Assalamualaikum semua.
Izinkan diriku perkenal diri, Amira Yusof atau lebih mesra dipanggil Mira, adalah pemilik tunggal bagi website ini dan ia dikawal sepenuhnya oleh Mira.
Serba sedikit mengenai blog ini. Ia ditubuhkan pada 2009, iaitu ketika Mira masih sekolah menengah. Ketika itu Mira banyak menulis mengenai perkongsian perasaan, almaklumlah baru melangkah ke alam remaja.
Tetapi, semakin meningkat dewasa, Mira sedar bahawa Mira perlu mempunyai satu jati diri dalam menulis. Jadi Mira memilih Travel, Food dan Lifestyle sebagai niche blog ini.
Mira kembali aktif menulis pada hujung Oktober 2020.
Gaya penulisan Mira kalian boleh baca di Travel tips atau Travel guide.
Sejujurnya Mira bukanlah seorang yang pandai bercerita, tetapi Mira sedaya upaya untuk membuatkan penulisan Mira menarik untuk dibaca. Ditambah pula dengan skill SEO yang Mira masih sedang menuntut ilmu.
Mira sedang mencari mana-mana peluang dalam niche travel untuk Mira buat menulis mengenainya kerana Mira sangat dahagakan content.
Jadi, Mira ingin menawarkan diri Mira untuk mempromosikan produk anda di blog Mira.
KENAPA ANDA PERLU BUAT BERKOLABORASI DENGAN WWW.MIERAYUSOF.COM?
1. SUMBER INFORMASI
Blog mira kini semakin terisi dengan tips travel terutama ke Turki, Eropah, Balkan dan Asia (akan datang). Mira juga terbuka untuk menulis mengenai info travel didalam negara. Mira akan berusaha supaya blog ini sentiasa menjadi sumber rujukan utama untuk mereka yang bakal melancong.
Bukan tu je, setiap kali nak pergi makan, mesti kita google dulu kedai makan yang best. Oleh itu, Mira nak ambil peluang ni untuk buat review restoran-restoran sekitar Selangor(selepas PKPB Inshallah)
2. VIEWERS
Viewers Mira tidaklah seramai blogger yang lain kerana Mira baru sahaja aktif kembali menulis pada November 2020 dan akan terus kekal aktif Inshallah. Mira juga bercita-cita untuk menjadi blogger sepenuh masa satu hari nanti.
Setakat awal November 2020, total viewers Mira adalah 744,000++
Viewers bulanan pula sekitar 16,000-18,000 sebulan.
JANGAN RISAU. Mira yakin viewers Mira akan meningkat apabila sektor perlancongan kembali aktif.
3. PELBAGAI PILIHAN REVIEW
Mira menawarkan DUA servis sahaja buat masa sekarang iaitu Review (maklum balas) atau Advertorial (pengiklanan).
Ini adalah pilihan yang Mira tawarkan.
REVIEW [SPONSOR]:
1. Hotel
2. Pakej Percutian
3. Press trip/Event cover berkaitan tourism/travel
4. Restoran
PENTING: Bergantung kepada availaibility Mira.
ADVERTORIAL (PENGIKLANAN) :
Boleh pilih sama ada Banner atau Artikel.
Produk yang berkaitan dengan TRAVEL sahaja seperti:
1. Makanan yang selalu dibawa ketika travel
2. Pakaian yang selalu dibawa ketika travel
3. Produk yang selalu dibawa ketika travel
4. Pakej Percutian - pengesahan diperlukan
4. HARGA BERPATUTAN
Walaupun blog Mira sudah berstatus 'senior' dari segi umur kerana sudah berumur 11 tahun. Tetapi itu tidak menjadi asbab untuk Mira mengenakan cas yang mahal untuk review ini.
Jadi, harga servis yang Mira tawarkan sangat berpatutan selaras dengan trafik blog ini.
5. MESRA SEO
Tatkala Mira menulis ini(8/11/2020), Mira masih menuntut ilmu mengenai SEO.
Namun, Mira sentiasa cuba untuk menulis menggunakan skill SEO dan keyword untuk meningkatkan potensi untuk berada di halaman pertama carian Google dari blog ini.
Walaubagaimanapun, Mira nak pesan yang Mira hanya mencuba sedaya upaya mengasah bakat menulis yang Mira ada. Akan tetapi, jika seandainya post tersebut tidak berjaya muncul di halaman pertama apalah daya Mira untuk mengubahnya.
6. REVIEW SAMBIL MENDERMA
Sebenarnya, servis review ni adalah salah satu usaha Mira untuk kumpul dana disamping menambah saham diakhirat.
Jadi, suka untuk Mira beritahu bahawa sebahagian hasil review pada NGO PERTUBUHAN SUKARELAWAN MISI7.
NGO MISI7 ini berdaftar dengan ROS dan aktif membantu.
Visi MISI7 adalah Memperkasakan khidmat sukarelawan dilapangan kemanusiaan dan membantu golongan asnaf dalam bidang pendidikan.
7. SLOT TERHAD
Untuk review Banner, slot adalah sangat terhad. Hal ini kerana Mira tak nak pembaca Mira rasa terganggu dengan terlalu banyak iklan.
Manakala slot review juga agak terhad apabila Mira sudah dapat kerja tetap. Sekarang Mira blogger sepenuh masa.
p/s: Jika jodoh Mira dengan blog ni panjang, Mira berharap dapat menjadikan blogger ini satu kerja sepenuh masa sambil menjaga anak-anak(ini hanya impian kerana impian itu percuma bukan?)
8. PROFESIONAL SERVIS
Walaupun Mira belum jadi blogger terkenal lagi. Servis yang Mira tawarkan ini dibuat dengan profesional.
Setiap pembayaran akan diberikan RESIT. QUOTATION juga disediakan jika berkaitan. Ada HITAM DAN PUTIH.
Setiap urusan berkaitan blog ini sepenuhnya melalui EMEL RASMI mira iaitu review@mierayusof.com
Harap korang dapat support usaha kecil Mira ni.
Kalau anda rasa blog Mira sesuai untuk review produk anda. Silakan emelkan ke review@mierayusof.com
0 Comments
Thank you for your comment ^_^