ANSURAN QURBAN 2021 NGO PERTUBUHAN SUKARELAWAN MISI7

Assalamualaikum semua.

Hari ni Mira nak kongsikan mengenai penyertaan Ansuran Qurban dan Akikah bagi tahun 2021 oleh NGO Pertubuhan Sukarelawan MISI7 (MISI7) telah dibuka.

 

Mira akan berkongsi maklumat mengenai program ini dan Mira harap anda yang membacanya sudi untuk mengambil bahagian.

 

Apa yang menariknya, MISI7 juga menerima kepada sesiapa yang ingin membayar secara ansuran. Ingin tahu lebih lanjut jom Mira cerita.

 


PROGRAM QURBAN TAHUN 1442H/2021

Tahun 2021 merupakan tahun ke-4 MISI7 menguruskan ibadah Qurban. Pada kali ini, MISI7 ingin membuat Qurban di Kampung Punan Bah yang terletak di daerah Kapit, Sarawak.

 

Pada tahun 2020 dan sebelumnya, MISI7 telah menghantar wakil untuk menguruskan ibadah Qurban dan akikah di Laos dan Kemboja.

 

Tujuan ibadah qurban dan akikah ni dibuat di lokasi penerima manafaat adalah untuk mendidik saudara baru (muallaf) tentang kepentingan ibadah qurban itu sendiri yang bersandarkan pengorbanan telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S.

 

Bukan itu sahaja, pengagihan daging qurban kepada mereka yang lebih memerlukan terutamanya kepada golongan saudara baru merupakan diantara agenda terpenting dalam program ini.

 

Dari situlah, masyarakat yang baru mengenal Islam dapat merasai keindahan Islam yang mana masyarakatnya tidak pernah lupa kepada golongan yang lebih memerlukan.
 

TUJUAN:
Menegakkan syiar Islam yang mewajibkan Ibadah Qurban kepada golongan yang berkemampuan serta dapat mengagihkan daging qurban kepada mereka yang lebih memerlukan. 

OBJEKTIF:
 Mendidik masyarakat saudara baru tentang ibadah qurban serta sambutan Hari Raya Aidiladha.
•  Mengagihkan daging qurban kepada golongan yang lebih memerlukan.
•  Merapatkan silaturahim antara penganjur, peserta dan penerima manafaat.


KAEDAH PELAKSANAAN:
Haiwan qurban seperti lembu dan kambing hasil daripada sumbangan orang ramai akan diagih-agihkan kepada penerima manafaat. Proses penyembelihan, pelapahan daging, pengagihan akan dilaksanakan di tempat penerima manafaat supaya mereka dapat melihat secara lebih dekat bagaimana syariat Ibadah Qurban dilaksanakan sekaligus mendidik mereka untuk melaksanakan ibadah qurban ini.

PENERIMA MANAFAAT:

 

1. KOMUNITI ASNAF MUALLAF, PEDALAMAN KAPIT, SARAWAK:

Mereka adalah sebuah komuniti muallaf yang terpinggir di Kampung Punan Bah, Pedalaman Kapit, Sarawak ini. Tiada surau apatah lagi masjid. Tanah perkuburan pun tiada. KLIK DISINI untuk membaca lebih lanjut tentang mereka.

2. KOMUNITI ASNAF MUALLAF MINORITI MUSLIM VIENTIANE, LAOS:

Daerah Muang Houn yang terletak dalam Wilayah Oudomxay ini terletak kurang 100km daripada sempadan Boten, China. Islam mula tersebar di Wilayah Oudomxay sekitar tahun 2015.

Berdasarkan rekod yang ada pada kami,  terdapat kira-kira terdapat seramai 49 orang muallaf dari 9 buah keluarga dalam daerah Oudomxay. KLIK DISINI untuk membaca lebih lanjut tentang mereka.

 

 

3. KOMUNITI ASNAF MUALLAF, PEDALAMAN RATANAKIRI, KEMBOJA:

Wilayah Ratanakiri ini terletak di bahagian Utara Kemboja. Jarak perjalanan ke wilayah ini dari Phnom Penh memakan masa selama 9-10 jam dengan menaiki bas. Penerima manafaat yang terdiri dari suku kaum Cham Cherai ini amat sedikit fasih berbahasa Melayu. Mereka menggunakan bahasa mereka sendiri dalam komunikasi harian.

Walaupun harga lembu disana jauh lebih murah berbanding di Malaysia, namun nilai tersebut amatlah besar dan diluar kemampuan mereka. Apatah lagi dengan kesukaran memperolehi daging sembelihan yang menuruti hukum syarak. KLIK DISINI untuk membaca lebih lanjut tentang mereka.

Bagi ke semua penerima manafaat diatas, apabila tiba musim Qurban inilah mereka berpeluang untuk merasai daging lembu, apabila menerima agihan daging qurban. Berbanding kita di Malaysia yang sangat mudah untuk mendapatkannya dimana-mana.

IN SHA ALLAH, urusan qurban ini dijadual akan diadakan pada hari pertama, ke-2 dan ke-3 Hari Raya Aidiladha tahun 1442H/2021.

MISI7 juga memberi kelonggaran untuk peserta membuat ansuran bayaran setiap bulan sekiranya perlu. Nilainya bayaran ansuran adalah mengikut kemampuan peserta dan bakinya perlu dibayar penuh pada atau sebelum 05.07.2021.
 

PESERTA QURBAN / AKIKAH INI AKAN MENERIMA:

1. Sijil penyertaan
2. Resit pembayaran
3. Gambar qurban/akikah

**Perkara 1 & 2 diberikan dalam tempoh 7 hari setelah selesai qurban/akikah menerusi email.
**Perkara 3 diberikan pada hari yang sama setelah selesai qurban/akikah menerusi whatsapp.
**harga qurban dan akikah telah termasuk dengan kos pengurusan.

ANDA BERMINAT MENGAMBIL BAHAGIAN QURBAN/AKIKAH INI?

Sila isi borang pada pautan ini: http://bit.ly/Google-form-Qurban-Akikah

PERHATIAN! Peserta yang mengambil pilihan bayaran secara ansuran sila hubungi whatsapp AJK Penyelaras untuk kemaskini bayaran bulanan anda.

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi whatsapp AJK Penyelaras iaitu:

SIS MIRAY: http://www.wasap.my/60145223209



Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement