Salam Ramadhan Almubarak dari perantauan


Assalamualaikum kepada para pembaca blogku ini, yang baru pertama kali mahupun yang setia membaca dari sejak mula blog ini ditubuhkan.

Alhamdulillah, siapa sangka, tahun ni aku diberi peluang untuk berpuasa di perantauan. Tak pernah terfikir pun akan diberi peluang yang begitu berharga ini. Sebelum ni, paling jauh berpuasa pun, hanyalah di bumi Sabah, itu pun kerana mengikuti misi kemanusiaan di Pulau Banggi.





Tahun ini, sudahlah sebulan penuh berpuasa di negara 4 musim, 17 jam pula. Sungguh luar dari kebiasaan. Sahabat yang lain sudah praktis sebelum datangnya Ramadhan dengan berpuasa sunat. Aku? isk3, ape nak jadi Mira oi!


Selama aku menulis ini, masih belum pernah berbuka puasa di masjid. Smuanya berbuka di rumah. Masak sendiri, sudah tentu juadah Malaysia. dan yang paling seronok, boleh masak lauk kegemaran sendiri seperti asam pedas, tomyam, kari dll. Kalau berbuka di luar, alamatnya makan makanan turki sahaja lah.

lain pula rasanya berbuka puasa tanpa keluarga tercinta disisi. Biasanya, aku lah tukang masak untuk makanan ifthar di rumah. Tak pun, excited nak pergi bazaar Ramadhan beli itu ini. Tapi lately mak memang tak galakkan pergi bazaar Ramadhan. Rindu nak balik kampung, berbuka dengan tok, sepupu n sedara mara yang lain. Rindu dengar tok bebel pasal solat teraweh, rindu lah semuanya. Rindu nak berbuka dengan rakan-rakan di UIA, rindu nak teraweh di masjid UIA.

Semoga ini bukan ramadhan yang terakhir buatku. Kerana, jika ini yang terakhir maka tahun lepas (2017) adalah ramadhan terakhir aku dengan keluargaku.

Rasanya itu sahaja.

Jumpa lagi!


Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement