Assalamualaikum,
Mira nak kongsikan mengenai Skyscanner ni. Rasanya tidak asing lagi dikalangan traveler.
Mira pun kalau nak beli tiket flight, memang wajib survey kat Skyscanner dulu. Sebab inilah kunci penjimatan yang berbaloi.
SKYSCANNER
Adalah satu search engin khas untuk anda membandingkan harga kapal terbang.Ia dimiliki oleh Ctrip, syarikat pelancongan terbesar di China, mulai November 2016.
Anda boleh menggunakan Skyscanner untuk merancang dan menempah perjalanan termasuk penerbangan, hotel, dan sewa kereta, dengan harga terbaik.
Skyscanner menawarkan lebih dari 30 bahasa dan merangkumi bahagian berita dengan berita industri penerbangan dan pelancongan, serta tips travel
Mira akan berikan 10 hujah kenapa traveler sering menggunakan Skyscanner ni untuk buru tiket dengan harga paling murah.
1. MUDAH DIGUNAKAN / FRIENDLY USER
Laman web ini terdapat dalam lebih dari 30 bahasa dan merangkumi bahagian travel tips untuk pelancong. Skyscanner juga telah memenangi banyak anugerah, termasuk anugerah sebagai Best Flight Comparison Site pada tahun 2010, dari Travolution.
2. PELBAGAI FEATURES
Bukan sahaja boleh digunakan untuk tahu harga termurah tiket kapal terbang. Tapi, boleh juga digunakan untuk cari hotel dan sewa kereta. 3 in 1 gitu.
Untuk kapal terbang, anda boleh filter kalau nak direct flight, flexible tiket, dan macam-macam lagi.
Bukan tu je, korang boleh jugak search multi-city flight, contohnya: Istanbul-Rome-Spain-France-Berlin. Jadi tak perlulah nak search satu-satu.
3. COVID-19 PRECAUTION
Kita tahu di pandemik ni, keadaan tidak terjangka. Hari ni elok, minggu depan dah ada lockdown dan sebagainya yang membuatkan flight kita terpaksa cancel atau ditunda.
Dengan Skyscanner, mereka menyediakan pilihan flexible ticket dan safety measure untuk para penumpang berasa lega bila menempah tiket.
Untuk flexible ticket, ticket tersebut boleh ditukar tarikh jika penerbangan dibatalkan atau ditunda.
Maksud safety measure pula adalah kita boleh mengetahui sejauh mana airline tersebut mempraktikkan langkah mencegah COVID-19.
4. TAMBANG MURAH
Inilah target utama kenapa traveler menggunakan Skyscanner, iaitu untuk mengetahui airline yang menawarkan harga tiket termurah. Dan ada 1 feature skyscanner ni iaitu anda boleh mengetahui harga tiket termurah pada bulan tertentu dengan memilih cheapest months pada bahagian depart dan return. Jadi, tidak perlu susah susah survey satu-satu hari dah.
5. HARGA BERBALOI
Dalam banyak-banyak search engin untuk banding harga, Skyscannerlah yang akan menawarkan harga paling berbaloi. Dengan adanya feature no 4 tadi, sudah tentu harga tiket yang ditawarkan berbaloi dan boleh disuaikan dengan bajet kita.
6. DESTINASI SELURUH DUNIA
Walaupun destinasi yang kita nak tuju tu hanyalah airport kecil contohnya airport Kuantan. Tetapi, anda masih boleh search di Skyscanner. Cakap jer dimana. Selagi ada airport walau sekecil mana pun di muka dunia ni, ia akan muncul juga di paparan Skyscanner.
7. DIPERCAYAI DAN DIYAKINI
Statistik dibawah sudah cukup untuk membuktikan bahawa Skyscanner ini dipercayai, dan diyakini.
-Lebih dari 60 juta pengguna setiap bulan
-Lebih dari 1200 travel partners
-Tersedia dalam 30+ bahasa
-Lebih dari 65 market dengan Total Transcation Value sekurang-kurangnya $ 10 juta
-Lebih 2 juta penerbangan ditempah setiap bulan
8. SERVIS FEE YANG MINIMA
Sesetengah airline mengecas servis fee yang agak berlebihan. Tetapi di Skyscanner, servis yang dicas adalah sangat minima.
9. CUSTOMER SERVIS YANG CEMERLANG
Mira tak pernah dengar lagi orang mengadu Skyscanner ni bermasalah. Hatta jika korang ada soalan biasa pun, pihak CS dorang sangat membantu! Mereka akan pastikan masalah kita tu selesai dengan sempurna.
10. REPUTASI YANG CEMERLANG
Tahukah anda, jika beli tiket dengan 3rd party adalah lebih murah berbanding beli direct di website tau.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^