5 PERKARA PELIK TAPI BENAR DI TURKI -PART 1

 

Assalamualaikum,

tiba-tiba Mira terfikir untuk kongsikan perkara ini. 

Buat masa ini Mira kongsikan 5 dahulu, jika anda nak tambah, sila komen dibawah. Mira akan kumpul dan buat part 2 dan seterusnya. Ok? 

Dan 5 perkara ini antara perkara pelik tapi benar yang anda akan dapati di Turki.


1. WANITA MEROKOK ADALAH PERKARA BIASA (TERMASUK YANG BERTUDUNG)

Jika di Malaysia, selepas makan. Para lelaki (yang merokok) akan keluar dari rumah/kedai untuk merokok. Betul kan para perokok lelaki sekalian? 

Para wanita di Malaysia buat apa? 0.01% sahaja yang akan join laki dorang merokok. Betul tak? Itu pon rare. Kalau jumpa tu kira untung lah.

Tetapi di Turki, jangan pelik lepas makan, si lelaki dan wanita sama-sama merokok.

Pengalaman Mira (yang Mira ingat setakat sekarang)

1. Masa tu Mira ada di sekolah private sebab ada acara. Kemudian, selepas makan tengahari. Kami (pelajar perempuan Malaysia) semuanya masuk semula ke dalam bilik. Boleh plak ada sorang cikgu perempuan ni ajak kami semua merokok kat rooftop. Cikgu perempuan tu ajak kami yang perempuan yer.

2. Masa tu Mira baru sampai di airport Sabiha Gokchen, dah setel ambil beg apa semua. Mira pun keluarlah untuk tunggu HAVABUS untuk ke Taksim. Boleh plak orang-orang yang menunggu tu 70% merokok baik lelaki dan perempuan. Ada yang laki bini merokok. Mira tersenyum je tengok gelagat. Mungkin gian nak isap rokok kot. hehe.

Apa-apa pun korang jangan tegur plak kalau tengok wanita Turki yang merokok lagi2 jika mereka bertudung. Sebab tu perkara biasa bagi dorang. Tapi bestlah untuk lelaki, boleh pinjam lighter dari wanita. hehe. Mungkin ada sejarah di sebalik peristiwa tu.

P/S: ramai jer wanita Turki tak merokok ok. Mira bukan maksudkan semua wanita Turki merokok. 


2. MUSLIM MEMEGANG DAN MEMELUK ANJING, MEMBELA ANJING DI RUMAH

Kalau di Malaysia, yang bela anjing ni sudah tentulah orang cina dan India yang bukan beragama Islam. Yang Melayu ada juga yang bela tapi untuk jaga tanaman, rumah dan sebagainya.

Tetapi di Turki, yang bela anjing ini kebanyakkannya orang Islam sendiri.

Kenapa?

Sebab rakyat Turki ada yang bermazhab Hanafi, anjing tu boleh dipegang. 


Mazhab Syafie dan salah satu riwayat dalam Mazhab Ahmad bin Hanbal ialah anjing keseluruhannya adalah najis, termasuk bulunya.

Sementara pendapat Mazhab Malik, anjing itu kesemuanya bersih termasuk air liurnya.

Adapun Mazhab Hanafi dan salah satu pendapat lain daripada al-Imam Ahmad bahawa bulu anjing itu bersih, sementara air liurnya najis. 

 (lihat: Ibn Taimiyyah, al-Fatawa al-Kubra, 1/264. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah) 

SUMBER : DISINI 


3. ANJING JALANAN LAGI MANJA BERBANDING KUCING

Jika di Malaysia, sangat sukar untuk jumpa anjing jalanan yang manja. Kalau anjing tu manja pun, kita plak yang takut dengan anjing tu. betul ke betul? 

Dan kucinglah yang selalu kita tengok dorang manja, bila nampak kita jer dorang datang kat kita. Anjing datang kat kita untuk apa melainkan untuk kejar kita? 

Tapi di Turki, korang akan nampak di jalanan anjing lebih banyak berbanding kucing. Dan anjing jalanan tu sangat baik dan manja. Kadang dorang ikut je kita jalan. Kucing jalanan ada tapi kebanyakkannya vogue.

Pengalaman Mira?

Mula-mula rasa takut tengok anjing ni yelah risau kena kejar ke ape. Rupanya dorang nak bermanja dengan kita! Eii geram jer rasa. 


tengok ni. minta diusap! 



ni kucing di Ephesus, Selcuk. Sombongnyaaa. hehehe. 


4. SOLAT LAJU + SENTIASA SOLAT SUNAT

Jika di Malaysia, waktu solat teraweh, walaupun Imam buat 20 rakaat. Kelajuaan Imam adalah normal sama seperti solat Isya'. Dan 1 jam lebih jugak untuk habis 20 rakaat.

Tapi jika di Turki, kelajuan Imam waktu buat solat teraweh tu laju macam shinkasen. 30 minit tu boleh habis 20 rakaat solat teraweh. Tak semua masjid tapi kebanyakannya macam tu terutama surau kecil. 

Mira ada pengalaman solat teraweh di pekan kecil di Isparta. So, selama sebulan tu ada la dalam 5-6 surau kecil yang kami pergi untuk dapat pengalaman solat Teraweh. Kebanyakkannya memang laju betul masa solat teraweh. 

Satu lagi, Mira perhati. Orang Islam Turki ni dorang sentiasa praktis solat sunat sebelum dan selepas solat. Jelesnya Mira tengok sebab Mira tak amalkan selalu pun. 

Contohnya solat Zohor, biasanya kita solat 4 rakaat wajib tu je kan, mungkin dalam 5 minit solat. Tapi mereka buat 2 rakaat sebelum, 4 rakaat wajib dan 2 rakaat selepas tu dalam masa 5 minit. Kadang ada yang buat 4 rakaat sunat.

Mira tak pasti info mengenai solat laju ni. Mungkin ada kaitan dengan mazhab.  kalau ada boleh lah kongsikan. 



5. SILAKAN KOMEN DAN MIRA AKAN TAMBAH DISINI


Itu sahaja. Apa yang Mira cerita ni berdasarkan pengamatan Mira jer. Boleh jadi korang setuju atau tidak.

Untuk yang belum pernah ke Turki, jika anda baca benda ni. Nanti sampai sana, anda dah tak terkesima dah sebab dah tahu.

Untuk yang sudah ke Turki, adakah anda setuju dengan semua perkara ni? Sila komen jika setuju. 

Ada nak tambah? Komen jer. Mungkin ada yang mira dah lupa tapi korang boleh tolong ingatkan. 

Akhir kata, JOM KE TURKI! 



Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement