Pengalaman Final Year Project -part 1

Assalamualaikum semua, salam Ramadhan al-Mubarak.

Tak ada siapa pun yang minta aku buat post ni, aku memang saja nak post untuk kenangan sekali seumur hidup.


Di UIA Kuantan ni, khususnya untuk kos Bioteknologi. Kami diberi 2 semester untuk siapkan FYP. iaitu pada Semester ke 7 dan 8 iaitu sem 2 dan sem 2.

Masa ni kami tahun ke empat a.k.a tahun terakhir.

Pada semester 1, kami perlu menyiapkan proposal dan bentangkan. Setelah itu, barulah boleh mula projek .

FYP kami ni adalah INDIVIDU ye. Bukan berpasangan. Ini bermaksud dari mula buat proposal tu sampai lah pembentangan hasil projek, semuanya secara individu.

Tetapi disebabkan aku dan 2 orang lagi kawan adalah special kes. sebab kami extend study sebab pergi exchange study haritu tu, so aku ambil FYP I ni masa sem 2 tahun ke-4 a.k.a sem 8.

ada yang tanya, kalau pergi exchange study tu memang kena extend study ke?Jawapan aku adalah  TAK PERLU melainkan anda special kes mcm aku. nak tahu sejauh mana specialnya tu sila pm tepi.

Perjalanan aku sepanjang FYP ni, aku boleh katakan agak rileks dan tak stress. tak macam kawan-kawan aku yang lain yang serious giler dengan FYP dorang. Kenapa aku tak stress? Sebab aku pilih untuk tidak stresskan diri aku, semuanya disebabkan 1 sebab ni. nanti la aku cerita yang ni.

Apa tajuk FYP aku?

BIODEGRADATION OF PETROLEUM HYDROCARBON BY BIOSURFACTANT PRODUCING BACTERIA ISOLATED FROM PETROLEUM SLUDGE.

Untuk  yang ada latarbelakang  sains, tajuk ni mungkin korang faham, tapi untuk bukan sains, ini bahasa mudahnya,

projek aku ni mengenai sejauh mana bakteria dari lumpur petroleum yang boleh uraikan petroleum hydrocarbon.

Jom baca abstrak projek aku.



Di post akan datang aku cerita plak apa yang aku buat dalam projek aku ni.






Post a Comment

1 Comments

  1. deal dengan microbe jadi satu challenge. silap langkah "sila repeat" hahaha! love your entry sharing pasal ni

    ReplyDelete

Thank you for your comment ^_^

Ad Code

Responsive Advertisement