PENGALAMAN SERTAI ONLINE TRAINING PROGRAM GLOW PENJANA MDEC - HARI KEDUA

Assalamualaikum semua.

Assalamualaikum semua.

Hari ni aku nak kongsikan pengalaman hari ke DUA menjalani latihan atas talian untuk program Global Online Workforce (GLOW) Penjana ni pada 25 November yang lalu. 

Semalam (hari pertama), adalah pengenapan kepada platform Freelancer.com.

Hari ni plak, kami diajar 4 perkara dibawah: 

1) Jenis Pekerjaan di Freelancer.com
Amnya, ada 3 jenis pekerjaan yang ditawarkan iaitu ikut jam, kadar tetap(fix rate) dan pertandingan (contest).

Anda juga akan diajar cara untuk mencari pekerjaan yang sesuai di Freelancer.com ni, dan kriteria majikan yang anda perlu ambil kira sebelum mula memohon kerja(bidding). 

Part ni paling kritikal sebab kalau anda tak cakna, anda berisiko untuk menjadi mangsa scammer. Ya, scammer sangat ramai di Freelancer ni. Jika anda membuta tuli bid kerja, takziah diucapkan kerana andatelah mencampakkan diri anda kedalam lembah penipuan scammer. 

p/s: masa ni sebelum aku join training ni so main redah je guna Freelancer.com. Jangan ikut macam aku ye. 

2) Bidding di Freelancer.com

Bila dah jumpa kerja yang sesuai dengan skillset, anda kena mohon kerja atau bidding kerja yang anda berminat tu.

Dalam training ni, anda akan diajar cara untuk bidding dengan betul, cara untuk tulis proposal menggunakan 3 teknik popular. Bukan tu je, anda juga akan diberi 25 contoh proposal untuk pelbagai skillset. Kalau nak, kenalah join. Maaf ia tidak boleh dikongsi jika anda bukan peserta. 

3) Workflow di Freelancer.com

Sebelum anda mula memohon kerja di Freelancer.com, sangat penting untuk anda tahu workflow, supaya anda tidak menjadi mangsa kepada majikan yang tidak bertanggungjawab dan paling penting supaya anda tidak menjadi mangsa scammer.

4) Client management di Freelancer.com

Majikan adalah client anda di Freelancer, penting untuk anda tahu cara untuk mengawal client anda, langit tidak selalunya indah. 

Jika tidak bernasib baik, anda mungkin akan dapat client yang cerewet dan banyak hal. 

Di training ini, anda akan diajar cara untuk 'work-smart' dengan teknik J-P-P, cara menentukan milestone mengunakan konsep 50-30-20 dan apa yang anda perlu lakukan jika anda teraniaya oleh client. 

Ke-empat topik diatas ni sangat penting untuk anda yang baru menyertai Freelancer.com ni.

Jika anda belajar sendiri, anda kena try and error. Ia sangat berisiko!

KENAPA NAK BELAJAR SENDIRI KALAU ADA YANG NAK BANTU ANDA SECARA PERCUMA?

Siap dapat 6 bulan membership lagi. Ramai sudah mengambil peluang ni. Anda bila lagi?
Daftar segera di erezeki.my/glow

Anda akan diguide step-by-step oleh Coach berpengalaman, dan anda boleh tanya apa saja soalan pada Coach.

JANGAN sign up lagi freelancer.com ni selagi anda tak join training. Sebab nanti Coach akan guide akan cara sign up yang betul.

Masa coach anda suruh sign up tu, INGAT TAU, GUNA LINK NI> bit.ly/signupfreelancer

Kenapa? Dengan link ni, anda akan dapat $20 credit dalam account. Ya betul apa yang anda fikirkan,ia adalah referral program. 

Lebih baik sign up dan dapat $20 kredit daripada sign up dan dapat $0 kredit. Tak gitu?

Sebarkan berita ni dekat kawan-kawan koran yang belum kerja ok. 








Ada apa-apa nak tanya ke? 

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement