CARA BELI EURAIL PASS

HOW TO BUY A EURAIL PASS 
[CARA BELI EURAIL PASS]
*this post is mix(bm+bi)

Assalamualaikum semua. 
Semoga artikel ini bermanfaat buat semua.

Post ini khusus untuk mereka yang ingin melancong ke Eropah dengan menggunakan keretapi. 

Jom baca!

1.     1. BUKA WEBSITE EURAIL KLIK ---> https://www.eurail.com/en
2. PILIH NAK BELI PASS YANG MANA



Ada macam-macam jenis pass, global pass, one country pass, select pass -pemilihan pass ni bergantung kepada lokasi, tempoh masa dan jenis travel anda. Lain orang, lain pilihan passnya. Secara individu, aku rasa pass 15days continuous ni yang paling affordable dan berbaloi lah. 

Aku beli pada hujung tahun 2017, masa tu ada sale 25%. Rasanya setiap tahun ada sale macam ni.

Pass yang aku beli ialah

Youth
2nd class
Global Eurail pass
15days continuous
306euro include shipping
NP up to 480Euro


 So kat sini aku dah jimat 174euro yang bernilai rm800+. Wow sangat jimat dan berbaloi kan. Oh ye, check betul-betul kalau ada promo code tersembunyi disebalik ayat iklan dia taw sebab tahun lepas ada promo tersembunyi. 

Selepas aku klik add to cart kat situ, dia akan pop-up macam kat bawah ni. Hah sila pastikan betol ke ko nak beli yang tu. Then bila dah pasti, boleh lah klik 'go to checkout'.




                                                          ISI MAKLUMAT

Okay, ini part paling penting

Section 1: REVIEW YOUR CART


1) Pass protection (20euro)



Pass protection ni PENTING dan WAJIB dibeli jika anda seorang yang culas, clumsy, cuai dan yang sewaktu dengannya. dan jika anda ada bajet lebih, maka anda digalakkan beli pass protection ni. Bukankah prevention is better than cure. Kelebihan dia: 

Eurail Pass Protection gives you total peace of mind during your trip for only a small extra fee as it covers the cost of replacement tickets up to the remaining value of your Eurail Pass, if it gets lost or stolen. Only available during your check-out process.Terms and Conditions apply.

-          
2) Activate your Eurail Pass now




PENTNG! Yang ni, bergantung dengan cara kau melancong. Sama ada kau melancong dengan pelan yang teliti atau tidak. Kalau aku, aku ni well-planned, so aku dah ada tarikh bila aku nak mula guna pass ni.

So, jika korang dah ada tarikh tetap untuk ko travel, hah boleh masukkan tarikh hari pertama kau nak guna pass ni. Kalau masih tak sure, aku sarankan JANGAN tempah risiko untuk letak tarikh sebab tak boleh dipinda dah taw. Jangan amalkan “alah, letak je dulu, tak pe”. No no.

Apa jadi kalau untick? Bila nak activatekan pass tu?
= Kalau korang untick, means, korang masih diberi peluang untuk fikir bila korang nak mula guna pass tu. Dan, kau boleh activekan bila kau nak mula travel nanti di kaunter. Itu langkah yang paling selamat kalau kau rasa tak sure tarikh travel kau. Yer aku faham, nak beli dulu kan sementara tengah murah ni. hihihi 

3) Eurail Travel Pack



Free jer. Cuma perlu pilih Bahasa. Nak selamat pilih Bahasa jawi. Eh



Shipping country and speed




Jika kau tinggal kat Malaysia dan ingin ia dipos ke Malaysia, jangan risau sebab pass ni dipos dari Singapura. Bukan dari Netherland ke apa. So, dalam masa seminggu dah boleh sampai dah parcel tu. 
Shipping courier- Skynet. (mungkin boleh berubah).

Pilih yang standard shipping jer yang bernilai 9euro tu.. cepat jer sampainya, sama cepat dengan premium shipping. trust me!



SECTION 2: TRAVELLER DETAILS





Starting date- kalau kau tick activate eurail pass tadi, maka kotak ni akan appear. Ini adalah tarikh kau nak mula travel. Tarikh yang kau pilih tu akan tertulis dekat Eurail pass kau. 

Masa ni jugak, ibaratnya kau tengah 'booked/checkin' tren kau, sebabnya kau kena masukkan nama, birthday, dan passort number. 

Ketiga-tiga ni wajib betul maklumatnya sebijik macam passport kau. Sebabnya kalau salah, alamatnya kau akan DIDENIED BOARDING!!!! 

Kalau kau tak renew lagi passport, jgn gatal2 isi ni, please untick activate your pass dan pergi renew passport dulu.

Hah, jangan pandang ringan yer. Maka berhati-hatilah memilih tarikh.



kat atas ni plak adalah apa yang akan keluar apabila kau untick box Activate your pass online. Depa cuma akan minta nama dan country and residence jer. Ini dikira playsafe lah bagi aku. Tapi aku tak buat pon macam ni. hahahha


Selebihnya kau isi je lah maklumat macam biasa. Pastikan semua betul ye.


SECTION 3: SHIPPING DETAILS




Kalau kau beli pass ni last minit, mungkin kau risau kau tak sempat nak dapat pass ni dipos kat rumah ko.. So, kau boleh je masukkan alamat hoteL yang kau akan menginap nanti. Pastikan kau inform hotel tu juga taw pasal pass kau yang akan dipos tu. Nasihat aku, jangan amalkan last minit, aku risau kau konfiden jer pass tu sampai sebelum kau fly, last2 tak sampai. tak ke rugi. 

Alhamdulillah done beli! Yeayy.

-------------------------------------------------------------------


Seterusnya.. reserve seat, SILA BACA DISINI.



QnA  Eurail Pass

Ini antara soalan yang aku dapat.

Betul ke Eurail pass ni lagi jimat dari naik bas?

J- Jimat ni banyak maksud. Jimat masa,duit dan tenaga.

Tren ni aku boleh cakap ia dapat jimatkan masa dan tenaga je. Sebab dah sah harga tiket tren lagi mahal daripada harga tiket bas. 

Dan bila kau pilih bas, ya kau dapat jimat duit, tapi masa dan tenaga kau tak akan dapat jimat. 

Ok, let  me explain, how possible travel by train can save our time and energy?

Firstly, if kalau korang sanggup berjehek dalam bas for 6-12 jam setiap hari dari 1 tempat ke 1 tempat. No hal naik bas. 
Kalau korang jenis, jarang rasa nak terkencing, no hal naik bas. 
Kalau korang jenis ok jer mereput dalam bas. No hal naik bas.

Kebanyakan lokasi, terutama jika jauh seperti Barcelona-Paris, Paris-London, Amsterdam-Berlin. Perjalanan amatlah jauh(lebih 5jam). Paris-London tak silap 10-12jam naik bas. If naik tren, 2jam jer. Yes, korang save 10jam weh! Kenapa nak habiskan your precious time in bus rite? 10jam bukan sekejap kan.

Second, yang istimewanya travel naik tren ni. iaitu, kau boleh jalan2 dalam tren, ada tren yang 2 tingkat taw seperti di Netherland.

Second, tren ni ada café section dan toilet, so korang takdelah mereput jer kat seat dan tak perlu paksa driver untuk stop sbb korang nak terkencing. Hehe. Tak dilupakan, korang boleh enjoy the moment in train.

Dan paling penting, tren ni lagi selesa dari bas. Kalau tambang bas 10euro, tren 15euro, aku suggest naik tren je lah if long journey. Kalau short journey, that’s fine. Apa2 pun, ikut keselesaan dan budget korang. p/s: Jangan nak cheapskate sangat sampai keselesaan tergadai.

If ada soalan seterusnya. Silakan bertanya. Inshallah aku jawab dan share kat sini dan blog.

Alhamdulillah selesai sharing session mengenai Eurail pass. Dah nak dekat setahun beli, baru terajin nak tulis.

Terima kasih kerana membaca. Bacalah lagi. 

Ad Code

Responsive Advertisement