Assalamualaikum, hai semua.
Hari ni Mira nak kongsikan perkara yang kalian sangat tidak digalakkan untuk buat semasa di Turki.
Bagi korang mungkin eleh ni benda kecik jer. Tapi kat sana boleh jadi benda besar untuk mereka.
Jadi, tolong noted dan jangan buat ya.
1. MASUK MASJID DENGAN KAKI BASAH
Selepas korang ambil wudhu, PASTIKAN kalian lap dulu tapak kaki sampai kering, kemudian baru masuk masjid. Sebab tu korang perasan ada tissue di tempat ambil wudhu. Kalau boleh pakai stokin baru masuk masjid. Sebabnya kat sana dorang sangat jaga supaya karpet masjid tu tak bau hapak kalau masuk dengan kaki basah.
2. CAKAP BENDA TAK ELOK MENGENAI MUSTAFA KAMAL ATATURK (MKA)
Mira tahu ada yang ada persepsi negatif mengenai MKA. Tapi, bila kat sana. Kalau korang dengar orang Turki banga-banggakan MKA, kau iyakan je. Jangan nak sangkal dan cakap bukan-bukan.
3. AMBIL GAMBAR DIHADAPAN BANGUNAN KERAJAAN DENGAN BENDERA NEGARA MASING-MASING
Rakyat Turki mempunyai sifat patriotik yang sangat tinggi. Ada antara kita yang mesti bawa bendera Malaysia ke mana-mana kan bila travel. Tapi, jika di Turki, elakkan untuk ambil gambar anda dengan bendera lebih-lebih lagi di hadapan bangunan kerajaan. Silap haribulan anda boleh ditangkap.
4. BUAT HAL SENDIRI. TAK PERLU TERLALU PRIHATIN
Jika anda nampak ada duit di atas jalan, anda ambil dengan harapan ingin memasukkannya ke dalam tabung masjid. Atau anda nampak ada telefon yang ditinggalkan di atas meja tidak bertuan, anda pun mengambil dan menyimpan telefon tersebut dengan harapan ingin memulangkannya ke kaunter pertanyaan. Itu adalah perbuatan yang tidak patut anda lakukan di Turki. CCTV ada dimana-mana. Jika ada yang melaporkan kehilangan duit atau telefon bimbit, pihak sekuriti akan bertindak dengan sangat pantas dan mungkin anda ditangkap jika dapat dikesan.Anda boleh dituduh mencuri walaupun niat sebenar anda tidak. Jadi, buat hal sendiri sahaja, sikap keprihatinan anda tu simpan dahulu.
Boleh beritahu. Setakat ni 4 je yang mira boleh kongsikan.
Ada cadangan lagi? Sila kongsikan.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^