Pernah baca tak novel 13 jam A380 karya Evelyn Rose? Mesti teringat kisah Sofea dan Hydar yang menjadi kekasih awangan selama 4 jam. Novel ni aku pernah beli dan baca sebab tertarik dengan sinopsis dia. Kalau tak silap pernah diadaptasi jadi drama lakonan Zul Ariffin, tak pasti tajuknya ape sebab aku tak tengok, lagipun masa tu tinggal di asrama.
Novel tu hanya selingan.
Tahukah anda, kini anda boleh mencari jodoh di awangan.
Syarikat penerbangan Taiwan EVA AIR, menawarkan khidmat mencari jodoh di udara dengan kempennya 'Fly, love is in the air'. Amboi menarik bunyinya.
Jom baca lebih lanjut mengenai program cari jodoh ni.
Penerbangan tanpa tujuan (fly to nowhere) selama 3jam ini akan berlepas dari Taipei dan mengelilingi udara dan mendarat di lokasi sama.
Penumpang akan diberi tempat duduk secara rawak tetapi mereka bebas untuk berjalan dan mengenai penumpang lain sepanjang penerbangan.
Bukan itu sahaja, mereka juga akan menikmati hidangan istimewa yang dimasak oleh chef terkenal iaitu Motoke Nakamura.
Di akhir penerbangan, penumpang diberi pilihan untuk membuat pengakuan jika ada penumpang yang berjaya mengetuk pintu hatinya.
3 pakej yang ditawarkan:
1) Pakej Krismas - minum petang
2) Pakej malam tahun baru - makan malam romantik sambi menunggu tahun baru
3) Pakej Hari tahun baru - sarapan sambil menyaksikan matahari terbit
p/s: tiket untuk pakej krismas dah sold out ye.
Harga tiket: TW 8,388, sekitar RM1,200 seorang
Kapasiti: 40 orang [20 lelaki, 20 wanita]
Kelayakan penumpang:
- Mestilah mempunyai sekurangnya ijazah sarjana muda di Taiwan
-bujang
-tinggal di Taiwan
- Lelaki - 28-38 tahun
-Wanita- 24-35tahun
Selain Taiwan, Brunei dan Australia juga ada buat penerbangan tanpa tujuan ni. Hanya untuk mereka yang ingin melepas rindu menaiki kapal terbang.
Kalau anda memenuhi semua kriteria diatas, adakah anda akan memilih penerbangan ini?
Jika aku, YA, tapi masalahnya aku single but not available. Cewahhh.
Ia bukanlah berada di Malaysia tapi mana tahu satu hari nanti kan? Mungkin boleh cadangkan perkara ni kepada AA.
Sumber: CNN, TheVocket
0 Comments
Thank you for your comment ^_^