Ikuti TIGA langkah mudah ini dahulu iaitu:
-Daftar akaun Ebay
- Daftar akaun Paypal
- Linkkan akaun paypal dengan akaun Ebay.
Dah siap 3 langkah ni. JANGAN LISTING BARANG DULU. Bertenang.
Peniaga bijak dia tak listing barang melulu sejurus selesai daftar akaun.
Mereka akan study dulu barang apa yang laku keras di Ebay ni. Teliti terma dan syarat dan sebagainya.
Di Ebay ada 'pantang larang', kalau anda tak nak terkena dengan ‘hidden
fee’, 'penalty fee' sila ikut nasihat percuma ini.
Jom kita mulakan.
1) DAFTAR AKAUN EBAY
Untuk berbisnes di Ebay, anda mestilah ada akaun Ebay, kalau
tidak, macamana nak promote kan?
Klik Register.
Isi maklumat yang diminta iaitu first name,
last name, emel dan password.
Jangan lupa verity emel.
Dah siap!
2) DAFTAR AKAUN PAYPAL
Ebay adalah bisnes antarabangsa. Pelanggan anda nanti kebanyakannya bukan dari Malaysia.
Jadi, wajib untuk anda ada payment gateway
untuk terima pembayaran dari luar negara.
Dan platform yang mesra Ebay sudah tentulah Paypal.
Baca> Panduan cara daftar akaun Paypal
3) LINK KAN AKAUN PAYPAL DI EBAY
Dah selesai daftar akaun ebay dan paypal, anda kena link kan akaun paypal tadi ke dalam akaun Ebay,
1) Klik Ebay.com
2) Kiri dan atas sekali, anda akan nampak Hi (nama anda) , klik nama anda.
4) Klik Account Setting
5) Akan keluar seperti di bawah, klik Paypal Accounts dibahagian Payments.
6) Klik Link My paypal Account
Alhamdulillah selesai langkah pertama sebelum anda menjadi usahawan Ebay.
Apa perlu buat?
Ikuti langkah dibawah untuk mengurangkan risiko sehingga 100% untuk akaun anda disuspend iaitu...
Biarkan dahulu akaun anda selama sekurangnya 3 bulan untuk mencapai tempoh matang.
BULAN PERTAMA
Pada bulan pertama, anda tidak perlu menyentuh langsung butang SELLING.
Anda juga digalakkan membeli 1-2 barang di Ebay seperti casing fon untuk membuatkan akaun anda adalah akaun asli, dan dipercayai.
Dengan cara ini juga, anda boleh mendapatkan feedback as buyer iaitu feedback yang akan anda dapat setelah anda membeli barangan di Ebay.
Jika anda sudah tidak sabar sangat untuk listing produk, anda boleh lakukannya pada BULAN KEDUA. Tetapi dengan syarat anda sudah selesai menyiapkan diri dengan study hot produk di Ebay.
Mengapa?
Ebay tidak suka akaun yang baru dibuat terus membuat jualan lagi lagi terlalu banyak. Kerana ia adalah ciri-ciri scammer (bagi ebay).
Anda perlu jual produk yang laku di Ebay, bukannya produk yang anda rasa ingin jual.
QNA
1) Saya baru sign up akaun ebay, tup tup kena suspend? Listing
pun belum. Kenapa?
3) Pilih akaun business ke personal?
Personal
4) Kalau akaun kena suspend, kena daftar akaun baru ke ?
10 Comments
Salam sis. Saya ada terbaca tentang post sis mengenai ebay. Kalau sis tak keberatan, saya nak mintak tunjuk ajar. :)
ReplyDeleteslm.nk bertanya tentang ebay boleh
ReplyDeleteknp biler kita nak isi provide contact info, dekat bahgian state xde malaysia
ReplyDeleteAsslmualaikum tuan/puan? Sy cuma bertanya sahaja,produk makanan ringan dibenarkan untuk jual di eBay?
ReplyDeleteHi... Sy berjualan di ebay. Saya jual keropok.. Jom kita rancakkan ebay semua..
DeleteSalam sis, terima kasih atas sharing yang baik. Sy ada masalah utk linkkan paypal dgn ebay. Lepas tekan Pay pay Account, tak keluar button untuk Link My Pay Pal acc
ReplyDeletesaya nak link akaun paypal. Dia kata mcm di bawah.
ReplyDeleteThe ability to link a PayPal account is no longer available; however, any previously linked account remains active.
If you’re unable to create or revise listings due to this update, disable the Require immediate payment with Buy lt Now option in the listing.
sama la..mcm mana nk buat ye..
Deletedah ada solution ke... saya pun camtu gak.. puas dah tanya en google, x jumpa lg jawapan.. adusss..
Deletesy xboleh link kan paypal sy.knape yea?
ReplyDeleteThank you for your comment ^_^