1) TRAVELLER FRIENDLY
Kad Bigpay ini boleh digunakan dimana sahaja kecuali Korea Utara dan Israel dengan syarat tempat tersebut menerika kad dengan logo Mastercard.
2) PAYWAVE (CONTACTLESS)
Anda tidak perlu memasukkan pin untuk membuat pembayaran. Hanya sentuh sahaja kad anda dengan mesin pembayaran.
3) BOLEH KELUARKAN WANG TUNAI
Walaupun tujuan utama kad ini dicipta untuk transaksi menggunakan kad(cashless), tetapi kad ini juga menerima pengeluaran tunai. Tetapi setiap transaksi pengeluaran adalah RM6 untuk dalam negara dan RM10 untuk antarabangsa.Anda boleh gunakan fungsi ini untuk tujuan kecemasan.
4) EXPENSES CONTROL
Anda boleh mengetahui semua jenis transaksi pembelian harian, bulanan dan tahunan. Setiap transaksi juga akan dipecahkan kepada beberapa kategori seperti penginapan, servis, pengangkutan, makanan dan sebagainya. Malah data tersebut boleh di download dalam bentuk PDF untuk tujuan percukaian.
5) AUTO-DEBIT
Jika anda ada buat langganan bulanan, kad ini amat sesuai untuk digunakan kerana ia sangat mesra pembayaran online. Anda boleh menghubungkan kad ini dengan pelbagai applikasi seperti Apple Store, Foodpanda, Lazada, Netflix, Google dan sebagainya.
6) SECURITY
Applikasi Bigpay ini mempunyai applikasi yang sangat tinggi.
Jika anda ingin buka applikasi ini dan pembayaran, anda perlu memasukkan no pin. Sama seperti kad atm.
7) BERBELANJA SEHINGGA RM0
Jika kad debit ATM, anda tidak boleh berbelanja jika baki minimum RM10 atau RM20. Tetapi dengan kad Bigpay, anda boleh berlanja sehingga baki anda RM0.
8) KUMPUL BIGPOINTS AIR ASIA
Ini adalah kelebihan Bigpay yang tidak ada pada mana-mana kad. Setiap transaksi pembayaran, anda akan dapat bigpoints Air Asia. Lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak anda dapat kumpul bigpoints. Anda dapat gunakan bigpoints tersebut untuk menebus penerbangan.
9) PEMINDAHAN KE AKAUN BIGPAY YANG LAIN
Jika rakan anda mempunyai kad bigpay, anda boleh trasnfer duit ke rakan anda dengan mudah dan pantas. Nama rakan anda yang mempunyai bigpay akan terus keluar di bahagian 'send money to'
1 Comments
Kak miera, kalau dah bukak big pay tapi tempat klik i have received my card tu takda nk buat mcm mana ya?Saya dah dapat kad dia tapi x boleh nk activate lagi, harap akak dapat tolong saya
ReplyDeleteThank you for your comment ^_^