Aku nak share pengalaman aku stay kat rumah host di Berlin,
Germany bersama travel partner aku, Amira jugak namanya.
Alkisah, sebelum kami ke Berlin, kami stay di Amsterdam. Disitu,
kami juga menginap di rumah host, betul-betul di city centre of Amsterdam. Ok, nak
baca yang itu, boleh KLIK sini.(tak siap lagi, tak leh klik pon)
P/s: baca dengan nada positive dan hati terbuka
Masa kat Brussel tak silap, mira ada cadangkan supaya kat Berlin nanti kita stay kat
rumah host utk save bajet. Sebab masa tu Mira dah booked hostel. Tak de masalah pun nak cancel
asalkan sebelum 24 jam.
So, aku pon try lah cari host. Rara pun try cari jugak.
Alhamdulillah host yang aku request tu free n boleh host. And rumah dia pun
terletak just nice kat city.
And then, masa kat Amsterdam, host(yang aku request) tu tetiba bagitahu yang
dia sakit n tak dapat nak host. So, nasib baik Mira tak cancel booking lagi. Dalam
masa yang sama, ada sorang host yang Mira request ni approve. Tapi rumah host
tu jauh sikit.
Masa tu aku fikir, lebih baik tinggal kat hostel yang
terletak kat tengah bandar daripada tinggal kat rumah host yang jauh dari
bandar. Sebab kosnya akan lebih kurang sama jer.
Tapi disebabkan host tu punyalah caring terlajak, siap
checkkan sama ada Eurail pass kiteorang tu boleh tak diguna untuk tren nak ke
rumah dia. N dia cakap, yes boleh. So, aku n Mira pun setuju lah untuk tinggal
di rumah host tu 1 malam.
Bermulalah drama king bila direct tren yang kiteorang naik
dari Amsterdam-Berlin tu mengalami delay yang agak lama, sepatutnya sampai jam
3pm tapi jam 5pm masih belum sampai. Wifi tak yah cakaplah, sekejap ada sekejap
xde. Oh ye, masalah delay tu disebabkan terlebih penumpang.
Sampai je kat stesen Berlin, kami terus ke luar dan cari
wifi untuk contact host tu.
Rupanya host tu dah tunggu kami kat platform yang KAMI TURUN
TU! Tapi malangnya kami plak cepat2 blah dari platform tu n menuju ke pintu
keluar. Bukankah itu yang sepatutnya dilakukan bila kau sampai kat destinasi? Hahaha
Rupanya, sebelum kami sampai, host tu dah inform supaya
tunggu je kat tempat kami turun tu, nanti dia mai. Tapi disebabkan kami baca
mesej tu selepas dah chow dari platform tu.
So, memang kalut jugaklah kena
patah balik. And then bila dah sampai semula kat platform tu, tak jumpa plak si
host ni. Adoii.
Dalam pada tengah cari host tu, tetiba ada a guy approach
kami. Rupanya itulah dia si host. oh ya, host ni bukannya muda taw, dah 40 lebih umur dia n still single. hahaha lol
Macam biasa, dia menghulurkan tangan untuk bersalam. Fuh, ok
lagi ajak salam. teringat masa kat Barcelona, host tu nak ajak kiss pipi(tanda perkenalan). Hahaha
N secara sopan lagi ayu, kami reject. Tetapi rupanya cara
sopan lagi ayu kami itu dianggap satu hinaan terhadap host(host yang bagitahu)
Dipendekkan cerita, kami pun naik tren yang menuju ke rumah
host.
Semasa didalam tren, host memberitahu bahawa dia ingatkan kami
sampai pukul 3, so dia datang lah kul 3 tu. Lepas dia datang tu, baru tahu rupanya tren delay. Macammana dia tahu? Sebab host
ada apps utk check arrival n departure of train. Fuh nasib baik.
pasal miscom yang host suruh tunggu kat platform tapi kami terus jer keluar bila sampai(dengan alasan tak dapat wifi). tahu host komen ape? sepatutnya kami PINJAM wifi sesiapa dalam tren tu. bukannya mengharapkan wifi on board jer. phew, sentap! hahaha
Kemudian, dia ckaplah yang dia terasa bila kami tak nak
sambut salam dia. Dan Mira pun terangkanlah kami tak boleh sentuh lelaki blab
la bla. Rupanya, setelah dijelaskan, kami ingatkan dia pun fahamlah situasi
kami. rupanya TIDAK sama sekali. hahahaha adoii
Host memberitahu bahawa ada 1 surfer wanita kat rumah dia. Kami
on jer. Hihi dan akak tu dah belikan ikan utk dinner since kami dah inform yang
kami tak boleh makan ayam, daging. Hanya ikan je yang boleh makan.
Then, bila dah sampai rumah host tu dan kami letakkan beg ape
semua. Host tu dan akak tu dah ready lah nak masak. Selaku wanita prihatin dan
rajin masuk dapur, so aku pon offer diri untuk bantu. Dia pun macam ok jer utk
aku n Mira bantu.
So, aku tolong kupas carrot. Seribu kali sayang, entah kenapa
haritu aku sangatlah lembap buat kerja macam orang tak pernah masuk dapur. Tiada
apa2 pun yang berlaku di dapur. Oh ye, dapur host tu agak kecil. Tapi kami
ber-4 kat dalam tu.
Kemudian, dah siap masak, kami pun makan.. Fullamak, ikan
salmon woi. Besar plak tu. Aku makan dengan penuh berselera. Jangan tanya halal
ke tak. Masa tu yang penting yakin! Aku sendiri tengok ingredient yang dia letak,
semuanya halal. Takkan bawang besar pun nak cop halal kan. Hahaha.
Oh ya, sebelum makan tu, dia bawak keluar 1 air ni. Macam air soda. Dia pelawa aku n Mira minum air tu sebab dia kabo takde alcohol pun,
sebab dia macam air gas.
Host dengan akak tu minum wain.
Yang buatkan kiteorang telan air liur dan berpandangan sesama
sendiri apabila… host tu ambil gelas wain n tuang air soda tu dalam gelas tu.
Woiii, ni dah macam arak!(bisik hati aku)
Masa tu… aku pandang Mira, Mira pandang aku. Pastu aku cakap
kat hati aku, dia dah cakap tu takde alcohol, macam air gas jer. So, kenapa nak
pertikai lagi. kiteorang pun minumlah. N ok jer, takde mabuk so tu memang bukan
arak pun. Sebab kalau arak, konfem rasa lain giler kan. Kalau ko kat tempat aku,
memang korang pun akan minum(kot).
Ibaratnya, ko lepak dengan member nonislam n ko tahu
depa minum arak en, n dia offer kau air gas tapi tuang dalam gelas arak. Ko tak
nak minum dengan alasan apa? Sorry bro, aku tak minum air dari bekas arak ni.
HAROMMMM!!
Kalau buat macam tu, tak ke ko bagi pandangan negative pasal islam lagi2 kalau orang tu TAK KENAL ISLAM lagi.. Hmm,
sebenarnya aku pon tak pasti hukumnya ape minum dari gelas arak tu.
Oh ya, host ni basuh pinggan cawan guna dish machine. Siap panaskan lagi utk buang kuman
ape semua.
Ok, selepas dinner tu. Kiteorang bersihkan diri dan kemas
barang. Host tanya nanti nak ke mana. Aku pon cakaplah nak ke Copenhagen. Pastu
dia cakaplah dia pernah ke sana, n dia tanya tren pukul berapa. Rupanya train
yang kiteorang booked tu, lain macam sikit timingnya dan katanya bahaya untuk
gadis macam kiteorang naik train waktu tu sebab dia dah pernah naik dah. Tren tu
ada transit kat 1 kampung ni tengah malam dlm kul 3am camtu. Jam 6am baru next train
sampai. So, host tu suggest utk naik tren waktu lain.
So, kiteorang pun ok jer
lah sebab atas recommend dari dia kan. So, instead of pergi Copenhagen esoknya,
kami postpone ke lusa.
Esoknya, host tu siapkan sarapan dan kami breakfast sama2. Usai
sarapan, kami keluar utk jalan2, host tu ikut kami sebab nak bawak kami n nak
jadi guide kami. Weh terharuuuuuu.
Ini host pertama yang buat macam ni. Paling terharu
bila host tu rupanya tak berapa sihat tapi dia masih sudi bawak kiteorang dan
terangkan pasal tembok Berlin. Masa tu lah aku faham sejarah Berlin wall tu. Nak
tahu pm tepi eh. Tak pun search jer.
Tetapi, selesai kat destinasi pertama, host tu cakaplah yang
dia nak balik lepas tu sbab tak sihat kan. Kami ok jer sebab memang dah biasa
pun jalan berdua.
Oh ya sebelum tu, host bawak kami ke kaunter tren untuk kami
booked tiket baru ke Copenhagen, mujur lah ada host, senang sikit nak
communicate kat counter tu. So, apelagi, host pon speaking German n kiteorang
pun krik krik kat sebelah dengar. Hihi. Alhamdulillah setel. Dah beli tiket
baru.
Oh ya, tiket baru ni special sikit, 3in1. Kami akan naik tren, kemudian
tren tu naik dalam feri(ala macam kat Langkawi tu), so kami naik tren dalam
feri dan kemudian tukar naik bas sebelum sampai ke Copen. Wow!
So, bila host tu balik. Kami pun sambung jalan-jalan. Jam 8pm+, nak hampir maghrib barulah kami pulang ke rumah. Dan malam tu, host
takmasak so kami masak ape ada jer.
Esoknya, seperti biasa host sediakan sarapan sebab dia lebih
mengetahui nak masak ape. N then host pun hantar kami ke tren stesen. Yang mengharukan
lagi, host tu hantar sampai ke dalam train weh! Siap tolong angkat luggage kami
letak kat atas seat.
Dan sepanjang kami otw dari rumah dia n tunggu train
datang tu, banyaklah tips dia bagi. Antaranya, nanti naik tren, kalau rasa tak
selesa, boleh jer tukar tempat kat memana jer. N macam2 lah
Alhamdulillah setel sudah pengembaraan
di Berlin
Macam biasalah, lepas kita stay tu, kita kena tinggalkan
reference kan. So, disebabkan Mira yang request tinggal dengan host tu, so utk tinggalkan
reference pun mestilah Mira. Aku pon bacalah reference yang host tu tulis.
Kemain Panjang berjela weh dia komen kalah karangan UPSR. Ni antara isi komen dia
-
Till now dia tak boleh terima hakikat tak boleh
salam bila jumpa. Its still dikira satu hinaan bagi dia. Salam je kot, bukannya
cium ke peluk ke ape.
- Rupanya dia tak selesa langsung bila kiteorang
ada kat dapur utk tolong dia. Tahu kenapa? Sebabnya kan Mira cakap yang
kiteorang tak leh sentuh lelaki. So, masa kat dapur tu, rupanya dalam diam dia
bersungguh-sungguh cuba supaya kami tidak bersentuhan/berlanggar. Padahal kalau
tak sengaja ok jer. Adoii
-
Dia rasa kami hidup dalam dunia kami sendiri
walaupun kami travel. Sebabnya itulah kes tak leh salam, xleh sentuh dll. Bagi dia,
kau dah ada kat tempat aku, kau kena ikut cara aku.
Ada lagi tapi aku tak ingat dah.
Selepas aku baca reference dia tu, aku teramatlah tak sangka
rupanya itu yang dia fikirkan sepanjang kami ada dengan dia. Kami ni punyalah
bahagia dapat host macam dia, rupanya dia derita sebab dapat surfer macam kami.
Salah siapa sebenarnya? Miscom? Kami ke yang jumud? Hmm.. apa kata anda?
Terima kasih sudi baca.
Social Plugin