Graph paper Enzymology yang Psycho!

Assalamualaikum semua. Fuh rajin plak aku menaip hari ni.

Niat hanya ingin berkongsi pengalaman psycho selepas jawab exam ezymology tadi. mungkin aku sorang je yang terasa seperti dipsycho sebab aku kan ..... ntah lah.




alkisah camni, ada 1 soalan tu, kena lukis graph. ok kami semua diprovide 2 helai kertas graph.

berbalik kepada soalan tu, hanya 1 soalan je yang suruh lukis graph tapiiii ada 3 box. means akan ada 2 plot.

ok time exam tu, memang aku konfiden giler kena draw 2 plot dalam 1 graph. yelah soalan pun tulis 'using A GRAPH paper'. haha. memang tekun giler ah aku lukis graph, siap kira slope, label Y intercept bagai padahal soalan tak mintak ponnn. haha


Kecelaruan timbul bila exam dah tamat, sebelum invigilator kutip kertas2.

tetiba entah kenapa otak aku mempersoalkan kenapa lecturer bagi 2 kertas graph kalau sbenarnya kena guna 1 kertas je. hah masa tu memang aku dah start gabra sebab masa tu aku baru tersedar yang aku guna 1 je kertas graph sebab aku plot dua2 line dlm 1 graph. yelah, nak compare, kenalah 1 graph je.ke salah?

tapi aku tak puas hati dgn justifikasi aku, so aku jeling2 orang sebelah. alamak x nampak lah sebab dia dah selit graph paper dia dlm booklet. pastu aku pandang plak orang penjuru kiri, aku nampak atas meja dia ada 1 kertas graph kosong yang dia tak guna. pheww lega jap bila tahu yang bukan aku sorang je yang guna 1 kertas graph.

entah kenapa, rasa cam nak tengok orang depan plak, org depan aku ni blh kata hebat jugaklah pointer dia berbanding aku. pheww dia pon guna 1 kertas graph jeee.

memang lega lah aku masa tu.

tapi tapi... kelegaan aku tu sekejap je sebab selepas beberapa saat, aku baru teringat, kertas graph yang diprovide tu, depan belakang boleh lukis graph. kan biasanya ada kertas graph yang depan utk lukis graph, belakang utk tulis(xde graph).

belum habis lagi, pastu muncul lah plak persoalan kedua, adakah orang penjuru kiri dan depan aku ni sebenarnya guna dua2 belah kertas graph tu.

..............

nak tahu kesudahannya?

orite.. jeng jeng jengg....


disebabkan aku tersedar semua tu time exam telah pun tamat, so aku hanya mampu berserah pada takdir yang Maha Esa. aku redha je apa2 pun keputusan yang aku dapat. Yang penting aku dah lakukan yang terbaik dan apa yang aku dapat adalah yang terbaik untuk diri aku. btw lepas exam, aku x diskus apa2 pun pasal soalan exam tadi dgn kawan2 aku, balik mahalah, makan, main2 ngan hamster, tido, solat zohor, main2 hamster. eh dah bila masa aku study utk next paper? hahaha lol.

oh ye, sebenarnya kannnnnn. korang perasan tak, kalau lah aku tak timbulnya kecelaruan. mesti aku tenang je sampai keluar dewan. kan kan kan. ni semua sebab syaitonirrojim lah yang menghadirkan keraguan dan was2. so next time korang kalau tetiba timbul was2 atas perkara yang sebelum ni korang yakin, pls buang was2 tu jauh2. ok ni nasihat utk diri sendiri jugak.



ok, lusa ada 2 paper sehari iatu molecular biology dan biostatistics. doakan semoga aku boleh jawab dengan tenang dan betul. eh bukan doakan aku sorang je taw tapi doakan kawan2 aku sekali. aku tak nak lah dpt A sorang2. ngeh3. btw, aku tak pernah dapat A utk subjek core course. opssss.. hihi. takde rezeki, takpe rezeki kat tempat lain. hah positive tak aku? ^_^


sekian coretan aku utk first paper. kalau rajin aku tulis lagi

p/s: tetiba terajin plak nak tulis.









Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement