INTERNSHIP DI SIRIM SHAH ALAM -part1

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua.

So hari ni aku nak kongsikan pengenalan pengalaman aku jalani latihan SIRIM Berhad HQ Shah Alam pada tahun ini.  

Alkisah, masa apply tempat intern haritu, aku apply 3 tempat jer dulu iaitu sirim, farmfresh n chemlab.
farmfresh tu aku saja je apply sebab berkenan nak kerja bahagian RnD n QC. chemlab tu plak sebab reachable by LRT. tu jer. haha. SIRIM plak sebab dekat dengan rumah. So, antara 3 ni, SIRIM lah yang paling sesuai untuk aku intern sebab kena dengan kos aku.

Proses nak apply internship di IBRC ni semudah ABC. Boleh apply DISINI .
Lepas dah submit tu, nanti akan dapat emel untuk emel resume ke HR.

Ramai tanya aku bila HR akan reply email?
Ikut pengalaman aku, aku dapat email selepas 2 MINGGU. Ada kawan aku yang HR call dulu mereka, mungkin sebab rumah mereka bukan di Shah Alam. 

Aku mungkin terus dapat offer sebab rumah aku di Shah Alam dan bahagian yang aku minta tu memang kena dengan aku. 

Disclaimer: Aku TAKDE 'kabel' walau satu pun dalam SIRIM ni.  

Walaupun mak aku kerja PET*****, tapi aku takde pun suruh mak aku adjust aku untuk intern kat situ. Aku ada je apply tapi rezeki aku ada di SIRIM ni. Alhamdulillah.

OK sambung. 

Kalau korang tinggal kat shah alam, kemungkinan besar anda akan diterima terus macam aku. tapi kalau kalian tinggal luar selangor (rumah jauh dari SIRIM contoh di Kedah), rasanya HR akan call dulu tanya apa yang patut contohnya kalau intern nanti duduk dengan sapa etc.

then if diterima, korang kena inform balik lah sama ada korang jadi intern ke tak dengan dorang. jangan buat senyap je yer. 

So, pada hari pertama. Aku pergi keja dengan taxi dengan auntie cleaner yg keja kat sirim jugak. Punca naik teksi sebab bas rapid tak muncul2 padahal masa tu dah nak pukul 8am dah. Tak mahal pun, rm10 jer. kalau naik grab boleh dpt rm7-9 cmtu. 

Sampai jer kat main entrance tu, aku perlu ke blok 5 dulu untuk lapor diri. Blok 5 tu adalah bangunan yang paling tinggi yang ada word sirim kat atas sekali tu. 

Lepas tu naik lif ke tingkat 8, keluar lif, terus ke KIRI. dan tunggu lah situ untuk regist.

Setel regist, aku terus ke blok aku ditempatkan. Maaf ia RAHSIA. Btw bangunan kat dalam SIRIM tu ikut blok so senang korang nak cari. 

Sampai je kat blok ***, sepatutnya aku kena jumpa supervisor aku, kak ABC. tapi dia takde haritu tapi dia ada whatsapp aku untuk aku buat reading materials. read and summarize. 
 

Best ke intern kat sini?

aku rasa soalan ni subjektif. Bagi aku plak, TAK  BERAPA BEST walaupun tempat aku intern ni memang sesuai sangat2 untuk student kos aku, kenapa??? haa sila baca part 2.

Weh maaf tau aku terpaksa hide post part 2 tu sebab entah lah aku tak nak lah jadi mangsa keadaan. Jadi, kalau korang ada nak tanya, korang tanya je terus ok. Jangan malu-malu. 

Ok, kalau korang nak tahu di SIRIM tu ada tak bidang yang related dengan kos korang, korang cuma semak disini https://www.sirim.my/services/industrial-research .

So, walaupun korang dapat offer internship kat SIRIM, jangan lah main terima je membabi buta sebab excited. Cek dulu dapat blok mana, bahagian apa, apa jobscope. Selagi boleh dapat intern tempat yang sesuai dgn kos korang, utamakan yang tu dulu. 

Kalau tak pasti, boleh call dulu tanya kat mana tempat korang sesuai dengan kos korang.  

Belajar apa di SIRIM? 


Soalan ni SANGAT subjektif sebab ia bergantung kepada supervisor la. Kalau SV korang ada terfikir untuk bantu masa depan korang, dia akan bagi la task yang bermanfaat kat korang. Jika tidak, nasib korang ler.  

Ada public transport tak ke SIRIM ni?

Ada. kat Shah Alam ni ada banyak bas tau. Ada 3 jenis je la yg aku tahu iaitu
- Bas Rapid KL
- Bas Selangorku
-Bas Komuniti 

Tips cari bilik/rumah sewa jika ingin intern di SIRIM jika tiada transport(kereta/motor).

1. Check bas apa yang lalu depan SIRIM, ni senarai penuh DISINI.
kat bawah ni plak route bas yang aku tahu lalu kat bustop SIRIM.
753 

2. So kat mana2 bustop yang bas ni lalu, korang boleh lah tengok bilik sewa kat tempat tu. Cntohnya di Pangsapuri Baiduri tu, memang banyak bas lalu kat situ dan lalu SIRIM. So, korang tak perlu bergantung kepada 1 bas je untuk ke tempat kerja. Best kan? 

3. Walaupun seksyen 7 ni kawasan hotspot student, tapi korang kena double check kat situ bas yang lalu situ dorang pergi tak sirim. kalau tak lalu, sia2 je duduk dekat dengan sirim kat sek 7 tu, baik la menyewa kat Seksyen 16 sebab bas T754 lalu situ. 

4. Tak lama lagi akan ada LRT dekat dengan SIRIM so tak perlu risau lagi kalau korang tinggal kat PJ ke KL ke, still accesable utk ke tempat kerja. 

Tapi kalau korang ada kereta, tak kisah pun nak tinggal kat mana2 aku rasa. 

SIRIM bagi elaun ke?
Ya bagi tapi tak banyak lah. Berapa? Itu aku tak boleh bagitahu, Tapi kalau korang nak tahu juga, bolehlah pm tepi. Tapi... ada juga yang tak dapat elaun ye.  Oh ya, elaun tu hanya mampu support makan korang separuh bulan jer. itupon klaau korang makan rm7-10 sehari. 

Rasanya tu je kot. 

Ad Code

Responsive Advertisement