013.  aku check pun sbb aku mengalami kesukaran untuk melihat objek yang takdelah jauh sangat. senang cerita power aku makin tinggi la masa tu, maybe sbb lpas spm asyik duk hadap ipad jee.

 So kebetulan masa tu ada bukak kedai jual spek kat cs building tu. Aku pon buat ler spec skli.  Masa tu aku ada silau sikit n power aku hampir cecah 200 jgk lah. Tak tinggi sgt kan power tu?? Hihi.. tapi tapi, hanya sekadar hiasan je spec tu, aku Cuma pakai time desperate giler nak tgk apa yg lecturer tulis. Selagi aku Nampak, selagi tu aku x pakai. Hahaha. Ape laaa..


Ok so nak ceritanya bila aku decide nak check semula kesihatan mata aku ni. Aku pon melihat calon2  ‘bakal pakar mata’ yang terdiri daripada senior2 aku ni. At first aku nak sruh ‘crush’ aku checkkan. Dia year 4. His name same with me.. aww. Hahaha. Tapi disebabkan tahap malu aku masih tinggi dan aku x rela disentuh lelaki. ceh macam ada adegan sentuh menyentuh jee.. haha...
So aku decide utk memilih sister iaitu kak Mira, yet still same name with me.hihi.





So appointment aku hari selasa 4/10. di klinik optometry di jalan hospital campus(JHC), betul2 sebelah Kuantan parade n depan kedai nasi briyani gam batu pahat.





Nak g check mata ni bukan main redah je ye, tpi kena set appointment. Macammana nak set? Hah selama aku berada kat uia ni(2015-2019) ni, kalau korang(warga Kuantan) nak full checkup mata korang. Boleh roger aku, aku akan bagi no sis/bro. sebab setiap sem lain2 orangnya.


Lama juga rupanya dia check mata aku.  kul 2pm start, dekat kul 5 jgk la baru habis.

Chek tahap silau, power,pandangan sisi, otot mata n macam2 lah. Banyak sangat sampai aku tak ingat. Memang banyak menda baru yang korang tak tahu pon, termasuk aku.
Aku en dah lama tak check mata, so aku x thu power aku berapa skrg sebabnya aku memang dah lama tak pakai spek. Aku ada spek tapi aku tak pakai(seperti cerita di perenggan 1).

Tapi.. bila chek2, kiri 50, kanan 75. Alhamdulillah tak sangkaaa.. sebab sebelum ni power aku memang beratus jugak lah. Tak percaya boleh tengok spec aku yang aku buat thun 2013 tu.

Ok mesti nak tahu kan macam mana aku boleh kurangkan power dari serratus lebih ke 50 dan dari +-200  ke 75 je.. jeng jeng jengggg…


Aku pon tak tahuuuu.. haha… nak cakap aku makan supplement. Yes, aku memang amalkan supplement. Tapi aku xde la amalkan selalu sebab aku ni jenis tak konsisten amalkan sesuatu.. hmm, senang cerita, tak istiqamah laa.. n 1 lagi, aku ske minum kopi pagi2 lagi2 kalau ada kelas kul 8. Wajib minum kalau tak memang mengantuk laa dlm kelas sebab aku jenis tak fokus lagi2 kalau lecturer yang bercakap baca slide je dari mula sampai habis.. hihi.


Tapiiiiiiii, 1 perkara yang membimbangkan aku.. akak tu cakap  aku ada 1 masalah kat mata aku. Ia mengenai nerve kat mata aku. Aku pon tak ingat apa yang akak tu explain kat aku. But for sure aku kena g checkup semula ngan akak tu. Utk pastikan dan comfirmkan sama ada aku ni ada masalah or not. 





Oh ye, yang aku ingat, masalah aku ni berpunca dari mata aku yang terlebih bekerja.. hmm, yes, semalam memang aku tido lewat, kul 2am. N bngun kul 6am then terus tak tido2 sampai skrg(11pm). So no wonder lah mata aku terlebih kerja. Tapi, aku dah cuba pejam mata whenever aku tengah relax. I hope that help my eyes to rest. Please mata, I love u so much. Maafkan aku sebab tak jaga kau betul2.


Akhir kata, utk korang, sesiapa je lah yang tinggal kat Kuantan dan ingin chek mata secara full package, means bukan chek power je. Bolehlah roger aku. Aku akan tolong kau dapatkan khidmat chek mata ni. Aku buat ni pun sebab aku nak tolong senior2 aku.. bukan ke kalau kita mudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kita?

So apelagi ajak 1 keluarga chek mata okay. Mata itu penting, kerana dari mata turun ke hati.. ciaciaciaaa…hahah..


p/s:next appointment aku 18/10 ni tapi aku rasa aku nak pospon kott sebab nak exam mid wehhh. Doakan akuu..

Post a Comment

7 Comments

  1. Assalam sis brpa ye byran utk full check up?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, free je awak full checkup ni ^_^

      Delete
    2. maaf, pembetulan, free untuk student uia sahaja. untuk orang luar, mungkin ada sedikit cas dikenakan. tapi tak sure berapa. nt mira update balik yee

      Delete
  2. Kalau sy nk checkup boleh? Cmne nk buat appointment ye?

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum.. ada contact number klinik x

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, utk check mata ni, student yang akan checkkan. So utk appointment mmg kena through student. If berminat boleh roger saya di FB. https://www.facebook.com/mierayusof

      Delete

Thank you for your comment ^_^

Ad Code

Responsive Advertisement