Review New Skincare rutin bersama Wardah skincare

PENTING!!!
Kalau korang nak baca lebih banyak review aku mengenai produk Wardah ni, korang klik je kat #WARDAHREVIEW

Assalamualaikum semua.

Jangan buang masa pergi satu-satu drugstore nak beli Wardah sebab kat Watson & Guardian ni, produk Wardah memang cepat sold out. Jadinya, beli je kat Wardah Official Store >> KLIK SINI. 

SEMUA SEBAB PKP KE? 
Kulit muka aku sebelum PKP haritu ok je lagi, jerawat still ada macam biasa tapi dia datang dan pergi.


Bila start PKP, jerawat start tumbuh kat bahagian pipi tau, lepas tu bila dia surut, ada parut!!! Lepas tu milia seed aku makin banyak weh. Stress rasa. 

Disebabkan skincare aku tu dah nak habis, so aku terpanggil untuk cuba produk dari Indonesia yang berjaya masuk ke Watson dan Guardian Malaysia iaitu Wardah.


Disclaimer: Aku tak pakai pelbagai skincare pada masa yang sama, contoh kalau aku start pakai serum A, aku akan pakai je serum A tu sampai habis, barulah aku pakai serum B.


Saja nak kongsikan mengenai bakal rutin skincare terbaru aku iaitu Wardah.


Tadi aku pergi Watson dan Guardian kat Plaza Masalam, Seksyen 9.


Tergoda betul tengok produk Wardah ni sebab:

1) Warna - Biru pastel lembut dan putih

2) Kandungan - ada niacinamide

3) Harga - ini lah yang  paling aku tak tahan sebab bukan je mampu milik tapi murah!!!

4) Gentle - aku rasa aku kena cuba pakai produk yang gentle plak kot. kita tengok macamana. 


Asalnya nak beli gentel Exfoliator je. Tup tup bila nak bayar, eh kat tangan ada Lightening micellar gentle wash dan Krim Malam. Aiyaaa.



Kalau ikutkan nafsu, memang nak beli semua je! Tapi memikirkan, hmm takpelah lain kali beli yang lain plak. 


So, aku beli 3 je lah dulu. 


So, aku nak buat short review mengenai 3 produk ni. Aku sertakan gambar depan belakang untuk senang korang nak survey sebelum beli. 

1) Lightening Micellar Gentle Wash [RM9.90] | GUARDIAN
Advanced Niacinamide, Non soap formula with Micellar Technology. 
Sesuai untuk kulit normal dan kering 





2) Lightening Gentel Exfoliator [RM5.90] | WATSON
Advanced Niacinamide Gentel Microfoliant.
Sesuai untuk semua kulit 




3) Lightening Night Cream [RM16.90] | GUARDIAN 
Advanced Niacinamide Licorice Extract









Sebelum ni aku guna produk Safi iaitu pencuci muka Safi Rania Gold, Essence dari Revitalift, Moisturizer Safi Acne Solution warna oren.



 Anda pakai produk Wardah yang mana? 

UPDATE 7 JUN 2021 - AKU DAH TULIS FEEDBACK AKU PAKAI PRODUK WARDAH NI.

Post a Comment

3 Comments

  1. assalamualaikum sis,, saya nak tanya skin sis dah elok ke lepas pakai produk wardah ni ?? HARAP SIS JAWAB YE :)

    ReplyDelete
  2. Salam sis,boleh update tak after pakai wardah, okay x?

    ReplyDelete

Thank you for your comment ^_^

Ad Code

Responsive Advertisement