Allah beri jodoh yang kita ‘PERLU’, bukan yang kita ‘MAHU’!
Kalau betul dia jodoh kau, Allah pasti akan gerakkan hati
kedua-duanya untuk bersama wey!
Ini 10 tanda dia akan menjadi jodohmu!
1.BERASA SELESA
Antara tanda dia jodoh kita boleh dirasa dari segi perasaan
selesa yg kita alami.
Contohnya, adakah kita selalu rasa tenang bila bertemu
dengannya? Tak serabut kepala or rasa tertekan.
Jika ye, mungkin kerana adanya keserasian!
2. DIA MEMAHAMI KITA
Jika dia adalah pasangan kita yang telah ditentukan di Luh
Mahfuz, sudah tentu si dia itu sangat boleh membaca minda dan gerak hati kita.
Bila korang murung je, dia orang pertama yang detect dan
akan tenangkan kita.
3. JUJUR DAN BENAR
Jika anda perasan, selalunya orang yg jujur dgn kita akan
selalu menjadi dirinya sendiri.
Dia TAK PERLU JADI FAKE utk menyenangkan hati kita.
Jika pasangan anda ada sifat asli ni, mungkin ia adalah
tanda seseorang itu jodoh kita.
.
4. Sudah Bersedia untuk Menggalas Tanggungjawab
Satu tanda dia jodoh kita adalah tanpa berlengah, dia sudi
untuk membawa kita bertemu dengan ibu, bapa dan adik beradiknya yang lain.
Sebab dia dah nampak masa depan kita bersama dia.
5. Sanggup Berkorban
Adakah pasangan kita selalu menunjukkan sifat membantu atau
sanggup berkorban untuk kita?
Jika dia sanggup buat perkara yg menyentuh hati, sudah
terbukti ada rasa sayang dan ikhlas dlm hatinya untuk kita – itulah tanda
jodoh!
6. Selesa Meluahkan Masalah Tanpa Rasa Dihakimi
Percaya atau tak, ada sesetengah orang mampu utk membuatkan
kita rasa teragak-agak utk berkongsi masalah dengannya.
Namun, jika anda tak berasa sebegitu dgn pasangan anda, ia
adalah petunjuk yg bagus.
7. Gaduh Kejap2 Je
Dah pasti, dlm setiap perhubungan, ada pasang surutnya.
Gaduh tu pasti. Jika anda perasan yg si dia tu sifatnya
susah marah dan cepat sejuk, maka dia sememangnya calon yg sesuai dan yg anda
tunggu2 selama ni – ia jodoh dari Allah.
8. Dia Ambil Berat Akan Anda
Ya, ada setengah orang mungkin menyayangi kita, tapi dia
betul ambil berat tentang kita ke?
Jika seseorang itu mmg jodoh kita, dia akan selalu tanya
khabar, ingin tahu keadaan semasa kita, dan sudi luangkan masa dgn kita.
.
9. Rasa Percaya yang Kuat
Lagi tanda dia jodoh kita adalah ada rasa percaya yg kuat
antara kita dan dirinya.
Jika anda selalu tertanya adakah dia curang di belakang
kita, tu adalah tanda yg belum ada rasa percaya yg kuat, dan itu boleh jadi
isyarat yg tak baik.
10. Hubungan Terjadi Tanpa Dipaksa
Jika anda perasan yang hubungan anda dan pasangan berlaku
secara sendiri atau rasa sayang itu hadir tanpa dibuat-buat, maka mungkin ini
adalah tanda seseorang itu jodoh kita!
Info ini diambil dari SINI . Ianya bukan idea mira 100%. Mira cuma olah sahaja supaya lagi menarik untuk dibaca. Semoga bermanfaat!
Sebagai kredit terima kasih, jika kalian tercari-cari khidmat jurugambar bertauliah dengan kualiti kerja yang bagus. Boleh lah ushar website AWANTONA ni.
Bestnya Awantona ni sebab :
📓 Album siap dalam masa
25 hari je!
🛠 Warantty album selama 1
tahun tau.
📸 Pengalaman lebih 6
tahun dalam bidang photography.
🧭 Sangat fast respon
& sporting semasa bekerja.
🤸🏼♂️Ajar
korang posing sampai korang puas.
Mira kongsikan beberapa hasil kerja awantona ni, pergh merecik hawauuu. terbaikkk
Social Plugin