The Call | Park Shin Hye & Jeon Seong Seo |
Bagaimana rasanya bila kita dihubungi oleh seseorang pada tahun 1999 sedangkan masa itu kita berada di tahun 2020. Orang tersebut tinggal di rumah yang kita tinggal sekarang tapi latar masa yang berbeza. Pelik bukan?
Adakah masa silam dapat diubah jika anda dapat berhubung dengan seseorang di masa silam. Adakah semuanya akan membawa kesan baik pada masa depan? Anda menjangkakan dengan hanya mengubah satu peristiwa, semuanya akan kembali kepada sedia kala.Tanpa mengubah masa silam, anda hanya kehilangan seorang orang yang anda sayang. Tetapi jika anda ingin mengubah masa silam, mengelakkan orang yang anda sayang meninggal dunia, anda kehilangan lebih banyak orang yang anda sayang! Kenapa?
Itulah sinopsis buatanku.
Genre - Thriller.
Cerita ni aku suka la tengok sebab thriller yang tak keterlaluan macam scene 'potong', seksa apa semua tu tak ditunjukkan.
Kenapa anda kena tengok cerita ni? Apa mesej yang nak disampaikan?
Bagi aku, cerita ni nak beri satu mesej yang jelas iaitu kita tak perlu berharap agar masa silam berubah dengan harapan,'kalau benda ni tak jadi dulu, mungkin aku tengah bahagia sekarang' atau 'semua ni sebab kau, kalau kau tak buat, benda ni tak jadi!'
Sebagai muslim, kita diajar untuk berlapang dada dengan setiap yang terjadi. Kerana setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Walaupun benda tu menyakitkan hati kita, menyedihkan kita. Tetapi itulah yang namanya ujian, dan ujian itulah yang membuatkan diri kita lebih kuat.
Ujian juga dapat menambah keimananan kita. Jadi, kita perlu melihat semua yang berlaku dari sudut positif. Cewah macam ustazah plak aku menulis.
Lebih kurang macam tu la maksud aku.
Aku cuba letak diri aku di tempat Seo Yeon iaitu ingin abah aku hidup. Yelah abah aku dah meninggalkan aku sejak kecil, kadang aku terfikir jugak macamana lah perangai aku sekarang ni kalau abah hidup lagi. Aku tak rasa aku jadi macam diri aku sekarang ni. Boleh jadi lebih baik atau sebaliknya.
Atas kiri, Seoyon dan Hyeong Seok. Bawah kiri, mak Seoyon dan mak tiri Hyeong Seok. |
Akhir kata, kalau korang boring tak tahu nak tengok cerita apa, boleh tengok filem ni.
Recommended!
9/10.
Kurang 1 sebab hujung2 dia macam ada plot twist.
Selamat menonton!
0 Comments
Thank you for your comment ^_^