Aku pernah
sign-up Freelancer.com ni masa tahun 2015, tapi masa tu tak berapa serius cari kerja disini. Lagi
satu sebab tak confident dapat buat kerja dengan baik.
Baru-baru
ni, Freelancer ni datang Kembali berlegar di social media jadi aku ambil
keputusan untuk mencuba semula cari kerja disini, tak cuba tak tahu kan?
Memang teruja tengok iklan kerja mudah, gaji plak dalam USD.
Contohnya kerja taip semula tulisan dalam gambar ke dalam Microsoft Word, gaji yang ditawarkan 4-5 USD untuk 1 muka surat.
Kalau ada 100 muka surat? Tak ke boleh dapat
400-500USD! Wow! Betul ke ni? Too good to be true?
Sistem dekat Freelancer ni, kerja yang ditawarkan tu dipanggil PROJECT.
Jika kita berminat,
kita kena bid project tu. Dari situ majikan akan pilihlah yang mana dia nak
sebab 1 project tu memang ramai yang akan apply dan majikan nak 1-5 orang je
daripada 100 orang yang apply. Normal la kan?
Aku pun
mulakan project hunting. Dan aku fokus untuk task yang senang je macam data
entry, translation. English aku pun bukannya hebat sangat, design pun tak
pandai.
Setiap kerja yang kita nak mohon tu, kita kena bid, PERCUMA je tau. Tak perlu nak seal project ke ape.
Masa tu aku baru minta 3 kerja.
Retype a document tu rupanya scam. Aku apply sebelum aku tahu tu scam. Lol |
Esoknya aku dapat chat daripada 1 majikan.
Kalau nak terima kerja tu, dah lah kena bayar security fee, lepas tu harga tu plak ikut project yang kita nak, kalau tamak nak yang gaji 650USD tu, kena bayar 100USD dulu. Peh. Lepas bayar tu confirm lesap. Semua sekali ada 4 project daa. |
300USD wei untuk 7 hari kerja. Masyuk ke masyuk? |
Kat bawah ni plak arahan kalau kita bersetuju nak kerja dengan dia.
Yang ni plak aku apply kerja Rewrite 2500pages, konon dari buku.
Takkan buku tu takde soft copy walaupun buku tu hardcopy kan? Macam tak masuk akal. Ceh tapi aku pergi apply jugak. Cerdik!
Ade plak kena send test email. Konon profesional la tuu. Dia tahu newbie ni tak ambil tahu sangat pasal milestone payment. Aku pun emel lah s Kiran ni. Boleh baca perbualan kami, |
Bila aku minta review dari freelancer yang lepas. terus tak nak layan aku dah. hahaha. Akhir kata, kalau korang nak bid kerja, perkara pertama korang kena buat adalah check profil majikan tu, |
Kalau emel je yang verified. SCAMMER DETECTED! Bukti dia BUKAN SCAMMER bila dia atleast verify PAYMENT, dan DEPOSIT MADE. 2 benda ni dah cukup untuk buat majikan kita tu trusted. Lagi satu, kalau korang tengok majikan baru create akaun within seminggu, dan paling best, create akaun hari yang sama dia post project. 99% .Walaupun dia tak minta apa-apa bayaran. Please tak payah apply ok. Jangan bazir bid anda dengan job yang diragui. Aku baru sign up 16/11 haritu, belum dapat project lagi sebab kebanyakkannya scammer. Kalau ada yang bukan scammer pun, posibility untuk dapat tu rendah sebab ramai yang dah ada review bagus pun apply juga. |
Ni akaun aku. Hampir semua dah verified. Preferred Freelancer tu hanya boleh verify kalau dah pernah dapat job. Dan Facebook connected tu aku tak boleh nak connect sebab sebelum ni kan aku pernah sign up tapi tak ingt pswd ape smua so tu yang aku buat baru je. |
Nak diguide STEP BY STEP untuk cari kerja di Freelancer.com?
2 Comments
terima kasih byk atas entry anda. mujur la sy google dulu selepas terima email yg sama isi kandungan macam yang anda post. tq for sharing.
ReplyDeleteBetul, banyak Yang kena berhati-hati bila nak jadi freelancer ni
ReplyDeleteThank you for your comment ^_^