Memakai backpack di belakang seperti ini ketika di kawasan sesak adalah tindakan yang kurang bijak. |
1. PAKAI MONEY BELT ATAU BAJU ZIP HAJI
Simpan passport, kad kredit dan duit not besar didalam money belt atau baju zip haji yang ada poket didala.
2. DECOY WALLET
Sediakan satu decoy wallet jika diancam oleh pencuri. Isi wallet tersebut dengan kad kredit yang sudah expired dan sedikit wang.
3. SOFT COPY
Pastikan ada softcopy semua dokumen diri termasuklah passport, IC, tiket flight, hotel booking, kad lesen dan kad kredit.
4. SIMPAN DUIT MERATA
Jangan letak duit anda di satu tempat sahaja. Pastikan anda letakkannya di merata tempat seperti di backpack, daypack, tali pinggang zipper, wallet dan money belt.
Jika kad kredit anda hilang, anda perlu melaporkannya segera untuk block kad tersebut.
Tips: Gunakan kad prepaid Bigpay untuk berbelanja di luar negara. Anda boleh frezee(block) kad anda hanya menggunakan aplikasi tanpa perlu menghubungi perkhidmatan pelanggan.
Baca>> Cara daftar kad Bigpay.
5. BERWASPADA
Jika ada orang tempatan yang terlalu baik atau overfriendly, ingatlah bahawa mereka buat baik bersebab. Kita ni siapa untuk merka buat terlalu baik? Contohnya nak belanja minum, bawa ke tempat shopping murah, dan sebagainya. Mesti ada udang di sebalik maggi.
6. BLEND WITH LOCALS
Bila anda sampai ke sesuatu tempat, elakkan dari mengendung backpack kehulu kehilir. Simpan backpack di locker stesen bas atay keretapi.
7. TAK PERLU MENUNJUK, WALAUPUN KLON
Mungkin anda memang seorang yang kaya dan mampu memiliki jam berjenama seperti Rolex atau Omega. Dan anda sudah terbiasa memakainya setiap hari. Walaupun jam berjenama anda klon, tetapi anda tidak perlu memakainya semasa travel kerana ia bakal menarik perhatian scammer dan pencuri.
8. JANGAN GANTUNG DSLR DI LEHER
Sebaiknya simpan di ddalam backpack dan keluarkan jika ingin menggunakannya. Hal ini kerana peragut boleh merentap camera tersebut dengan senang.
9. STREET SMART
Sentiasa selidik kawasan yang hendak dilawati dan menjauhi lorong sunyi yang menjadi sasaran perompak.
10. TRAVEL INSURANCE
Sediakan payung sebelum hujan. Kalau hujan tak turun tapi hari panas terik, payung tersebut masih bermanfaat.
11. MAKLUMKAN KEPADA KELUARGA
Sentiasa update lokasi anda kepada ahli keluarga. Tidak perlu update kepada satu dunia(social media) kerana ia bakal mengundang perkara tidak diingini.
12. KURANGKAN PENGGUNAAN SMART PHONE DI KAWASAN ORANG RAMAI
Jika anda memakai smartphone yang terkini, anda dinasihatkan untuk mengurangkan penggunaan smartphone tersebut kerana anda mungkin diperhatikan dan ditargetkan.
13. JALAN MELAWAN ARUS TRAFIK
Ini bertujuan untuk mengelak peragut bermotosikal.
14. RANTAI BEG DAN LUGGAGE.
Kebanyakan tren di eropah mengkhaskan ruang untuk menyimpan beg. Pencuri akan menarik keluar beg kita tanpa kita sedari.
15. PRODUK PACSAFE
Produk berjenama Pacsafe seperti beg tangan, pouch telah direka bentuk untuk mengelak dari pickpocket. Hanya sedikit mahal tetapi sangat berbaloi. Boleh didapati di Lazada atau Ebay.
16. AKTIFKAN KAD ATM DI LUAR NEGARA
Pastikan kad debit anda telah diaktifkan untuk penggunaaan luar negara. Lebih selamat jika anda ada kad Bigpay.
17. BEG KECIL KALIS AIR
Jika anda menginap di dorm atau hostel, sentiasa bawa beg waterproof yang berisi barang berharga jika ingin ke tandas atau untuk mandi. Sentiasa berjaga-jaga.
18. CHECK TEMPAT DUDUK SEBELUM BEREDAR
Sebelum anda meninggalkan tempat duduk, sentiasa toleh ke belakang untuk memastikan tiada barang yang tertinggal. Kalau boleh seluk tangan di bawah tempat duduk untuk memastikan tiada barang yang tercicir.
19. CAN YOU SPEAK ENGLISH?
Jika ada yang bertanya soalan ini, ketahuilah bawa anda adalah bakal mangsa pickpocket. Ketika anda balas 'YES', rakan kepada yang bertanya tadi akan menyeluk poket anda dalam diam sementara melekakan anda dengan soalan. Biasanya berlaku di Paris.
20. TANYA PETA
Jika ada yang ingin bertanya mengenai peta, biasanya mereka akan block pintu metro bila kita nak keluar. Masa tu lah mereka buat kerja.
21. BERPAKAIAN BIASA
Jika anda berpakaian terlalu menonjol, biasanya ia akan menarik perhatian pickpocket kerana mereka akan fikir anda ini berharta.
22. BACKPACK MENGHALA KE DEPAN
Terutamanya bila masuk tren, pastikan backpack anda menghala ke depan. Bila anda berjalan-jalan di kawasan sesak pun, pastikan backpack anda berada di depan.
23. KOSONGKAN POKET
Tidak perlu letak barang berharga termasuk SMARTFON didalam pocket. Kalau nak letak pun, letak dummy fon atau gula-gula sahaja.
24. ZIPKAN JAKET KE PARAS DADA
Jika anda memakai baju zip haji tu dan memakai jaket, pastikan anda zipkan jaket anda ke paras dada. Ini penting supaya mata-mata penyeluk saku tidak nampak. . Zip sampai habis lagi bagus.
25. BUAT HAL SENDIRI
Seboleh-bolehnya buat hal sendiri. Jika anda nampak ada manusia yang sedang bertanya setiap orang yang lalu, atau ada nampak seseorang yang 'tak sengaja' terjatuhkan barangnya. Pura-pura tak nampak. Boleh jadi dia sengaja jatuhkan untuk tarik perhatian kita.
Rasanya itu sahaja. Jika anda praktikkan semua tips ini. Inshallah anda akan terselamat dari menjadi mangsa pickpocket.
Yang menulis,
0 Comments
Thank you for your comment ^_^