UIA KUANTAN ADA BUDAK MEDIK JE!

[POST LAGHA]
Jangan baca jika anda tak suka baca post Mira yang SS.





Assalamualaikum semua. Ok hari ni aku nak membebel sikit. Supposely aku kena study utk final tapi takpe, aku nak spend jugak 10 minit menulis a.k.a membebel.

Alkisah tadi, tengah sembang2 ngan mak aku. tetiba masuk topik ni.

camni, pernah tak bila orang tanya ko belajar mana, then contohlah bila ko habaq ko belajar kat Ireland, orang terus tanya '  medik kan?'

hah, yezza itulah yang terjadi kat aku, mak aku dan perhaps mak sedara, tok, sepupu aku pabila dorang habaq mai aku belajar kat UIA kuantan.

Biasanya situasi dia camni

Style 1
Q- belajar mana?
Aku- UIA kuantan
Q- oh, medik ke?
Aku- eh tak la.
Q- oo bukan.. farmasi?
Aku- tak mampu la farmasi
Q- dah tu dentistry?
Aku- bukan jugak.
Q- dah tu apa?
Aku- Biotech
Q- oo, ade ea biotech, ingatkan ada medik, farmasi n dentist je.

p/s: aku memang saja tak nak jawab terus, nak tunggu dia tanya kos apa tanpa sebut mana2 kos.

Style 2
Q- Belajar mana?
Aku- UIA kuantan.
Q- oo, mesti medik kan? tak pun farmasi or dentist?
Aku- taklah, biotech je.

Style 3
Q- Belajar mana?
Aku- UIA Kuantan.
Q- oo, jadi doktor la nanti. bagus2.
Aku- .......


nampak tak streotype manusia kat Malaysia ni. 29 drpd 30 orang yang aku jumpa, semua ingat aku blajar medik. haha

sebut je UIA Kuantan. MEDIK MEDIK MEDIK.

haha itsokay beb aku faham yang ko tak tahu. kalau ko tak tahu, ni hah nak habaq dulu aku langsung tak tahu kewujudan UIA kuantan ni sampailah aku masuk CFS thun 2013. hah noob tak aku dulu2? hihi


So kat sini meh nak clarify, kat UIA kuantan ni. bukan ada kos medik, farmasi dan dentistry je taw tapi ada 3 lagi kos lain iaitu sains, kesihatan bersekutu dan nursing.

utk kulliyyah(fakulti) sains dan kesihatan bersekutu, ada cabang2 dia. sama macam kulliyah engineering, ada mechanical, electric, automotive dll.

Kulliyah of Science(KOS) ada department iaitu plant science, marine science, biotechnology, physics, mathematics, chemistry.

Kulliyah of Allied Health Science(KAHS) plak ada department audiology, physiology, optometry, biomedical science and radiology. hah itu je kot.


dan utk pengetahuan kalian semua, kulliyah yang paling ramai student ialah student KOS dan paling sikit nursing(kot). dan kami(student KOS) tak bergaul sangat pon dengan student2 medik ni sebab kami diasingkan sejak azali lagi. 1 blok 1 kos, aku student KOS, so aku duduk blok 7. budak medik semuanya kat blok 10. so jangan tanya apa2 pasal medik kat aku sbb kawan medik aku tak ramai. tapi kalau nak tanya pasal kos allied, dipersilakan sebab mber aku ramai kat situ. hihi


so harapan aku, dengan bertemunya kalian dengan aku which is not a medic student. harap korang boleh ubah mindset korang yang Uia kuantan ni ada budak medik je.

p/s: kalau hang mai uia kuantan, habaq la ke aku. aku blh bawak round2 sekitar situ hihi












Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement