Assalamualaikum semua. Apa khabar?
Tujuan aku menulis ini untuk meluahkan rasa gembira kerana telah menamatkan pengajianku di IIUM Kuantan.
Peh lama betul belajar sampai 8 tahun untuk dapat degree padahal bukan kos medik pun.
Yezza, itulah lumrah pelajar di UIA. Jika anda bijak, boleh lah anda habiskan asasi+ degree dalam masa 5 tahun je iaitu 1 tahun asasi dan 4 tahun degree.
Aku? 2 tahun asasi + 6 tahun degree. 2013-2020 . Lama betul. Kawan-kawan semua dah habis dah degree dorang seawal umur 22-23 tahun. Aku ni 25 baru habis.
Setiap yang berlaku kan ada hikmahnya. Aku positif je habis lambat pun sebab jalan hidup masing-masing berlainan dan tak perlu pon nak ikut orang lain.
Ya memang lebih baik jika habis awal tapi kalau dah ditakdirkan habis lambat. Ok je.
Nak tahu tak, walaupun aku extend study 2 semester panjang tapi yuran pengajian yang aku bayar adalah untuk 8 semester sahaja. bukan 8 semester.
Kenapa? Sebab masa aku pergi exchange haritu, aku tak perlu bayar yuran pun. Jadi, pada semester ke 9, aku bayar yuran seperti biasa dan itu adalah kali ke 8 aku bayar yuran. Manakala, pada semester 10 aku hanya perlu bayar yuran intern iaitu RM15. Eh faham ke? tak faham tak apa lah.
So, dah bermulalah pencarian kerja aku. Untuk permulaan, aku fokus untuk mendapatkan kerja bahagian yang aku belajar ni. Antara jawatan yang sesuai untuk aku pohon adalah:
Medical Laboratory Technologist | Microbiologist | Molecular Biologist | Research Assistant | Pembantu Penyelidik | Lab Assistant
Ok itu je yang aku ingat.
Akhir kata..
SEMOGA AMIRA YUSOF DAPAT KERJA YANG BAGUS, BOS YANG BAIK DAN GAJI YANG BERBALOI. Aminn..
0 Comments
Thank you for your comment ^_^