Assalamualaikum. Merhaba.
Kembali lagi kita dalam episod #TipsTravelTurki bersama Mira.
Kali ni Mira nak kongsikan satu benda yang tidak asing lagi jika anda pernah ke Turki dan bakal ke Turki iaitu Istanbul kart.
Mira nak ingatkan anda untuk beli istanbul kart ni bila sampai Istanbul. Mira juga akan terangkan info Istanbul kart ni, harga istanbul kart, dimana beli istanbul kart , dan kelebihan istanbul kart.
ISTANBUL KART
Kad ini diperkenalkan pada tahun 2009. Ia adalah contactless atau RFID untuk pembayaran tambang pengangkutan awam.
Ukurannya sama persis dengan kad kredit biasa, mudah disimpan, prepaid dan mudah direload.
KELEBIHAN ISTANBUL KART
Terdapat
beberapa kelebihan untuk mendapatkan Istanbul Kart berbanding membeli token
atau tiket setiap kali anda menggunakan pengangkutan awam.
1) Multi-purpose – Dengan sekeping kad ini membolehkan anda membayar pelbagai jenis pengangkutan: bas, metro, feri, kereta api, tram dan cable car. Rasanya sekarang Turki memanf mengamalkan cashless, jadi memang wajib untuk anda ada kad ini sekurangnya SATU untuk 2-5 orang.
2) Prepaid – Yang
ini sama konsepnya dengan kad TnG di negara kita, sebelum digunakan mestilah
mempunyai kredit didalamnya. Setiap stesen tram ada tempat untuk topup kad ini.
3) Mudah digunakan – disebabkan kad ini adalah RFID, jadi anda sebenarna tidak perlu menyentuh kad dengan card reader. Dengan hanya meletakkan kad ni dalam jarak 8cm, ia sudah boleh dibaca. Jika baki tidak mencukupi, skin akan bercakap Kontör Yetersiz.
4) Multiple
travelers – Inilah kelainan kad ini berbanding TnG iaitu ia boleh digunakan maximum
5 penumpang.
Malaysia: 5
penumpang, 5 kad
Turki: 5
penumpang, 1 kad
Caranya, setelah
orang pertama imbas kad dan melepasi palang, paskan kad tersebut kepada orang
kedua. Tunggu beberapa saat kemudian orang kedua boleh imbas kad tersebut.
Kalau anda buat 5 connection dalam masa jam, anda akan membayar kurang untuk pemindahan pertama.
6) Bayaran per imbas, tidak mengikut jarak – Sistem di Turki ini, apabila anda ingin keluar dari stesen, anda tidak perlu imbas kad seperti TnG. Maksud Mira disini adalah bayaran 3.5TL tersebut adalah per imbas tidak kira jarak.
Contoh, jika anda ingin naik
tram untuk satu hentian, bayarannya 3.5tl. Jika anda ingin naik tram untuk 10 hentian,
bayarannya juga 3.5TL.
DI MANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN
ISTANBULKART?
Anda boleh
membeli Istanbulkart dari lebih daripada 2,000 lokasi seperti stesen kereta api
bawah tanah, trem, feri, metrobus dan kereta api melalui mesin layan diri
kuning / biru atau tiket-tiket, dan melalui kiosk yang terletak di sebilangan
besar perhentian bas awam.
Cara
termudah untuk mendapatkan Istanbul Kart adalah di PERHENTIAN TRANSIT UTAMA seperti
lapangan terbang, Sultanahmet, dan Eminönü.
Sekarang
sudah ada apps Istanbulkart, tetapi ia masih baru. Mira lebih mancadangkan
penggunakan kad fizikal.
BELI ISTANBUL
KART DI AIRPORT ISTANBUL
Waktu
terbaik untuk anda beli Istanbul kart ini adalah sejurus selepas anda selesai mendarat
di airport. Kerana anda memerlukannya untuk menaiki shuttle bas airport iaitu
HAVAIST kerana pembayaran adalah cashless sahaja.
Anda hanya
perlu cari SATU daripada 24 mesin kuning / biru yang terletak di tingkat -2
KETIBAAN, atau dari KAUNTER HAVAIST (shuttle airport) yang terletak di
sepanjang pintu keluar, atau authorized exchange office.
Harga
Istanbulkart adalah 6 TRY (Tanpa kredit). Kad ini adalah anonymous, disyorkan
untuk pelancong. Istanbul kart ini hanya sah digunakan di Istanbul sahaja. Di
negeri lain, mereka mempunyai kad mereka sendiri seperti Bursa kart, Antalya
kart, Ankara kart, Isparta kart.
BERAPA KOS
SETIAP PERJALANAN?
Kos
pengangkutan awam 1-perjalanan adalah 3,50 TRY pada tahun 2020 tidak mengikut
jarak.
CARA RELOAD/TOPUP
KAD?
Anda boleh
reload kad ini di :
1) Mesim
kuning/biru seperti anda membeli kad ini
2) Kedai kedai
kecil- yang ada tulis Akbil Dolum Noktası
Anda juga boleh memuatkan kredit dari laman web Istanbulkart dari https://www.istanbulkart.istanbul/
Mira harap dengan artikel ini anda lebih jelas untuk guna Istanbul kart. Ingat ya, Istanbul kart konsepnya tidak sepenuhnya sama seperti TnG di negara kita.
Jika ada
pertambahan info, pembetulan maklumat atau pengalaman anda mengenai ini. Bolehlah
komen dibawah.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^