Nak share 1 kisah, pertama kali dalam hidup aku terjadinya
peristiwa ini.
Alkisah, sabtu lepas, mak aku plan nak g amek tempoyak kat
rumah sedara aku. So perancangannya, aku ikut and nanti naik bas
temerloh-kuantan.
Persoalan, kenapa mak tak hantar je aku terus ke Kuantan?
Sampai hati suruh aku naik bas!
Jawapan, fmili aku baru je balik dari Kuantan Isnin lepas,
lagipun jauh lah s.alam-kuantan. Compared to S.alam-temerloh. And aku ok je
naik bas. Sbb kalau mak tak g temerloh, aku still kena naik bas sebab mak takkkan
hantar punyalah. Hahaha.
So… nk naik bas, kena beli tiket. Disebabkan mak tahu aku
jenis purchase tiket on9, so aku pun ushar lah tiket. Bas Trans.
Cerita pasal tiket bas on9 ni, ada several company bas je
yang terima mobile ticket. Means, tak yah print pun tiket tu. Salah 1 nya bas
Jasa Pelangi. Sebab tu aku suka naik bas ni. Memudahkan pengguna!
Tapi… utk bas Trans ni, ko kena print tiket tu. WAJIB!
Disinilah kisah sebenar bermula, kat rumah aku xde printer. And
aku plak malas nak g kedai untuk print sebab tak de pendrive. Ok fine blh je
print on9, mslhnya bkn smua kedai ada wifi.
So aku tekad, nak g print kat kaunter di Temerloh nanti. Oh ye,
bas 3.45pm
3.30pm sampai terminal temerloh, terus g Kaunter trans.
Ohoi, computer rosak plak. So tak leh print. Ahhh sudahhhh..
Pastu aku kembali semula ke kereta, n terus terang je lah
kat mak yang tak leh print tiket.
Mak aku dah risau, kang xde tiket,xleh naik bas acane. And macam
biasalah, add on sedikit bebelan, tu la spe suruh tak print pagi tadi, sempat
je blabla.. haha
Tepat 3.45pm, bas sampai.
Aku pun berjalan menuju ke arah bas. Ramai penumpang dah
bersedia untuk naik bas. Aku tengok semua pegang tiket bas!
Aku? Pegang fon!
Phewww cuak weyyy. Aku ingat nak naik bas time driver dah
tak jaga pintu.
Tapi, driver baru nak ciaw, aku terus nak naik bas.
Dan driver tu tengok aku sebab aku takde tiket!
Scaryyy, driver tu ckp, xde tiket macammana nak naik bas!
Aku pon cakap lah, sy beli on9, nk print x sempat pastu
kaunter xleh print plak. Pastu driver tu cam… aaaaa…
Aku pon dah cuak tahap ape, klu dia tak bagi naik acane.,.
Tapi..bila aku tengok driver tu tengah leka dgn benda lain.
Sepantas kilat aku naik ke atas bas. Peduli ape aku, aku
kena naik jugak bas ni!
Aku cari seat aku, 2A.
Ahhh sudahhh, ade orang kat seat aku!!
Budak plak tu, tengah tido. Aku dah cuak dah, ke tiket aku
ni tak sah! Or seat redundant! Macamama kalau seat tak cukup, mesti aku yang
dipersalahkan sebab aku tak de tiket(fizikal). Eiii tak sanggup aku kena turun
dari bas. Hahaha.
Puas aku fikir, macammana aku nak duduk ni, takkan nak duduk
je kat seat lain, macamaman kalau seat lain tu ada orang! Eiii cuakk kak ton.
Baris yang sama dgn seat aku tu, ada kosong 1. And org
belakang aku nak msuk so aku pun dduk la kjap kat seat kosong tu.
Pastu.. ada sorang akak ni dgn anak dia around 9 tahun kot. Dia
minta sorang sis yg duduk sorang ni pergi duduk kat tempat lain sebab dia nak
duduk berdua ngan anak dia.
Masa tu aku dah pelik, eh boleh ke suruh macam tu. Masa ko
beli tiket tu, kan boleh je nak seat sebelah-sebelah.
Tapi sis tu tak nak beranjak, so akak tu bengang n duduk kat
tempat lain. So anak dia duduk atas riba dia. Alah akak ni pun, anak ko
bukannya 5-6 tahun. Dah sekolah pun. Ikut ko lah. haha
Dengan ramahnya, aku pun cakap la dgn org sebelah aku,. ‘sebenarnya
saya seat lain, bukan seat ni’.
Tahu akak sebelah aku tu cakap ape? “ duduk je memana!”. Dah
lah suara akak tu kuat. adoii. I be like… im not supposed to talk to her!
Ohoiiiii.. terjawablah segala persoalan aku tadi. Patotlah ade
orang dduk seat aku, patotlah akak tu sukahati je sruh sis tu pindah seat.
Ni 1st time dlm hidup aku. Naik bas, hg blh dduk
je seat mana hang nak.
Eiii budaya sapa tu weh! Teruk bebenor.
So korang next time, please lah duduk ikut seat ok. Tujuan
seat tu supaya tak terjadinya kes-kes macam ni.
Sekian cerita saya.
2 Comments
hahaha...5 tahun pengalaman naik bas express ulang alik kedah-shah alam...tahu sangat bas macam ini. siap kena pindah2 bas macam bangla pon ada...
ReplyDeletehaha. bas trans ke yg u ulang alik tu? share your worst experience if u dont mind.
Deletebtw kalau bas trans Kuantan-Shah alam, xde pun kes macam ni.. btw, i pun ulang alik naik bas shah alam-kuantan for almost 7 years since 2008. haha.
Thank you for your comment ^_^