Begitu juga Mira ketika melawat Hagia Sofia pada 2018, Mira juga berpeluang untuk terserempak dengan Gli. Gli seakan-akan sudah tahu ramai manusia yang ingin mengambil gambarnya.
Saya minta maaf kehilangan Gli saya.
Kucing Hagia Sophia, Gli, yang telah dirawat di klinik veterinar swasta di Levent sejak 24 September, telah meninggal dunia kerana usia tuanya.Kami tidak akan melupakan anda #Gli Cat
Sumber: Ali Yerlikaya | Twitter |
Sumber : Imran Mohd Bali | Twitter |
Seperti yang dikhabarkan, Gli dirawat semenjak 24 September 2020. Sumber: Instagram Gli |
BIODATA GLI, KUCING HAGIA SOFIA YANG TERKENAL [2004-2020]
Gli, bermaksud 'Union of Love' ini dilahirkan di Hagia Sophia pada tahun 2004, dan dia mempunyai 2 orang adik beradik, Pati dan Kızım.
Gli disukai oleh para pelancong yang mengunjungi Hagia Sophia, ketika ia muzium dan sekarang telah menjadi masjid. Gli adalah simbol Hagia Sophia.
Pertama kali Gli terkenal ketika Barack Obama mengunjungi Hagia Sophia pada tahun 2009, dan ketika Recep Tayyip ErdoÄŸan membelai Gli.
Setelah berita mengenai Hagia Sophia akan bertukar status menjadi masjid, Gli sekali lagi terkenal kerana ramai yang merisaukan adakah Gli akan tetap berada di Hagia Sofia.
Jurucakap presiden ahimbrahim Kalın, membuat pernyataan:
"Kucing (Gli) itu telah menjadi sangat terkenal, dan ada orang lain yang belum menjadi yang terkenal. Kucing itu akan ada di sana, dan semua kucing selamat datang ke masjid kami."
Gli meninggal dunia pada 8 November 2020, ketika umurnya 16 tahun bersamaan 80 tahun umur manusia.
Kini, tidak ada lagi Gli yang menjadi penyeri di Hagia Sofia. Tetapi memori bersama Gli tetap menjadi ingatan buat sesiapa yang pernah bertemu dengannya.
Yang Menulis,
0 Comments
Thank you for your comment ^_^