FREE GIFT DARI NESCAFE MALAYSIA

Assalamualaikum semua.

Alkisah haritu aku saja je tweet mengenai nescafe ni.

Tweet aku lebih kurang macam ni " nak bancuh nescafe tapi terbancuh nescafe latte plak.

Beberapa hari kemudian Nescafe Malaysia reply tweet aku dan minta aku isi gform utk dorang beli saguhati.

Jadi, aku pon isi lah gform tersebut.

Nota: Gform = google form. 

Pada suatu hari, aku terima panggilan dari ninja van, ingatkan parcel yang aku tempah di Shopee sudah sampai. Aku minta abang pos tu letak dalam peti surat je sebab masa tu malas nak turun bawah.

Aku pon semangat lah buka peti surat untuk ambil parcel dari 'Shopee' tersebut.

Buka je peti surat tu, eh ni bukan barang yang aku beli.

Aku pon keluarkan parcel tersebut dan tengok nama pemilik. Eh nama aku. 

Kotak diluarnya seperti dibawah. 



Mula-mula aku ingatkan free gift yang aku claim dari website Nestle. 

Bila buka, tengok hadiah seperti dibawah. Barulah aku teringat ia rupanya dari Nescafe yang aku isi gform haritu. 

Terima kasih Nescafe Malaysia.

Izinkan aku beri review yang jujur dari hati ini, 

Aku dah cuba Nescafe White Coffee kurang gula, SEDAP SANGAT!!! Kena dengan tekak, memang tak manis.

Nescafe latte milk tea pun dah rasa, tapi kureng kena dengan tekak sebab aku tak boleh terima rasa latte dicampur teh susu. Hehe. Ni aku je la. Korang kena cuba kemudian baru nilai sedap ke tak. Ok?

Yang terakhir, Nescafe Dark Latte, dulu aku pernah beli dah. Dan ni pun aku kureng gemar. Tapi, aku rasa perisa ni ada peminat tersendiri. Tak begitu? 

Apa-apa pun. Terima kasih sekali lagi buat Nescafe Malaysia kerana telah menghiasi hariku.






#NikmatiDetikHidupanAnda
#BangkitkanSemangatPagi

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement