1 NEGERI 1 KAD TRANSPORT DI TURKI

Assalamualaikum. 

Hari ni Mira nak kongsi info menarik mengenai Turki.

Tahukah anda di Turki, setiap negeri mempunyai kad transport mereka sendiri.


Salah satu kad yang paling terkenal adalah ISTANBUL KART.

Jika anda tiada kad ni, memang susah lah nak kemana-mana. Nak tak nak kena ada juga. Melainkan anda sanggup bersusah payah beli token setiap kali ingin menggunakan pengangkutan awam. Itu pun tidak semua pengangkutan terima token.

Nama pun ISTANBUL KART.

Jadi, penggunaannya hanya terhad di Istanbul sahaja.

Jika anda ke Bursa, anda perlu beli Bursa kart.

Sama juga jika anda ke negeri-negeri lain di Turki, anda perlu membeli kad transport di negeri tersebut.

WAJIB BELI KE?

Tidak. Jika anda melawat negeri tersebut dua hari atau lebih dan dinegeri tersebut banyak pengangkutan awam terutama negeri tumpuan pelancong, amat digalakkan untuk membeli kad ini.

Jika anda hanya singgah atau day trip sahaja contohnya ke Pamukkale. Dan negeri tersebut tidak banyak pengangkutan awam. Anda tidak perlu beli kad ini.

Dan ada sesetengah negeri yang ada memberi pilihan lain iaitu pass seperti di Izmir, anda boleh beli pass untuk 3x imbas atau 6x imbas. Lebih sesuai kan?

Semasa Mira di jalan-jalan di Turki, Mira memang suka kumpul kart ni sebab lawa!

Ni antara kad yang Mira dah kumpul. Dan Mira ingin kumpul lebih banyak lagi.

1) Bursa kart
2) Isparta kart (Gulkentkart)
3) Ankara kart
4) Istanbul kart
5) Mersin kent kart
6) Antalya kent kart



Anda rasa yang mana paling lawa? 

Mira suka Antalya kart. 

Anda pula bagaimana? Kongsikan kart di Turki yang anda telah ada.


Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement