Assalamualaikum semua. Salam PKP. Siapa pernah pergi Turki disini angkat kening!
Ok, siapa pernah pergi ke Bulgaria dari Istanbul naik tren, angkat tangan!
Tahukah anda, jika anda ingin ke negara Balkan, tidak semestinya anda kena naik kapal terbang. Naik keretapi juga boleh tau. Bas tak pastilah pula, kalau ada yang pernah naik bas, boleh kongsikan.
Tapi rasanya naik keretapi lagi selesa berbanding bas. betul tak?
Haritu sebelum masa aku pergi Balkan tu, tak terfikir lah plak nak naik tren dari Istanbul. Mungkin sebab excited sangat nak pergi Kotor. haha. nampak gayanya kena repeat lah kot trip Turki ni. hehe.
Aku dapat idea ni lepas jumpa posting Sis Aqilah Shah . group BBM. Jadi, disebabkan aku bercadang untuk ke Turki lagi sekali walaupun tak tahu bila, jadi lebih baik aku bersiap siaga dari sekarang.
Jemput baca!
CARA KE SOFIA, BULGARIA DARI ISTANBUL
MENAIKI KERETA API
ISTANBUL- SOFIA
Beli tiket di - Stesen SIRKECI
Harga tiket seorang- 198 lira
Tempoh perjalanan- ~ 10 jam.
Platform -4
Kekerapan tren Istanbul-Sofia- Sekali sehari
5 Jun hingga 5 Oktober setiap tahun: 9.40pm
6 October hingga 4 Jun
setiap tahun : 10.40pm
Boleh pilih nak couch jenis apa.
1. € 10 suplemen untuk couchette in 4-berth compartment.
2. € 15 untuk bed in a 2-bed sleeper
3. € 27.72 – single-bed sleeper untuk first class.+ € 35 sleeper supplement
Setiap katil disediakan tilam, bantal selimut dan cadar. Ada juga peti ais dan didalamnya ada air mineral, air jus dan biskut. Sinki pon ada kalau nak cuci muka ke apa.
CARA BELI TIKET
Walkin sahaja. Beli di Kaunter. Pergi ke Stesen Sirkeci window 4. Kredit kad diterima. Nak beli hari korang nak bertolak pun boleh. Bergantung kepada kekosongan.
CARA KE STESEN HALKALI
Bergantungn lokasi anda dimana, kebiasaannya pelancong akan tinggal di hotel yang berhampiran dengan tram. Jadi, naik tram ke Sirkeci. Kemudian, cari tren bawah tanah Marmaray ke Halkali(stesen terakhir).
Kekerapan tren: 15 minit
Jarak perjalanan [Sirkeci-Halkali] – 35 minit.
Tambang sehala: 11 lira
Taxi dari pusat Istanbul: ~60 lira.
Sempadan Turki untuk cop passport
1.
Kapikule
01:32-02:30 June-October
02:31-03:15 in the off-season
Ketika di Bulgaria, ada pegawai imigresen datang cop
passport juga, bersedia dengan soalan umum seperti:
1.Pertama kali ke Bulgraria?
2. Nak pergi mana? – jawab Sofia
3. Nak buat apa kat situ(Sofia)? – jawab travel as tourist
4. berapa lama di Sofia?
5. Dah tempah hotel? – kalau dah tempah, tunjuk lah tempahan
tu. Kalau tak tempah or day trip jer, kabo je la.
DARI SOFIA KE ISTANBUL
Seorang: 70 leva
1 leva: ~rm2.30
DARI SOFIA KE BELGRADE
Mulai 12 June hingga 20 September [DIRECT TRAIN]
Bertolak: 0930
Sampai: 1818
Mulai 21 September sehingga 11 Jun
Bertolak: 0930
Pertukaran stesen di Dimitrovgrad : Sampai disini jam 1030,
bertolak jam 1125.
Pertukaran stesen di Nis : sampai disini jam 1444, bertolak
semula jam 1550
Sampai ke stesen Belgrade Centar jam 2104.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^