MIXED DORM UNTUK MUSLIM?

Assalamualaikum semua. Topik kita hari ini mengenai mix dorm.

Disclaimer: Ini adalah pendapat aku dari kacamata seorang backpacker(bersama kawan perempuan) di negara Eropah/Balkan. Jika korang tak setuju. Tak salah. Masing-masing ada pendapat kan. Jadi, tolong baca dengan positif.

DILARANG COPY POST INI DAN DILARANG KONGSIKAN KE MANA-MANA PLATFORM. POST INI KHAS UNTUK BLOG INI SAHAJA.


8 Bed Mix Dorm | Hongdae Lazy Fox Hostel In Seoul
Sumber: Google photos

Sebelum aku pergi lebih jauh, izinkan aku senaraikan dahulu jenis bilik yang terdapat di dunia ini untuk traveller (bukan untuk family yang ada mak ayah dan anak-anak ye).

1. Mix dorm (4-10 bed) 
Tempah katil, bukan bilik.
Paling murah, Serendah 4 euro sehingga 20 euro 1 malam
lelaki perempuan boleh tempah bilik ni.

2. Female dorm (4-10 bed) 
Tempah katil, bukan tempah bilik. 
kedua termurah selepas mix dorm. kadangkala sama jer harga dengan mix dorm
Serendah 10-30 euro 1 malam. 
Hanya wanita sahaja yang boleh menempah katil di asrama ini.

3. Private room  (2 bed) + private bathroom 
Tempah bilik.
 ini seperti di kebanyakan hotel di Malaysia. Tandas ada didalam bilik. 
harga biasanya dua hinga empat kali ganda lebih mahal daripada mix/female dorm.
 (30-80 euro satu malam)

4. Private room (2-4bed) + shared bathroom 
Tempah bilik.
Tiada tandas didalam bilik/tandas diluar bilik. Perlu kongsi dengan bilik lain. harga dua kali ganda lebih mahal daripada mix/female dorm tetapi murah sedikit daripada No 3. 
(25-50 euro satu malam)


Ok, jadi daripada 4 pilihan dorm ini. Sudah tentu pilihan bagi kita (bagi yang Muslim terutamanya) ialah No 3 dan No 4 kerana Islam mementingkan privasi ketika di tempat tidur.

Tetapi....

Bila kita travel, ada benda lain yang kita perlu consider selain tempat tidur privasi ni iaitu:

1. Lokasi hotel - jarak dari city centre
2. Harga setiap bilik

Dua benda ni memang sangat-sangat perlu diambil kira sebab ia mempengaruhi bajet kita. Untuk yang bajet masyuk mungkin boleh abaikan no 2 tu. hehe.

Boleh jadi harga bilik private 15 euro tetapi lokasinya 10km dari city centre.
Boleh jadi harga bilik female/mix dorm 15 euro tetapi lokasi 1km dari city centre.

Aik, harga sama jer private room  dan female dorm, baik ambil private room.

Jika aku, aku pilih no 2 tu. sebab jarak dari city centre main peranan. Traveller faham la kot kenapa kan.

kat bawah ni adalah contoh harga bilik di Belgium.

p/s: Aku tabik kat hostel ni sebab dia asingkan dorm lelaki dengan wanita. Takde mix dorm wlauapun di negara barat. Tahniah!!

Bila tengok harga kat atas ni, yang mana kalian akan pilih? Jika aku travel berdua(dengan kawan perempuan), sudah tentu aku pilih 4 BED FEMALE DORM ENSUITE.  Kenapa? Sebab itu yang termurah dan harganya sangat berbeza dengan 2 bed dan 4 bed private.

Apa beza 4 bed female/mix dorm dengan 4 bed private?
4 bed female/mix dorm - dalam bilik tu ada 4 katil, dan korang tempah KATIL korang jer. 3 katil tu boleh dihuni traveller lain.
4 bed private - dalam bilik tu ada 4 katil jugak, dan korang tempah BILIK tu, jadi 4 katil tu automatik jadi milik korang.


kalau yang 4 bed private tu, cuba korang kira semula, 108 bahagi 4 adalah 27 euro. Jadi harganya SAMA jer dengan katil female/mix.

Konklusi disini adalah, jika korang travel berempat, maka tempahlah 4 bed private tu.  Jika bertiga, ia bergantung kepada bajet korang. kalau tak kisah 108 euro bahagi 3, silakan tempah. Sila kisah, tempahlah female dorm.


Hostel di Sarajevo. 

-------------------------------------------------

Alrite, jadi kita masuk topik utama iaitu Mix dorm untuk muslim? Sesuai kah?


Bila kita travel ke negara barat/eropah. Sudah tentu kebanyakan penghuni hotel adalah orang bukan islam betul?

 Jadi, apa beza tinggal di:

female dorm yang kesemuanya non muslim 
vs 
mixed dorm yang kesemuanya juga non-muslim

Takde beza kan dari segi aurat yang perlu ditutup. Cuma ada tambahan beza iaitu... daripada sebilik dengan lelaki non muslim, lebih baik sebilik dengan perempuan non muslim. Aku setuju part ni!

Ya aku tahu, isu mixed dorm ni, agak sensitive bagi muslim traveler. Sebab bagi kalian, tinggal di mix dorm ni lebih banyak mudharat berbanding manfaat bagi seorang muslim. Betul ke betul?

Tak apa jangan risau, dibawah ini aku senaraikan 5 sebab kenapa kita kena elakkan tempah mix dorm. 

1. TIADA PRIVASI

Yelah dah namanya campur lelaki perempuan.

100% privasi anda direnggut jika anda muslim.

 Lebih-lebih lagi jika anda jenis:
- takleh tinggal baju tidur yang nipis dan seksi
-tak pakai pakaian kecil kat dalam tu
-selalu mengigau/berjalan waktu tidur
-kaki tak duduk diam waktu tidur a.k.a terkangkang terajang gusti waktu tidur
-suka pakai kain pelikat/batik


Semua golongan diatas memang memerlukan privasi ketika tidur dan anda di'haramkan' untuk guna mix dorm ni.

Terutama bagi muslimah berhijab, waktu di biliklah masanya untuk anda melepaskan rambut daripada 'penjara' tudung. Dahlah berjam-jam pakai tudung. So, bila lagi nak freehair kan? di bilik lah betul ke betul?Maka, di dalam bilik juga ibarat didalam penjara (tak boleh tanggal tudung). Jadi, privasi sangat diperlukan ketika ini kan.


2. TEMPAT MANDI

Biasanya kalau dorm ni, sah-sah lah tandas di luar bilik. Manakala bilik private ni plak, ada yang tandasnya di luar dan di dalam bilik. Sudah tentulah tandas di dalam bilik lebih selesa sebab kita boleh tanggal baju dan seluar siap-siap dan masuk ke tandas bertuala. Lepas mandi pun boleh bertuala jer.

TAPI.. kalau tandas diluar bilik, nak masuk tandas kena pakai lengkap berpakaian tanpa stokin (nanti basah) dan habis mandi pun kena lengkap berpakaian dan pakai tudung bila keluar tandas. Tak selesa kan? 

Tapi kan, bukan kah kalau korang(wanita) kat rumah orang (yang ada lelaki bukan mahram). sama jer benda yang korang kena buat (tutup aurat). Melainkan dengan non-muslim anda strict bab aurat tapi dengan lelaki sedara mara anda ambil mudah, itu aku no komen lah.

Tandas kat luar bilik ni bukan bermakna bila anda mandi, orang lain boleh tengok. No. bukan. tandas dia sama je konsep bila anda tinggal di asrama.

Cuma, ada sesetengah hotel, tandas ni dia buat spesifik untuk lelaki dan wanita. yang tu biasanya klaau tandas tu ada banyak tempat mandi. tapi kalau tandas satu-satu. yang tu biasanya open je lelaki perempuan boleh guna. 

My point is, tempat mandi tu tak berapa private mcm yang aku cakap mula-mula tadi. 

3. KESELELAMATAN

Adakah anda pernah baca berita ini? 

1. Backpacker, 25, r#### and k@#$% in first country she visited on round-the-world trip
Lokasi: Costa Rica
Baca artikel penuh disini: KLIK SINI 

2. Two backpackers k@#45 in Morocco. 
Lokasi: Morocco 
Baca artikel penuh disini : KLIK SINI 

Dua kes ni ada kaitan ke dengan mix dorm? ok sebenarnya tak de kaitan sangat pun, dan mereka ini dibu%^& sebab tinggal di mix dorm.

Mesti anda pernah terfikir, selamat ke tinggal kat mix dorm ni? dah lah campur lelaki perempuan yang kita tak kenal, manalah tahu ada yang Islamo%^&*(, yang nafsu ntah apa2. 

Fuh, lelaki zaman sekarang bukan boleh percaya. Entah-entah time kita tidur, dia pergi kat katil kita dan buat bukan-bukan. Fuh takutnya. Tak pasal-pasal jadi mimpi ngeri pulak.

Lagi sadis, dia culik kita, bawak pergi entah memana lepas tu rogol, seksa dan bunuh. Nauzubillahi min zalik.

Lagi-lagi kalau dalam bilik tu kita seorang je wanita, yang lain semua lelaki. Jadi mangsa nafsu serakah. Nauzubillahi min zalik.

power tak overthinking aku? OK semua ni tak mustahil untuk jadi even kalau korang tinggal di bilik private. tapi tahukah anda, tinggal di mix dorm lebih selamat berbanding private room. kenapa? teruskan membaca. jawapan ada kat bawah2 sikit ye. 

oh ya lagi 1, MABUK. dah lah bercampur dengan non muslim ni, lepas tu malam-malam dorang minum arak pastu mabuk pastu tak sedar pastu serang kita. Ada kemungkinan juga kan? 



4. TAYANGAN PERCUMA a.k.a FREE SHOW a.k.a DOSA 'kering'


Omputih ni, bukan macam kita. Kita ni kat luar rumah sopan tutup aurat, kat dalam bilik tshirt n short jer. tapi bila ada tetamu kat rumah, kita akan pakai sopan sikit betul tak?

tapi mereka ni, kat luar dengan kat dalam bilik pun sama pakaiananya. Seluar pendek itu kan dah jadi pakaian rutin dorang lagi-lagi musim panas ni.

Cara paling senang nak elak ni ialah tundukkan pandangan. Setel! 

5.  MARUAH

Sebagai seorang muslim, seharusnya elakkanlah tinggal campur lelaki dan wanita ni. Dalam Islam, banyak perkara yang digalakkan dibuat asing, inikan pula bilik tidur. Allahu, dah takde bilik lain ke sampai nak tidur di bilik campur lelaki perempuan! Maruah kau mana!!!!! ok done over. 

Memang kita disarankan untuk menjauhkan diri daripada menempah kemudharatan dan perlu menjaga maruah sebagai seorang muslim terutama wanita.

Okay! Dan untuk wanita muslim, sudah tentu anda perlu bertudung 24jam jika tinggal di mixed dorm. kan aurat kita dengan non-muslim, sama macam aurat dengan ajnabi. melainkan anda free hair.

SETERUSNYA,, jom baca

KELEBIHAN TINGGAL DI MIXED DORM


Ok aku tahu ada yang anti mixed dorm ni. Ini sekadar perkongsian aku.

Itu jer. Korang ada pengalaman best tak masa tinggal di mixed dorm hostel? sharelah. 

Ad Code

Responsive Advertisement