NEGARA YANG MIRA TELAH TRAVEL

Assalamualaikum semua.

Post ni sekadar nak bercerita je. Takde sapa tanya pun tapi Mira saja nak kongsikan. Manalah tahu kalian ada soalan mengenai tempat yang Mira dah pergi ni. Mira tak letak post ni kat travel tips sebab tak ada tips pun nak dikongsikan. Siapa yang baca tu baca lah. 


Ok, sebenarnya Mira ni bukanlah kaki travel hardcore sebab Mira tak berpeluang pun nak travel sebenarnya.

Jadi, bila ada ruang dan peluang, Mira pun sambarlah.

Negara pertama yang Mira travel adalah Brunei Darussalam ketika Mira 17 tahun iaitu di Tingkatan 5. Yang ni Mira pergi  kerana rombongan sekolah.

Negara kedua pula adalah Aceh, Indonesia. Yang ini Mira pergi kerana misi kemanusiaan di sana dengan NGO MISI7. Siapa yang nak cuba volunteer sambil travel tu boleh follow MISI7 ni. 



Aceh, Indonesia



Ohya, selain Aceh, Mira pernah ke Medan, yang ni Mira pergi berdua je dengan abang Mira. 
Medan, Indonesia. Tak ingat di mana, Bukit teletubbies ke eh? 

Negara ketiga di Asia yang Mira telah pergi adalah Kemboja. Ini pun bersama MISI7 pada hari raya Qurban 2018.

Kampung Orang Asli, Wilayah Rattanakiri, Kemboja 
Masa ni hari raya Qurban 2018. Mira menyambut hari raya di perantauan gaiss. 


Seterusnya adalah negara yang Mira menetap lebih 3 bulan iaitu TURKI.
Semasa di Turki, negeri yang Mira sempat lawati Istanbul, Bursa, Izmir, Denizli, Antalya, Mersin, Adana, Goreme, Ankara, Eskisehir.

Cappadocia, Turki





Kemudian, setelah habis program pertukaran pelajar. Sebelum Mira balik Malaysia, Mira travel bersama kawan Mira berdua ke Balkan dan Eropah.

1. Kosovo - Pristina
2. Montenegro - Kotor, Perast
3. Croatia- Zagreb, Dubrovnik
4. Bosnia- Sarajevo, Mostar
5. Italy - Venice, Pisa, Rome
6. Spain - Barcelona
7. France - Paris
8. UK- London
9. Belgium - Brussels
10. Netherlands - Amsterdam, Rotterdam
11. Germany - Berlin
12. Denmark - Copenhagen
13. Sweeden- Stockholm

So, klau korang ada nak tanya apa-apa bolehlah tanya. 




Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement