VISA KE TURKI. PERLU ATAU TIDAK?

Assalamualaikum. Kembali lagi dalam episod #TipsTravelTurki bersama Mira.
Ada yang merancang ingin ke Turki?

Dah apply visa ke belum? 

Kalau belum, bagus.

Kenapa? 




WARGA MALAYSIA BOLEH MASUK TURKI TANPA VISA UNTUK TEMPOH TINGGAL 90 HARI (UNTUK LAWATAN SOSIAL SAHAJA) DIBERIKAN BAHAWA PASSPORT MEREKA HARUS SAH SELAMA 6 BULAN DARI TARIKH MASUK.

 'SIJIL KECEMASAN (EC)' DIJALANKAN MALAYSIA WAJIB MENDAPAT VISA DI KEDAI TURKIS DI KUALA LUMPUR.




Jika anda ingin tinggal di Turki lebih 3 bulan, boleh.

Tetapi, anda perlu memohon RESIDENCE PERMIT/ IKAMET.

Ini contoh Residence Permit 

Mira dulu tinggal di Turki lebih 3 bulan, jadi, Mira perlu buat ikamet. Dan tempoh sah ikamet tersebut bergantung kepada dokumen kita. Maksudnya jika surat tawaran Mira tulis Mira akan menjadi pelajar sehingga 30 Jun 2018, maka ikamet Mira pun sah sehingga 30 Jun 2018.

Sistem di Turki sering berubah. Sistem pada tahun hadapan tidak semestinya sama dengan tahun ini. Dan tahun ini tidak semestinya sama dengan tahun lepas. Jadi, anda perlu update dengan sistem disana.



KELEBIHAN ADA RESIDENCE PERMIT/ IKAMET 


1. MUZE KART (PAS MUZIUM - UNLIMITED)
Muze kart. 20 lira itu harga kad dan ianya hanya sekali bayar. Lepas tu kalau nak masuk mana-mana museum, hanya perlu tunjuka kad ni je. Terus boleh masuk. UNLIMITED.

Salah satu kelebihan bila ada ikamet ni. Anda akan dapat keistimewaan yang rakyat turki dapat.

 Contohnya anda boleh beli Muze kart. 

Ia adalah pass masuk ke MANA-MANA 200++ muzium Turki secara UNLIMITED! Kad tersebut berharga 20 lira sahaja pada tahun 2018. 

Jadi, jika anda nak masuk Topkapi Palace tu 20kali setahun, boleh dan anda tidak perlu bayar apa-apa. Kad tersebut sah untuk setahun sahaja dan perlu beli baru jika tamat tempoh.


2. KAD TRANSPORT - HARGA DISKAUN 

Kad transport dengan harga diskaun untuk rakyat. Di Turki, harga jika anda bayar cash dengan ada kad transport citizen adalah berlainan ye.

Bahagian hadapan Isparta kart yang Mira apply guna Ikamet dan Ogrenci Bilgesi




Bahagian belakang Isparta Kart. ogrenci bermaksud pelajar. Ada 3 kad sebab 2 lagi tu kad kawan Mira. 

Yang menulis,


Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement