DITIPU BELI RADIO

Assalamualaikum semua.

Baru-baru ni kan aku balik kampung,

Terjumpa lah satu radio dan kotaknya.

Rupanya radio tersebut baru je dibeli oleh atuk aku oleh mat Pakistan yang menjualnya. 

Jadi kecoh sikit sebab rupanya mat Pakistan tersebut jual barang tak penuh, maksudnya sepatutnya atuk aku dapat 3 benda, iaitu radio, buku dan memory kad. 

Tapi, tok dapat 2 je iaitu radio dan buku, memory kad takde.


Memory kad tu sepatutnya mengandungi 2000+ ceramah, zikir dan sebagainya seperti yang tertulis didalam buku.


Harga radio tersebut RM30.




Memory card yang mengandungi ceramah tu takde. Takkan kena beli asing plak? Cakap tak serupa bikin. 

Atuk korang pernah terkena ke?

Aku syak penjual radio ni dorang target warga berusia. 


Sebab tu lah kalau ada orang jual barang-barang ni, boleh kalau kita nak beli tapi kena extra hati-hati. Setuju? 

Tapi, lagi elok lah orang jual barang daripada minta sedekah kan. At least dorang ada effort. 












Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement